Wednesday, August 16, 2017

Pengalaman Menarik Mendaki Di Broga Hill

August 16, 2017 1 Comments
Dalam bidang kesukanan atau fizikal ni,aku lebih prefer aktiviti outdoor berbanding sukan yang nak kena main secara kumpulan seperti bola jaring dan bola tampar. Aku cukup tak minat dua game tu sejak zaman sekolah. Aku suka badminton (option), cycling,hiking and jungle tracking. Aktiviti gini pada aku lebih santai. Walaupun santai menguji kekutan fizikal dan mental jugak la. Bila orang ajak gi hiking, inilah masanya aku nak lepaskan gian setelah sekian lama tak dapat join. Untuk pertama kalinya dalam aktiviti tahun ni aku join hiking. Selalu dok gi cycling je.
Seawal jam 4.45pagi aku dah gerak dari Subang Jaya ke Putrajaya. Konon-kononya tempat berkumpul untuk konvoi sesama budak ofis ke Broga Hill. Gigih tau kitorang bangun awal, bangun senyap-senyap takmo anak-anak tersedar. Dorang aku tinggalkan kat rumah abang aku di Subang Jaya. Nasib dorang sudi jaga.If tak,tak dapat le peluang nak hiking ni.Thanks a lot sesangattt lah! Bila dah kata kumpul kul 5.00 pagi depan ofis, harusla ikut time and jadual kan. Tunggu punya tunggu nampaknye dua biji kereta je le yang muncul. Malas nak tunggu kitorang pun gerak la dengan sorang member ni (si Ana dan Nani). Follow dorang. Amik keputusan jumpa yang lain kat Petronas Semenyih or Broga je. Berhenti kat situ kitorang tunaikan dulu kewajipan kepadaNya. Solat Subuh dulu la. Mohon diberi kemudahan dan keselamatan.

