Perubatan percuma untuk pesara skim KWSP

Nampaknya sedikit demi sedikit berita gembira diwar2kan untuk warga gomen..ni yang terbaru bagi yang pilih skim KWSP..
tapi ade syarat ke tak ye untuk dapat rawatan perubatan tu..kot le sekarang ni nampak je cam best tapi sebaliknya..Apepun lihat sajala..dengarnya ade lagi pengumuman akan dibuat tapi tunggu saja Mei ini..belum pasti..sabar sajala ya!
Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.

Keputusan kerajaan yang berkuatkuasa mulai tarikh semasa itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 di Putrajaya ini.

"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa," katanya.

Najib berkata pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

Ia bagaimanapun tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri, kata Najib.
--Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya