Friday, September 30, 2011

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

September 30, 2011 0 Comments

Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.
Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.
“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.
SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.
SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.
The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Thursday, September 29, 2011

Sedih tengok budak ni

September 29, 2011 1 Comments
Antara kanak-kanak yang terpisah daripada keluarga mereka.Camner le nasib dorang ye..nak menjaga si kecil ni..gambar ni mengingatkan kat aku suatu masa dulu..ade sorang budak pengemis mendukung adik dia(mungkin) lebih kurang besar tu le..mintak sedekah.Aku ni agak sensitif bile tengok budak-budak dalam keadaan gitu.Lihatlah pergolakkan yang berlaku di luar negara sehingga keluarga terpisah,ada yang cedera dan maut.Apakah nasib mereka,sedangkan kita di sini aman damai.Hargailah sesuatu sebelum ia berakhir.
Untuk pengetahuan dalam kejadain di atas,pesawat pengebom Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membedil bandar Sirte untuk membuka laluan kepada tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menawan bandar kelahiran Gaddafi itu.

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

Novel Bicara Hati bakal didramakan

September 26, 2011 1 Comments
Sape pernah bace novel ni?pada peminat novel mesti ade yang pernah dah bace kan..aku pun dah bace novel ni..so far memang best lah cerita dia..cam biasa konflik percintaan..perkahwinan bukan  atas dasar cinta dan kahwin kontrak..namun cinta terpaut akhirnya..Begitulah ringkas ceritanya yer..

Khabarnya novel ni pun akan diadaptasikan ke drama..wah..makin banyak novel2 yang direalitikan ke layar tv..kalau melalui bacaan kita just membayangkan watak2 yang ada..tapi sekarang leh tengok how watak2 tu dimainkan dalam sebuah cerita..Novel karya Damya Hanna ni bakal diarahkan pula oleh Osman Ali..dilakonkan kembali oleh Sharnaaz Ahmad dan Kris Chempaka....masing-masing pegang watak Tengku Syahran dan Zahlia..first aku tengok muke Sharnaaz ni kat cerita Kasih Alia la..cam muke budak comel je..hehhhe..pompuan tu not sure..Apepun aku harap dorang berjaya bawa watak tu dengan jayanya cam citer adaptasi novel lain spt Nora Elena, Trilogi Cinta dll.

Friday, September 23, 2011

kenderaan letrik untuk ofis gomen

September 23, 2011 0 Comments
Proton dengan murah hatinya telah menyerahakan kenderaan elektrik (EV) kepada Kerajaan..ni untuk testing la dan dijangka dorang nak kuarkan kereta ni untuk public may be pada tahun 2013.
ni tempat parking khas untuk EV je tau..jgn nak mandai park kete biasa kt sini erk..nampak tu chager nya

Terdapat 3 kereta Saga EV dan 5 Exora REEV akan digunakan oleh JPM dan 4 kementerian lain termasuk le ofis aku..Kem.Kewangan..aku dah pernah tengok kereta tu tersadai kat parking EV untuk di charger..saga b'plate EV 1 dan Exora REEV 1..sesambil dok tunggu husband datang jemput,usha2 gak le park ni..

Jika ok penggunaannya, kemungkinan akan banyak lagi kenderaan ni akan dikeluarkan untuk kegunaan Jabatan2 pada masa akan datang..kadang tefikir gak, mesti banyak kos nye..Harga dengar nya dalam RM70k & RM100k..lebih tinggi dari harge kenderaan proton yang biasa..Dalam tempoh percubaan ni le kite leh tengok camner prestasi kereta ni..berbaloi ke dari segi teknikal dan penggunaan tenaga..minyak memang le save tapi elektrik how..bil kerajaan xpe kot..
gambor SAGA yg ade kat MOf ari tu colour ni la..plet EV 1

exora REEV

p/s baru pagi semalam ade dok announce langkah penjimatan tenaga elektrik kat ofis..BERSAMA  kita membudayakan penjimatan tenaga elektrik..erkkk

Thursday, September 22, 2011

Hati2 ketika di stesyen minyak mahupun di mana2

September 22, 2011 3 Comments
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

mula dah sesak

September 22, 2011 1 Comments
Pagi yang redup ini...sekali lagi Putrajaya dihujani dengan kenderaan yang mungkin kebanyakkan dari luar kawasan yang hadir untuk satu karnival iaitu Karnival Usahawan desa (KUD)..lihatlah deretan kenderaan disebelah lorong menghala ke Tapak Karnival..ni gambar diambil dari dalam ofis aku yerk...pergh nasib jem tadi tak melalui waktu aku gi keje tadi..