Jam 6.30 lebih kurang kitorang dah berada di parking Broga. Nak masuk situ bayaran dikenakan RM1/person. So aku and husband 2 kepala, RM2 la kena bayor. Nasib ade parking,walaupun kelihatan ramai jugak umat yang berpagi-pagian kat situ. Ok, bila semua dah berkumpul,makanan dan minuman pun dah diedarkan,bacaan doa sebelum mendaki pun dah baca oleh si Faisal (Captain-budak ni le yang tak muncul2 kat ofis tu..grrr),maka bermulalah pengembaraan kami.
Start dari parking, ko dah rasa permulaan nak naik bukit tu. Eh baru sikit tu. Nampak mudah tapi sebenarnya tenaga kena cukup fit,if tak semput. Sebelum naik kasi gambar sekeping la tanda permulaan track menuju puncak. Untuk makluman, terdapat dua laluan. Yang digambar tu jalan baru. Nampak ok la sikit walaupun ada level yang agak mencabar laluannya.
Nah,inilah dia aktiviti panjat-memanjat. Adakala laluan ni agak sedikit jem dek orang yang turun dan naik. Ko kena le hati-hati. Takut bertembung. Yang turun siap ada yang menggelongsor. Ewwww..rabak seluar weh. Hahahha.
Mengah jugak memanjat ni. Beberapa kali jugak kitorang berhenti rehat bagi laluan yang lain nak naik or turun sambil tunggu kengkawan. Laluan kat atas tu agak sukar disebabkan tanah dia yang seakan mudah gelongsor/gelincir. Kena pilih haluan yang ok.
Inilah my hero pada hari tu. If takde dia maunye aku melasak sendiri je. Main redah. Si suami pun jenis minat sukan yang sama ngan aku. So kitorang memang leh la planning if nak gi aktiviti gini lagi lepas ni. Bila gi aktivit gini elok bawa teman,senang nak berpaut kalau nak terjatuh ke apa. Boleh jadi tempat pegang ketika melalui laluan yang sukar. Ngade!
Yes..pendakian dah semakin menghampiri ke puncak. Berhenti rehat dulu. Ambil angin dan nafas segar. Kat level ni baru terasa dinginnya suasana. Kelihatan agak berkabus. Nyaman je. Hmmm..rasa cam nak tertido pun ada.
Dah rehat sambung lagi pendakian. Jumpa kawasan lapang ni. Port untuk rehat sekejap sambil posing. Indahnya pemandangan dari situ. Tengok yang duduk tu (Si Ana), penat sangat dah tu. Hahahhaha. Chill yow!
Kat port berdekatan tempat rehat ni ko panjat selangkah lagi akan terjumpa batuan besar dan sebatang bendera gah terpacak di situ. Entah sape punya bendera yang pacak kat situ, bagus jugak, boleh tumpang posing lagi sekali. Nak merdeka kan,semangat patriotisme la sikit. Terasa cam panjat Everest pulak sambil menjulang megah Jalur Gemilang. Ok stop dreaming,start doing!
Bila dah sampai kat puncak yang ada bendera tu,aku ingatkan dah habisla. Sekali tengok ade lagi orang yang pergi naik lagi kat part lain. Oh, rupanya ada lagi puncak yang mesti ko lalui. OMG! Nampak dari kejauhan sekumpulan pendaki cuba memanjat batuan besar,ada yang tak lepas2. Huhuhu. Aduhai..perjalanan harus diteruskan. Nasib my team pilih unutk ikut laluan yang selamat berbanding nak kena panjat batu besor tu. Akhirnya, dengan masa pendakian lebih kurang 2 jam, kitorang sampai jugak di puncak. Nah sebagai bukti, haruslah posing lagi kat papan tanda PUNCAK BUKIT BROGA tu. For info ketinggian bukit ni ialah 400 meter dari paras laut.
Kat puncak ni juga ko akan nampak papan tanda untuk ke gunung Tok Wan..wah..lagi mencabar ni.Tengok papan tanda je pun dah rasa cam seram. Hahahah..Kira-kira 675 meter jugak la ketinggiannya. If panjat Broga awal, dan ko rasa cukup kuat mental fizikal why not try je kan ke sana. Mau melarut sampai ke petang ni trun naik dok kat Broga ni.
Sebelum memulakan perjalanan menuruni Bukit Broga, berehat-rehat dahulu la menghilangkan lelah sambil menikmati pemandangan di atas puncak bukit.
Dah puas rehat, mari kita mulakan penurunan bukit pula. Eh nak turun tu pun ada satu hal. Nak ikut jalan mana. Ada yang kata tak jumpa jalan turun,bila tanya kat salah seorang pendaki dari grup lain. Bior benor. Kitorang pilih ikut track lama untuk turun. Masa naik dah nampak cam sukar je kalau turun ikut jalan baru. Silap hari bulan ade yang main gelongsor je terus sampai ke bawah ni. 
Alamak,ada paparazi amik gambar curik ni. Main tangkap belakang pulak ye. Ni laluan mencelah lelalang yang merimbun..main nyorok-nyorok pun best aih.
Nah, turun dengan berhati-hati celah lereng dan bebatu. Pilih tapak jalan yang sesuai dan berlekuk. Kalau boleh pegang le tali yang disediakan tu. Nak selamatkan. 
Kalau guna tali kena pusingkan badan ke belakang. Baru le menjunam turun (laki aku la kata). Ikutkan je. 

Menyusuri lereng bukit dikelilingi pepokok yang hijau saujana memandang. Terasa macam gi jungle tracking pun ye bila lalu sini. Bila pulak le nak wat aktiviti gitu lak erk..Arrrrghhh..kene kuarantin setahun lagi gamaknya (deep n meaning tu).
 Dah nak dekat turun dah tu..sampai situ akan sign Broga down sebelah kiri anda. Sini akan melalui ladang getah milik owner sorang uncle cina. Eh ingatkan kat highway je ade 'tol'. Sini pun kena 'tol' nak turun tau. RM1/person. Aduh..pandai uncle wat bisnes erk. Yele orang dah masuk kawasan kau kan. Terima kasih kepada Cik Nani yang belanja bayar 'tol' team kitorang. 

