Posts

Showing posts from October, 2012

Memori | Tiket Keretapi Lama

Image
Ni tiket keretapi lama yang masih disimpan oleh adik aku..Dulu kalau raya atau cuti sekolah kitorang akan balik kampung naik keretapi atau bas.Naik keretapi lama memang best..perjalanan bermula dari Sungkai ke Taiping.Harga tiket dalam RM6.80. Berderet-deret le adik beradik aku menunggu ketibaan keretapi.Best gak naik train dulu-dulu sebab sepanjang jalan leh tengok kampung-kampung dan pemandangan yang luar biasanya dari jalan raya.Yang tak bestnya jangka masa perjalanan agak lama.Biasa lah tu kan,train akan berhnti di satiap hentian.Amik and turunkan penumpang. Lagi satu ramai gak peniaga yang dok jual kuih muih atau sarapan di luar perkarangan train mahupun yang bergerak masuk ke dalam train.Keje makan jele sepanjang jalan. Sekarang sumenya gi balik nek kereta ja.Train pun dah makin canggih..pakai letrik..if nak balik kampung umah mak ayah aku leh je nek komuter,tapi tak pernah lagi.

Water World Di I-City..Baru Bukak

Image
Bertambah lagi water park kat Shah Alam.Kalau sebelum ni penduduk sekitar mungkin tertumpu kat WetWorld Shah Alam . Namun kini ada lagi pilihan lain yang mungkin boleh dikunjungi oleh penggemar mandi manda..heheh..Water World I-City.Kalau sebelum ni gi sana nak tengok lampu digital yang pelbagai juga menikmati salju dingin si snow tapi sekarang dah leh berendam pulak.Bermula November depan,time tu pun sekolah dah mula cuti bolehlah terjah bersama famili riadah.Ade diskaun pembukaan nanti.So cari la tiket kat talian yang ada mahupun belian online Rasai pengalaman menaiki Tornado yang pertama di Malaysia dan menikmati permainan  cool splashing dan pelbagai aktiviti di sini dengan keluarga dan rakan-rakan ... Nak gi tak dapat la wat masa ni..dah sarat..tunggu next year lak Insya'allah nak try pi jugak.

Niat Dan Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah | Esok Puasa Sunat Arafah

Image
Niat Puasa Hari Arafah: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala." Hadith :  Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”  (Hadith Sahih : Muslim, Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)  Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:  “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.  Peringatan Mesra :  Bahawa umat Islam adalah disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1433 yang jatuh pada 25 Oktober 2012 Khamis ini. Selamat Menyambut Hariraya Korban : Semoga Apa Jua Pengorbanan Kita Dinilai Sebagai Amal Soleh Yang Diterima Di SisiNya

Memori | Gambar Aku Masa Budak-budak

Image
Gambor ni aku crop dari video youtube yang adik aku buat khas untuk group FB my family..kat aku tak banyk pun simpan gambar lama..sume ade kat kampung..gelihati nak tengok gambar lama2..ntahapentah.. Cer tengok mane satu aku?Ha yang cam baby sister tu le aku..muda-muda dah dukung budak dan dikelilingi adik2..nak wat gumane sejak azali aku ni memang mesra budak kot..sampai dah remaja asyik jadi pengasuh anak buah..haiyo Ade 4 orang adik..bawah aku yang laki tu (masa kecik chinese look sikit budak ni)sekarang dah kahwin dan berkhidmat ngan KPM kat SJK (Tamil) Slim River..heheh..then baru le yg sebelah kanan aku tu,dah kawin gak and berkhidmat sebagai staff nurse kat HSI,JB..Then lepas dia yg pkai bj kembang tu (gambar) depan..maih solo dan dah bekerja kat kilang swasta YSP Bangi as R&D Analyst....yang aku dukung tu bongsu,solo lagi tapi dah ade BF..sedang belajar lagi wat PJJ degree kat UITM,Shah Alam sambil bekerja di Agrobank Slim River. Dah besar panjang pun deme

Harap bertahan

hai.. mood hari ni agak kureng..dari petang semalam rasa tak sedap perut..sakit ala2 kontraksi hingga sekrang masih terasa..walaupun tengah menahan sakit,masih datang ofis..tapi malas nak wat keje..update blog kejap..and then ingat nak curi masa rehat kat surau..bos ade le pulak..tolong jangan ganggu aku hari ni leh boss.. mood raya and nak balik kampung pun kureng jugak..macam-macam dalam fikiran ni..nak rempuh perjalanan pulang ke kampung?jem?ketahanan? wahai anakku bersabarlah dikau..bertahan selagi mampu hingga sampai masanya..Ya Allah peliharlah kandungaku dan moga dipermudahkan segala urusan.Amin

