Posts

Showing posts with the label Kebun

Moh Ke Kebun

Image
Minggu lalu aku amik cuti panjang sikit dalam 3 hari cuti rehat + cuti sabtu ahad..so 5 hari la kan..balik kampung husband kat Batu Kurau..memandangkan balik sana dan takda perancangan lain, so aku ajak encik somi pi kebun mak aku di Kg. Pantai Besar..mak ayh aku pun sebenarnya asal dari sana cuma dorang berhijrah ke Sungkai demi mencari rezeki.. Kitorang pun pi la jenguk kebun mak aku tu..perhhh..saujana mata memandang..semak samun subur menghuni tanah kebun ni..last kerja pembersihan kebun ni dilakukan sekitar pertengahan tahun lalu..semasa musim durian...Bak lagu Mr Os..Musim deghoyan banyok sedare mare,Bila nebas, seko tak nampak muke...hehehhe  Bile tengok keadaan macam tu..kami dengan rasa hati cuba untuk bersihkan apa yang patut..memang menguji fizikal dan mental le jugk..encik somi bertukar menjadi mr pilot membawa mesin rumputnya ..yang aku dengan parang..kerja-kerja pun bermula..  ahhhh..hampasnye pacat..banyak jugak le aku kena gigit ngan dia..abis ...

Durian Pun Berlalu

Image
Julai lalu adalah musim yang paling hot dengan durian..merata-rata tempat orang jual durian. Bagi yang ada kebun sendiri untungla tak payah nak kena beli..cuma kena rajin jenguk kebun,menebas dan tunggu durian. kata Mr OS "Lebih baik cepat pegi suloh, Lambat sikit kome dapat habuk, Kalau tido jawabnye tinggey pokok..padan muka . Time musim semua nampak muka, time menebas seko tak nampak. Deep! Memandangkan husband and mak ayah aku asal Batu Kurau, semestinya musim ini adalah sesuatu yang paling 'dihargai'..memang puas dapat makan durian kampung..hasil kebun sendiri..bukan saja durian, manggis,langsat dan rambutan pun turut serta memeriahkan suasana.Tiap kali balik penuh le kereta dengan hasil tersebut. Tu pun orang dok kirim tolonng belikan. Nampaknya kena beli lori la senang nak angkut sambil tu leh berniaga. Kome kalau ada tanah,cubalah gunakan sebaik mungkin..tanam apa yang patut untuk santapan masa depan. Aku pun dalam perancangan nak usahakan tanah yang a...

Cara Buat Asam Keping

Image
Namanya asam gelugur. Bentuknya unik, seperti buah labu mini, namun sebenarnya termasuk dalam keluarga manggis. Tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenal dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan. Buahnya berwarna hijau dan kuning keemasan bila sudah tua. Biasanya dia dijadikan adam keping ketika masih berwarna hijau ataupun kuning.  Buah asam gelugur diiris dan dikeringkan dapat digunakan dalam masakan dan kegunaan lain. Jemur kat panas terik algi abgus..cepat sikit kering. buah gelugor yang sudah siap dijemur hingga kering..dan boleh lah digunakan.

Terbaik dari kampung

Image
Selama 3 hari 2 malam aku di rumah husband kat Batu Kurau, Taiping..ni le kejenye...pulak tengah dok musim buah..memang seronok le..makan..makan dan makan ja..  Lata Semepeneh..airnya sejuk gilerrr..dikelilingi bukit bukau..pemandangan kampung..tenang je disini  langsat yang manis ranum..woow..sori ye..tak dapat nak bagi..habis da makan   Panjat pokok langsat..bukan aku..my husband tukang panjat..aku cume kutip je buah yang jatuh..humang aih..nyamuk kemain banyak  Asam keping...mak mentua yang rajin buat sendiri je..potong buah gelugor dan jemur kering