Akhirnya sampai jugak kami ke 'darat'. Masa nak turun semua excited nak cepat. Pakat lapar dan penat. Nampak je stall coconut shake terus terpa situ oder nasi lemak dan conut shake. Cuma nasi lemak je kurang cukup. Gamaknya laku keras ramai yang beli sebab kelaparan dek tenaga yang hilang mendaki tadi. Apa yang pasti secawan coconut shake itu sudah cukup pada aku menghilangkan haus. Nimatnya aih. Terima kasih lagi sekali kepada si Ana yang belanja makan and minum. Moga murah rezeki uolls.

Overally, mendaki broga hill ni adalah satu pengalaman yang cukup menarik untuk dijadikan aktiviti. Team pun best, saling membantu. Pemandangan pun agak cantik. In sha allah next time jika diizinkan may be setahun dua lagi kot..huhuhu.. nak bawa bebudak, tapi kena kuat la. Pastikan sebelum melakukan aktiviti ni sentiasa senam atau joging untuk fit kan stamina. Dan disarankan sangat-sangat untuk memakai kasut yang mempunyai grip kuat untuk mengelakkan sebarang kegelinciran.

Apapun, Alhamdulillah semuanya selamat. 
#melasakdalam10wk

Monday, August 14, 2017

Moh Kite 'Eat & Repeat' Di Bangi

August 14, 2017 2 Comments
Ini kisah makan yang jarang aku lakukan sejak bertukar ke ofis baru ni. Dulu masa kat ofis lama ade gak rajin jenjalan cari makan sekitar Putrajaya,Bangi dan kawasan yang terdekat. Nak dijadikan cerita, Jumaat baru ni member ofis dengan baik hatinya nak teman aku cari baju untuk dipakai kenduri kahwin adik ipar nanti. So,sebelum edisi mencari baju,kita isi perut dulu. One of members ni ajak gi kat kedai yang boleh makan banyak2 tapi kuantiti kecil. Apa tu? ooo..ni le kedai EAT & Repeat.Ianya terletak kat Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Kedudukan tak jauh dari Bangi Gateway. Dekat..memang dekat!

Dah sampai korang leh tengok menu yang ada kat list menu or list oder tu. All menu is RM1.90! You xcaye you boleh pergi try. Hah oder le berapa banyak pun ko nak makan. Ko tanda je kat kertas tu berapa ko mau makan.Walaupun kuantiti kecil bekas mangkuk tu, tetapi ianya berbaloi dan kenyang. Mana taknye,sume bende ko nak makan kan. Hahaha..gile tamak. Itu namanya no repeat,sekali harung oder sekali harung makan.
Yess..masa untuk santapan. Menu yang dioder dah pun sampai. Tengok berapa port kite oder. Semua pakat merasa. Mi Bandung, Mi Celup,Cendol,Pulut Mangga, Nasi Ayam Kunyit, Nasi  Ayam Cincang, Makaroni Goreng, Sagu Gula Melaka, Soto Ayam dan Teh O Panas. Semua tu hanya lebih kurang RM24 gitu. Ko makan puas hati kenyang boleh balik la. Mata pun sudah berat. Tak boleh lagi nak repeat. Tapi Insha Allah akan repeat datang makan lagi next time bawa anak-anak dan suami pulak.


Edisi Kayuhan:Putrajaya Komuniti Ride Siri 2/2017

August 14, 2017 1 Comments
Acara berlangsung pada 5 Ogos 2017 (sabtu) bermula di Kompleks Futsal Presint 18.Flag off bermula sekitar jam 8am. Peserta akan berhenti di kediaman YB Menteri Wilayah Persekutuan (Ku Nan) untuk sarapan pagi. Kemudian menyambung kayuhan sehingga tamat.Jarak perjalanan dalam 14.96km.

Kira-kira 1288 peserta yang mendaftar untuk siri tersebut. Ianya terbuka kepada Warga Putrajaya, daftar ikut subzon masing-masing. Namun bagi penduduk luar Putrajaya anda juga boleh menyertainya.Berdaftar sebagai penduduk luar(luar kawasan).
Peserta yang mengambil bahagian sekurang-kurangnya 4 siri kayuhan layak:
1. Cabutan bertuah Grand Prize ..ni of course nak le kalau ade rezeki
2. Jersy Basikal Putrajaya Community Ride..ni  pun nak sangat.

