Friday, February 10, 2017

Memancing dan BBQ di Yeob Bay Hotel & Resort,Lumut

Kalau nak ke pantai nak menikmati kehijauan nak berehat dr kesibukan kota.nak gi memancing atau pun nak menikmati makanan laut yg segar moh ler ke perak.check in YEOB BAY HOTEL PERAK TELUK SENANGIN. So inilah short vacay kitorang pada 31.12.2016 yang lalu. Bertolak dari Putrajaya 3.00 petang dan tiba di Lumut dalam jam 6 petang.
Kolam renang..masa ni tengah renovate lagi..upgrade untuk keselesaan pengunjung..peh ni leh berenang kat kolam pulak
Bangun pagi,dari ruang koridor bilik nikmati pemandangan laut dan kehijauan alam.Indahnya pemandangan sambil disapa oleh angin sepoi-sepoi dan bunyi deruan ombak..
Malam..kita bbq la..bawa la segala benda yang boleh dibakar..kemudahan disediakan tetapi kene la bagitau pihak pengurusan dulu untuk book..nanti dorang akan sedaiakan meja dan tempat pemanggang di ruang bbq berhampiran pantai..
Hasil panggangan malam tu..sotong,udang,sosej,ikan dan ayam perap. Usai makan malam di tepian pantai ni, my husband, adik dan bapa mentua memulakan aktiviti dorang.Memancing!! Gigih kan tengah malam gi mancing dan nak subuh baru balik. Hasil??hahahah..ikan takmo dekat kot..cian.Takda rezeki,cuba lagi.

Friday, February 03, 2017

10 Negara Penduduk Terbanyak Di Dunia

Dunia yang kita tempati ini memiliki 195 Negara dengan jumlah penduduk (populasi) sebanyak 7.323.187.457 jiwa (menurut CIA World Factbook Tahun 2016). Berikut ini adalah Daftar 10 Negara dengan Jumlah Penduduk (Populasi) terbanyak di Dunia beserta luas wilayahnya :

Durian Pun Berlalu

Julai lalu adalah musim yang paling hot dengan durian..merata-rata tempat orang jual durian. Bagi yang ada kebun sendiri untungla tak pay...