Karnival Usahawan Desa (KUD)  diadakan pada 21-25 September 2011 bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak..hari ni le ye..tu sebab ramai bebenor yang 'menghadirkan' diri pagi ni.

Pelbagai acara akan diadakan disamping memperkenal industri usahawan kecil ke peringkat yang lebih tinggi..seramai 500 usahawan menyertai acara ini dengan pelbagai kategori seperti produk makanan,kraftangan,perkhidmatan dan herba.

Antara acara yang diadakan persembahan permainan tradisonal seperti wau,gasing dll.turut diadakan persembahan kebudayaan,artis,demo masakan,autoshow,fesyen dan jualan pelbagai produk.Bagi yang berkesempatan silalah hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Monday, September 19, 2011

Nak Hilangkan Stress..??

September 19, 2011 0 Comments
Minggu lepas berpeluang mengikuti kursus anjuran ofis aku..tapi bengkel dikendalikan oleh Perunding motivasi dari Akademi Integrasi Moden, Tn Hj.Abd Rahim (bekas Pengarah Pendidikan Melaka)..

Aku malas nak cerita banyak tentang kursus tu..Insya'allah ade masa aku akan share info yang aku dapat..so far aku dapat sesuatu yang akan aku usaha untuk atasinya..apa pun semuanya bergantung kepada diri kita..orang sekeliling juga antara faktor yang akan mempengaruhi diri kita..sokongan dan 'kefahaman' mereka adalah sangat diperlukan..

Cuci mate dulu untuk hilangkan stress..(eh aku hari ni semangat je nak keje..mals nak fikir masalah..just stress sebab kepenatan berjalan2...lepas lik Lumut terus ke Kuantan pulak..3hari kat sane..malam tadi baru sampai Putrajaya..penat!
 Peserta2 kursus dari bahagian aku..sorang lagi tu bahagian lain..kami serumah...
Pemandangan yang dapat dilihat dari apartment kitorang..taman air sesuai untuk family vacation..tempatnya Marina Cove Resort,Lumut..dekat je ngan Teluk Batik...tenang melihat ciptaanNya..

Apartment kitorang..3 bilik 2 bilik air..satu bilik dok 2 orang..aku tak leh tido dengan nyenyaknye utk 2 malam tu..first night aq mimpi 'alien'..huh..kacau ja..dah tu ditmabah dengan sound efect bunyi pintu lah...siren la..haduh..jwbnye berjaga le aku..second night aku mengigau?erk..biar betik...org sebelah aku le cakap..grr..
Outing sekejap...gi beli ole2...perhhh...bajet dah le kureng..permintaan banyak..gila arr..berbelanja ikut kemampuan..bajet RM20 je beli barang..sori le pada kengkawan..bukan tak ingat tapi tengah bulan da..mau pegi Kuantan lagi..lari bajet oo...utk anak2 pun tak dapat le nak beli t-shirt ke bagai
aku beli ikan bilis..harge ikan bilis lebey kurang je kat sini...gatal nak beli gak..

Ok tu je..aku nak sambung wat keje..
Hidup tanpa masalah tak seronok?erk..?abaikan dulu wat masa ni..fokus kepada kerja!

Tuesday, September 06, 2011

mukadimah selepas raya

September 06, 2011 1 Comments
suke kerana masih bercuti..boring besok dah masuk keja..cam lum puas bercuti..hari ni sibuk ngemas rumah..maklum le seminggu lebih tinggal..dah berabuk,sawang bagai..

aku bertolak dari kampung semalam..nampak highway masih banyak kenderaan yang menghala ke selatan dari utara..ramai yg becuti lagi kot..dan ade yang amik peluang nak lepas dari jem,so balik lewat la..so far semalam ok la..tak jem walaupun banyak kenderaan...tapi berjalan lancar

korang amacam beraya..ade sihat ke..kot le ade yg EL dan MC akibat demam raya..yang dah pulang ke kota..kunjung mengunjung le sesama kita...teruskan amalan desa di kota..

sebelum tu takziah buat keluarga k.afsah atas pemergian ahli keluarganya Allahyarham Noramfaizul g maut ditembak ketika  misi di Somalia..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga..Alfatihah..