Rezeki untuk siri kali ni..Alhamdulillah. Setiap siri akan ada cabutan bertuah. Medal pun cantik berbanding siri 1 yang lalu ☺

Wednesday, July 26, 2017

Edisi Kayuhan: FELDA Cyclorun 2017,Putrajaya

July 26, 2017 0 Comments
Acara berlangsung pada 22 Julai 2017 (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya bersempena Hari Peneroka Felda Kebangsaan. Seawal 6 pagi peserta dah berkumpul. Siri kayuhan ni melibatkan 2 jenis iaitu 35km dan dun ride 10km. Kali ni aku pilih 10 km je. Coz fikirkan balik kayuhan kang nak masak la,urus rumah. So jangan buang tenaga sangat. 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan briefing keselamatan. Jam 7pagi acara dimulakan dengan pelepasan peserta bagi kayuhan 35km. Peserta A memegang plat bewarna putih. Aku plat oren bermakna kayuhan jarak 10km. Plat tu juga akan jadi nombor cabutan bertuah dan kupon untuk makan selepas habis kayuhan. So jangan buang benda alah ni ye. Penting kot mana tau ade rezeki nombor naik. Hadih cabutan bertuah masa tu agak lumayan. Hadiah utama 2 biji motor Demak DTM wes. Berangan le nak dapat. Tapi yang bestnye kedua hadiah tu peserta wanita yang dapat. Perhhhhh. Jeles siot. Hadiah lain seperti home theatre, TV LED 60' barang letrik dll. Tak de rezeki,susah bnor nak bertuah aih.


Tak dapat hadiah bertuah, dapat medal finisher ni pun jadi la. Memang dalam pakej yuran kot. Masa daftar yuran pendaftaran ialah RM50. Daftar online kat bikeway.com. Tu termasuk t-shirt,medal,sling bag dan makan. Nak dapat medal kene la sampi ke garisan penamat ek. Nanti dah sampai dorang potong part kat plat tu sebagai tanda dah terima medal. Nasib medal dia cantik. Bertambah lagi koleksi aku. Lepas ni kena cari tempat untuk gantung medal.

Selepas ni ada lagi acara kayuhan. Putrajaya Community Ride Siri 2 pulak pada 5 Ogos 2017. Hari tu aku dah join siri 1. Kali ni tak pasti lagi coz may be gilir lak ngan husband, dia join pulak. Aku handle bebudak. Cam tu la kami laki bini. Saling gilir dan beri ruang. Hehehe.Tq dear. Tapi kalau dia tak nak join,maka aku akan join la..ehhehe..bagi cukup 3-4 siri nak dapat jersi.

Kalau korang nak join aktiviti berbasikal, leh jugak lawati web Bikeway.Ada je nanti dia gitau event kat mana-mana. Yang komuniti Putrajaya tu korang leh daftar kat link PCR ni.

 Selamat berkayuh!
#healthylifestyle

Thursday, July 20, 2017

Aidilfitri Kian Berlabuh

July 20, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog sejak ramadhan yang lalu. Kadang benda ni ikut mood. Kalau mai rajin,on la blog ni..kalau dah malas,memang akan 'gelap' le blog ni dibuatnya.
Aidilfitri tahun ni, disambut sederhana aje. Tahun ni giliran rumah parent aku.Sementelah pulak tahun ni si suami bertugas pada hari raya. Tetapi nasible dia sempat beraya bersama kami di pagi raya.Petangnya baru pulang ke Putrajaya menyambung berkhidmat kepada negara. Raya kedua petang selepas kerja,dia dah balik semula ke Sungkai. Raya ke-3, baru si suami bercuti sepenuhnya dan kami pulang ke rumah parent dia pulak kat Taiping.
Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan jumpe kengkawan masa form 5 dulu. Walau tak ramai yang dapat berkumpul, tapi oklah. Berhubung semula setelah hampir 18 tahun meninggalkan alam form 5. Masing-masing dah bawa haluan. Sibuk dengan kerjaya, rumahtangga dan peribadi.
Sedar tak sedar dah tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.Dah nak last ni la,makin rancak jemputan open house dan jamuan di ofis. Bagi aku, masih seperti dulu,xde lagi le nak buat open house kat umah sendiri. Penat kot.Tambah anak masih kecil.Tunggu besar-besar sikit okla kan.Satu lagi bajet pun kena amik kira.Penjawat awam ni gaji awal sebelum raya, perbelanjaan pun cepat le mengalir kan. Nak menunggu tempoh hampir sebulan tu sangat le perit. Kalau tak kena cara pengurusan kewangannya, parah le.
Sepanjang minggu ni keje makan ajele..sume bende bedal. Orang kata rezeki jangan ditolak, tapi penyakit jangan dicari.Ingat tu.