Memori | 1996..mak pak suruh masuk IT

Image
Bila tengok balik keratan akhbar ni,memang betul la apa yang dikatakan tu.Teringat masa remaja dulu.Pada tahun 1996 aku baru tingkatan 2..time tu orang dok sebut2 zaman IT la..Mana boleh ketinggalan..kena amik tau gak walaupun tak secanggih masa kini. Zaman tu dah ada komputer sebijik kat rumah tu kira bangga la jugak.Walaupun tak sehebat laptop,netbook, notebook, pc zaman sekarang..Syukur la ada dari tak hado kan.Aku punye komputer sama je macam kat gambar di atas.Selalu guna unutk wat keje sekolah cam buku folio sejarah and geografi.Pakai disket je.Belambak-lambak la kepingan disket..memory pun limit je kan.Benda nak simpan banyak.Sekarang tak main dah disket (waluapun ada je yang guna lagi)..dah ade macam2 drive..optical,hard disk,pendrive dll. Disebabkan kita menuju ke  zaman IT,berlumba-lumba lah orang dok amik course ni. Dulu dok kampung jarang nak dedah ngan benda2 gini..internet pun limit lagi.Masa aku masuk tingkatan 6 kot baru banyak 'main' ngan internet.Ba

Serbuk Kopi Cap Motokar Roda Tiga

Image
 Minum petang..disebabkan cuaca di luar sedang hujan..nikmatnya kalau dapat menghirup secawan kopi panas..then buat cucur udang..makan ngan family  Kopi ni menggunakan kopi serbuk yang dibawa khas dari kampung my husband,Batu kuro,Tepeng..beli sebungkus..aku pun tak tahu pasal kopi ni..tapi kat kampung dia kopi serbuk ni glamer..mungkin kopi proses beza sikit aura nya..kopi ni di bungkus pakai kertas.Harag sebungkus dalam RM2 gambor depan..serbuk kopi cap motokar roda tiga..best coffee powder belah utara kot..kilangnya kat Parit Buntar..bahannya biji kopi,gula putih,marjerin dan garam.Bau dia ada macam ala2 habatussauda pulak bila dah dibancuh.

Lilin Hiasan Perasa Oren

Image
Sangat menarik idea ni.Nanti cuba le try buat kat rumah.Dah tentu aroma oren ni akan turut terasa.Aura.

Kedai Lampu Houses Lighting,Puchong

Image
Hari tu gi Puchong sempat singgah kedai Houses Lighting yang terletak di Jalan Bandar Puchong Utama.Aneka lampu dijual kat sini.Actually kitorang nak cari ceiling fan je untuk penambahan di rumah kitorang kat Saujana Putra tu.So far,beberapa kedai gak kitorang survey dan pilihan kitorang kat sini.Murah. Nak cari kipas ceiling KDK..harga di sini lebih murah banding kedai lain.Nak rembat  kipas je pun.Lampu kalau ade yang berkenan may be akan di grab gak kot..ehhe..tengok kepentingan la. Lepas ni nak survey jubin,kitchen cabinet lak.Hari tu ade gak pegi satu kilang wat dapur ni kat Puchong gak.Tapi tak dapat nak jumpa bosnya.Laki aku kenal orang tu masa dorang mai wat pantry kat JPA.So,dia bg bisnes kad.Kalau ok leh la tempah.If nak save may be upah pak mertua je kot tolong watkan.Just beli barang adn design sendiri.!

Pengecualian Cukai Pendapatan Ke Atas Bonus Beri Kesan Kepada Pendapatan Negara

PUTRAJAYA:  Tindakan mengecualikan cukai pendapatan ke atas bonus yang diterima penjawat awam boleh memberi kesan terhadap hasil pendapatan negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Ini kerana, jika dilaksanakan, pekerja sektor swasta juga berhak ke atas pengecualian itu sekaligus memberi kesan kepada hasil cukai negara, katanya. "Pengecualian cukai pendapatan itu juga tidak memberikan manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,700 yang sememangnya tidak membayar cukai," katanya pada majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Rabu. Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman memohon agar bonus satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam pada Disember dan Januari ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 yang lepas, dikecualikan daripada cukai pendapatan. Pada s

