Posts

Showing posts from August, 2021

Status MySejahtera Bertukar Kontak Kasual

Image
Hari ni 7/8/2021@1:30pm dapat notifikasi daripada MySejahtera (MySj) berhubung aku dikesan melalui sistem dorang tu sebagai Kontak Kasual. Sistem tu mengesan berdasarkan waktu dan tempat check in. Aku pun tak tahu di mana lokasi dan masa. Kalau tengok history pergerakan aku cuma ofis, Klinik Kesihatan Manjoi dan terbaru ke PPG Tapah. Ya tempat tu semuanya hotspot dengan kes. Mungkin la salah satu darinya. Untuk makluman Kontak Kasual ni tak perlu kuarantin atau buat swab test pun selagi tak bergejala teruk. Cuma kena sentiasa jaga SOP dan keluar rumah jika perlu sahaja. Dalam masa 10 hari juga anda perlu membuat penilaian di ruangan "things to do/perkara yang perlu dilakukan" dalam MySj. Soalannya cuma tandakan jika anda bergejala atau ada kontak rapat dengan positif person dalam masa 14 hari. So far bila berstatus camni pun dah rasa cuak, memang takut la nak keluar. Diharapkan tak ada sebarang gejala dan sentiasa dalam lindungannya.