#memoriberayadengankawansekolah

Friday, June 09, 2017

Google Bagi Hadiah Birthday

June 09, 2017 0 Comments
Hari ni sepanjang masa Google papar Birthday wish kat search engine aku. Ha jangan tak caye..ini boktinya.
Untuk makluman, kini search engine (enjin carian) dah boleh memperingati hari ulang tahun setiap pengguna Google dengan doodle hari jadi khas berdasarkan maklumat profile pengguna Google. No wonder la bila kita dah log in,google kita akan disajikan dengan paparan tu kan..Okla tu kira hadiah utk diri jugak kan.

Hari ni 9.6.2017 genap umur aku yang ke-35..masih muda kan..huaaaa. Tua mengejar sebenarnya. Begitu juga kehidupan kita selepas ini. 


Actually aku nak khaskan catatan ni buat semua yang wish birthday kat aku sama ada secara langsung, whatsapp, kat IG and FB. Maaf pada yang tak sempat reply say thanx and papar dalam ni. I'm really appreciate it!

Untuk kengkawan ofis yang wish thanks ya.Yang rela menyanyi lagu birthday song tu..si Emy..u make my day la..hahahah..gila kaget sebentar dong bila kamu datang padaku dengan membawa sekeping ucapan dan hadiah dr big bos..terpinga sekejap..tapi aku cover dengan membahan kau..hahah..sori ya

Eh lagi satu forum kegemaran aku..si cari pun...dapat kredit percuma sempena bzday..hahhah..setiap kredit tu bernilai oo..nak panjat pagar hot topik..yachhh!Yang tahu je akan faham..hehehhe.

Thanks jugak buat si suami yang memang 'menyeprisekan' aku hari ni..sampai kene jalan la ke depan gate (balai pelawat) Kompleks B ni untuk collect jambangan bunga tu. Nasib pakai blazer,leh la cover bunga tu balut ngan blazer. Segan kot nak berjapan dr depan gate masuk ofis pegang bunga..kang banyak lak mata memandang and bertanya. Tak kuasa ioll.Malu i tau!Nanti belanja makan ek.

Balik rumah suprise lagi by anak-ank pulak. Berkomplot semua ni ngan papa dia. dapat jambangan bunga and coklat lagi.Memang berbuka nanti hadap coklat jele.

Terima kasih semua. Harapan aku,moga aku dapat memotivasi diri sendiri agar jd lebih kuat dan tegar serta ingin menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Thursday, June 08, 2017

Kau Pergi Jua

June 08, 2017 0 Comments
Pada pagi Rabu (31 Mei 2017)selepas sahur aku dikejutkan oleh whatssapp kwn serumah masa bujang dulu..mengatakan kawan kitorang Zam kritikal di HKL. Aku dimaklumkan yang beliau terlibat dengan kemalangan di Putrajaya pada Ahad tgh mlm (29 Mei 2017),ketika dalam perjalanan pulang dari kampung ke Putrajaya sempena menyambut Ramadhan. Difahamkan kereta dari arah bertentangan masuk ke arah laluan diorang. Pemandu kereta terbabit dikatakan meninggal. Kawan aku duduk di belakang bersama anaknya kena teruk.