Beijing-Tianjin Kami Datang

Image
Tengok pic di atas..tentu korang tau kan di manakah terletaknya tembok besar tersebut.Tembok Besar China dibina lebih daripada 2000 tahun yang lalu oleh maharaja Cina yang pertama, Qin Shi Huangdi semasa Dinasti Qin. Merupakan tembok terpanjang dan antara 7 keajaiban dunia. Pemandangan indah di sini pasti membuatkan aku tidak sabar untuk ke sana menikmatinya. Insya'allah impian untuk menjejakkan kaki ke bumi China akan terlaksana pada hujung bulan November nanti( 24HB NOV – 30HB NOV 2012) .7 DAYS 6 NIGHTS BEIJING – TIANJIN MUSLIM TOUR (FULL BOARD).. Antara tempat yang bakal dikunjung Tian An Men Square,Muslim Super Market,Wang Fu Jing Shopping Street,Jade Museum,climbing of the Great Wall of China,Shopping at the Crystal Shop. ,Shopping at the Fresh Water Pearl Cente,Summer Palace ,Shopping at theKitchen Appliance Store and the local Bazaars –Ya Xiu Market and Xiu Shui Market,Coach to Tianjin ,visit one of the most famous mosques in this city, the Ming dynasty-built Nan Dou Ya Mosq

Ofis Kerajaan Dan Sistem Yang Digunapakai

Image
Sekarang ni zaman teknologi.Dalam perkhidmatan awam pun dah terapkan kerajaan elektronik.So banyak la sistem-sistem yang dibina dalam urusan penyampaian perkhidmatan awam.Bagaimana di tempat korang? Ni PROTIME namanya.Kat ofis aku guna ni.Merekod segala kehadiran kakitangan/pegawai.Tiap kali masuk/out ofis bende ni kene touch..takde punch card lagi. Kalau ada urusan di luar seperti outstation, klinik/hospital atau apa2 kene rekodkan dalam sistem ni. Sitem ni di install untuk setiap orang.So,kat desktop pc memasing dah tertera benda ni.Kene update kalau ada yang terlepas kehadiran atau sebaliknya.Sebab orang lain boleh tengok jugak rekod kehadiran kita kat ruangan KEHADIRAN tu.Ko nak check sapa,ko gi je kat ruangan KEHADIRAN tu and cari nama dia...Nah terpapar le rekod dia.Tak leh ngelat ye.Bab ni memang diambil berat kat sini.Lewat sikit pun kene panggil dah. PEKELILING PEMATUHAN WAKTU KERJA Keje kat sini banyak wat audit.Untuk memudahkan pemantauan audit satu sistem dibi

Buku Fixi:TABU

Image
Sebuah novel hasil karya Shaz Johar. Shaz Johar adalah seorang pencerita, blogger dan diva sepenuh masa. Kini dia sedang bertugas melayan kerenah-kerenah pelanggan yang terlampau di sebuah bank yang terkenal di Kuala Lumpur. Di masa lapang, dia gemar menconteng laman blog kesayangannya, Jejaka Anggun . Sementara jari-jemarinya pula tidak pernah lekang mengemaskini status twitternya di @malayrhapsody . Tabu merupakan novelnya yang kedua selepas Kougar yang sebelum ini telah merangkul anugerah Bakat Muda Selangor 2011 bagi kategori Penulisan Kreatif (Bahasa Melayu) – Cerpen/Novel.-FIXI Sinopsis: Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia. Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rak

Pasang Grill dan Wiring,Bandar Saujana Putra

Image
Melakukan kerja-kerja pemasangan grill di rumah milik En Fazli , Bandar Saujana Putra Turut melakukan kerja electrician/wiring.Memasang lampu dan kipas di kediaman berkenaan.