Keadaan beliau selepas kemalangan..Aku difahamkan pada mulanya beliau ditempatkan di Hospital Putrajaya tetapi di bawa ke ICU Neuro HKL kerana kecederaan yang serius. Ketika di HKL beliau masih belum sedar dan menjalani pembedahan untuk membuka tempurung kepala to remove darah beku.Tempurung kepalanya retak di bahagian depan. Suami beliau hanya luka di bibir. Anak lelaki beliau yang berusia 2 tahun juga mengalami patah kaki dan lebam di mata (kini Hakim dijaga oleh pakcik dan makcik suaminya untuk sementara). 

Pembedahan demi pembedahan dijalani. Walaupun terdapat sedikit tanda positif tetapi beliau masih belum sedarkan diri. Aku ada mengambil cuti untuk melawat dia,tetapi aku dimaklumkan oleh seorang kawan yang Zam akan menjalani pembedahan lagi hari tu. Tukar saluran pernafasan. Sudahnya aku terpaksa batalkan hasrat untuk ke HKL,memandangkan aku fikir jika lepas operate takut tak boleh melawat. Ditambah dengan kata hanya keluarga terdekat yang boleh jenguk.

Sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara, kehidupan yang tidak kekal..satu hari nanti kita pasti akan dimandikan, satu hari nanti kita pasti akan dikafankan, diusung ke kuburan , ditinggalkan dalam satu rongga tanah yang gelap..kita tak tahu bila saat terakhir kita.. sebab itu setiap saat kita sangat berharga.
  • Zam..aku tiap kali g Ipoh msti aku tringt kt ko..kat hati bkata bila le nk jmpe ko lg..hrp raya nt aq dpt gi umh ko..
  • Bila dngr lagu Tiada Lagi-mayang sari pun tringat kt ko..sbb pnah dngr ko karok lagu ni kt rumah.. mendayu2..pndai ko tarik
  • Ikan bils grg kcap..aq ingt lg ni ko msk ms dinner rumh bujg dlu..dr ctu aq br tau sdp jugk bilis grg kicp ni..smpi skrg jd favourite aq and ank2..simple.
  • ko dan Niza sanggup dtg bmalam ke rumah aku jd teman aku time kawin,jd tukang mekap aku masa nikah..
Sesungguhnya Dia lebih menyayangi dirimu..tanggal 6 Jun 2017 (selepas waktu Maghrib) akhirnya kau pergi jua..sekali lagi aku terkejut dengan berita yang diterima malam tu..aku dimaklumkan jenazah arwah akan dimandi, disembahyangkan di HKL dan di bawa pulang ke Ipoh.Terus ke Surau Al Islah,Taman Desa Jaya,Tg.Rambutan (surau berdekat rumah keluarga arwah). Jenazah selamat dikebumikan di  Tanah Perkburan Kg Bakar Bata,Tg.Rambutan. Kami redha atas pemergianmu di bulan yg mulia ini.. dikau sudah selamat dari noda dan dosa di dunia..moga tenang di sana..Al Fatihah kukirimkan untuk mu teman..NorZam' Ashima..

Tuesday, June 06, 2017

Edisi Kayuhan:Putrajaya Community Ride Siri 1/2017

June 06, 2017 0 Comments

Pada 13 Mei 2017 yang lalu, lagi sekali aku join aktiviti berkayuh di Putrajaya. Sebelum ni untuk tahun ni aku dah join yang Konvoi Berbasikal Wanita 2017.Kali ni join siri Putrajaya Community Ride pulak. 

Untuk makluman, acara ni terbuka kepada warga putrajaya dan ianya percuma. Peserta hendaklah membawa kad pengenalan semasa mendaftar secara walk in atau pun boleh register secara online di PCR. Peserta yg mengambil bahagian sekurang-kurangnya 3 siri kayuhan akan layak dapat Jersi basikal Putrajaya community ride.


Mari kita beriadah bersama rakan komuniti jika bertuah anda boleh pulang bersama hadiah.Para peserta bakal merasai keunikan laluan serta cabaran yang berbeza pada setiap siri kayuhan tersebut


Medal yang diterima setelah selesai kayuhan..Ni siri 1..moh collect sampai 4 siri (kalau diizinkanNya). Next siri ialah Siri 2 iaitu pada 15 Julai 2017. Nanti jangan lupa jenguk--jenguk la link PCR ni untuk pendaftaran.