Cuti Bersalin

Image
Aku sekang ni menunggu masa untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan cuti bersalin yang disediakan oleh kerajaan.Di kalangan penjawat awam,sebelum ni 60 hari ditetapkan sebagi cuti bersalin.Berkuatkuasa pada 15 Oktober 2010, satu pekeliling baru telah dikeluarkan yang menetapkan cuti bersalin adalah selama 90 hari. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2010 tentang kemudahan cuti bersalin penjawat awam menyebut: Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:  seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;  pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarik

Nak Ke Luar Negara Atas Urusan Peribadi,Dapatkan Kelulusan Dari KSN? Cuepacs Minta Penjelasan

Cuepacs mahu kerajaan memberi penjelasan terhadap pekeliling yang menyatakan bahawa pekerja awam yang ingin melancong ke luar negara atas sebab-sebab peribadi mesti terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Setiausaha kementerian masing-masing. Surat Pekeliling berkuat kuasa 1 Oktober itu juga menyatakan bahawa semua pegawai awam harus mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi untuk lawatan. Ia telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, dengan tujuan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata beliau akan menemui Dr Ali untuk mendapatkan penjelasan pada Rabu. "Jika perjalanan ke luar negara untuk tujuan rasmi, saya faham," kata Omar. "Tetapi saya keliru mengapa penjawat awam perlu kelulusan apabila mereka membuat perjalanan peribadi ke luar negara." Beliau mencadangkan Dr Ali memberi taklimat kepada

FIXI:KELABU-Bahagia Ni Benda Yang Kita Ada,Bukan Dicari

Image
. "Amir seorang fotografer yang diminta menjadi 'boyfriend kontrak' oleh Jun. Apabila Amir jatuh cinta, rahsia hidupnya terungkai satu-persatu." Lagi koleksi buku yang dibeli ketika pameran buku di Mines Mei lalu. KELABU..antara novel terbaik FIXI hasil karya Nadia Khan.Seperti katanya,bahagia ni benda yang kita da,bukan dicari.Bagaimana bahagia tu datang?Aku tak nak ulasa lanjut.Bacalah novel ini untuk mengetahui sejauh mana cinta dan bahagia itu bertandang. Ni sinopsis dibalik kulit novel ni: Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘ boyfriend kontrak ’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri? Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia ? Aku Amir. Jemputlah masuk ke

Fixi:ZOMBIJAYA-jika rakyat Malaysia tiba-tiba dikelilingi mayat hidup?

Image
Karya  oleh Adib Zaini Antara koleksi buku yang dibeli ketika   pameran buku di Mines Mei lalu..baru sekarang nak cerita pasal buku ni..dah lama peram.Oklah aku masukkan sinopsis buku ni..mik dari Fixi.Korang bacalah ye Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini. Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA So kisahnya berlegar tentang Apakah yang akan terjadi jika rakyat Malaysia tiba-tiba

Wet World Shah Alam

Image
Semalam Alhamdulillah dapat meluangkan masa serta menunaikan hajat bebudak untuk pergi Waterpark.Kali ni aku bawak dorang gi Wet World Shah Alam .Kenapa aku pilih sini?Sebabnya hari tu masa dok godek web Livingsocial, ternampak deal untuk Wet World Shah Alam entrance ticket yang bernilai RM8 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk 2 orang dewasa (satu tiket).So,grab la!Aku cuma mampu melihat mereka riang ria bermandi manda..tak ape yang penting usai je mandi manda,dapat memuaskan keinginan pekena ABC lagi kat Seksyen 2.siap tapau!Oklah layan kan aje kisah waterpark ni. Taman tema rekreasi pertama di Shah Alam, Wet World sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai di tengah Bandar Anggerik yang permai ini. Wet World yang penuh warna-warni terletak di pinggir Tasik Shah Alam dibuka pada tahun 1995. Berbagai-bagai permainan seperti gelongsor air berbukit atau "monsoon buster" yang terpanjang di dunia dan pertama terdapat di rantau Asia. Bayaran tiket masuk: 130cm & above -

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Image
Hai teman-teman,pe kabor?Nak buke cerita pasei (pasal) Kuala Kangsar le sikit. Loghat Perak orangsebut Kuale Kangsor.Nak cerite panjang lebor idak le ketahuan sangat.Teman bukannya asei (asal) dari Kuale pun. Teman ni dibesorkan kat Sungkei (sungkai)..mak pak asal Batu Kuro (kurau)Taiping. Disebabkan teman asal orang Perak kena la tau serba sedikitkan tentang apa yang ada dinegeri kite yer. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Bulan Jun yang lalu aku berkesempatan berkunjung ke KK.Tak banyak gambar yang diambil.Ke sana pun sebab pergi shopping baju raya dekat pekan KK,berhampiran dengan dataran Sungai Perak.Aneka kain pasang dijual kat sini..tapi takde lak aku tertarik hati nak beli.Aku lebih suka kepada kraftangan yang ada seperti labu sayong yang memang terkenal di bandar ini.M erupakan produk perusahaan da