Posts

Showing posts from April, 2012

Kempen Derma Darah di Hospital Putrajaya

Image
Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Putrajaya dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan menganjurkan Kempen Derma Darah seperti ketetapan berikut:- Tarikh   : 8 Mei 2012 (Selasa) Masa      : 9.00 pagi hingga 4.00 petang Tempat : Lobi Utama Hospital Putrajaya Bagi yang ingin menderma dijemput hadir.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tapah

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :- 1. Akauntan (W41) 2. Penolong Jurutera (J29) 3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29) 4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17) 5. Juruteknik Komputer (FT17) 6. Penghantar Notis (N3) 7. Pemandu Kenderaan (R3) 8. Pekerja Awam (R1) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mei 2012

Slip Gaji Baru SSM

Image
Dah tengok ke sistem gaji..pasti ade yang dah terjah web ANM tu sejak Jumaat kan..bagi yang dah tengok pasti ade yang suke sebab dalam tu ade dinyatakan gaji pokok baru juga tunggakan selama 3 bulan tu..kaya sekejap la korang erk.. Tengok kat column gaji serta elaun tu,ha ade perubahan kan..kalau dulu yang dok kuarters akan ditulis ITP (tiada )dan Cola pulak separuh je then bantuan sewa rumah sekian2..Sekarang ni sume elaun dinyatakan full seperti Cola RM300,ITP RM180..nampak bagus je kan..tapi kat colum potongan tu la yang dok kuarters akan nampak potongan sebenar..kira potong siap kat situ..banyakla ptotongan erk Dengarnya yang keje under Kementerian Kesihatan lum dapat tunggakan..slip dah keluar tapi tiada tunggakan..erk camne tu..Kementerian lain seperti Kem.Pendidikan dan Kem.Pertahanan camner lak erk? Dapat gaji ni sila clearkan segala bil2 dan bayaran yang perlu yer..ade lebih wat la simpanan sikit..beringat!

Keputeraan Sultan Perak Ke-83

Image
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM  SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU), D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH), D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG), S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P   Hari ni 19 April bagi warga Perak mesti tau kan hari ni adalah cuti negeri sempena Keputeraan Sultan Perak. Sekrang dah masuk 83 tahun usia tuanku. Kebiasaannya,  rakyat Perak disaran mengibarkan bendera Perak di premis masing-masing dan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakat pada hari berkenaan bagi meraikan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Azlan. Berikut sedikit biodata Ringkas Sultan Perak:  Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku  telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisur

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar. Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada  tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.: 1. Pegawai Veterinar KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut : 1. Pembantu Undang-Undang Gred L29 2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17 3. Pekerja Awam Gred R1 KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON Tarikh Tutup Permohonan : 27 April 2012

Tip Jana Wang Dari Rumah

Image
Tentu korang nak tahu; adakah benar wang mampu dijana hanya dari rumah berbanding kerja makan gaji? apakah kelebihan menjana pendapatan dari rumah? apakah strategi berkesan dalam mencipta pendapatan dari rumah? bagaimana menyesuai dan mendisiplinkan diri ketika kerja di rumah? benarkah ada individu yg menjadi jutawan dengan hanya bekerja dari rumah? Buku ni aku beli masa gi expo  Buku Islam Putrajaya  bulan lepas.Ianya menceritakan bagaimana mencipta pendapatan lumayan dari rumah.Buku terbitan PTS Millenia Sdn Bhd dan ditulis oleh Rizal Abdul Rashid. Tip Jana Wang Dari Rumah membongkar strategi mencipta pendapatan lumayan dgn berkesan.Penulisan buku ini disusun berdasarkan pengalamn penulis yang sudah lama menceburi dunia pekerjaan dari rumah.Buku ini juga solusi kpd yang sukar mencari pekerjaan.Cubalah baca dan fahami.Asalkan ada keyakinan, kesabaran,usaha dan doa pasti ada hasilnya.

Gulai Pisang bersama keli..rempah giling sedap

Image
 pisang ape aku tak tau namenye..yang pasti mude..ni akak aku bagi masa dia gi penang,.orang bagi kat dia,dia bagi kat kita jugak la..dia suh aku try wat masak gulai..aq blur gak,masak2 gini aku kureng gak..jenuh nak mikir nak masak pe..if ade ikan masin ok gak campur kan..campur ngan ikan bilis tumbuk pun ok..leamk kuning..last aku dapat idea nak wat masak gulai ngan ikan keli..kebetulan ade beli ikan keli banyak..pe lagi siap kan bahan la  ni rempah giling yang akak aku bagi gak..dia beli kat Penang..buatan Bumiputera..memang sedap.. masakan lebih enak berbanding rempah serbuk..a ntara bahan yang digiling dalam rempah giling ni ialah cili kering, kunyit, jintan manis dan jintan putih..untuk membangkitkan aroma masakan selalunya bawang dilebihkan..bak suh orang beli lagi la..sapa pi Penang mai rojer na..nak oder inilah gulai pisang plus keli..aku hentam je campur keli ngan pisang..menjadi le jugakkan..nampak pior cam kari Penang tuurrrrrr nak masak mudah je..ikut je araha

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kampar

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan : 1. Jurutera 2. Pegawai Perancang Bandar dan Desa 3. Akauntan 4. Pegawai Kesihatan Persekitaran 5. Penolong Arkitek Lanskap 6. Setiausaha Pejabat 7. Pembantu Tadbir (P/O) 8. Pembantu Akauntan 9. Pemandu Kenderaan 10. Pekerja Awam KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2012

Keperluan Latihan & Hari Setahun Bagi Kakitangan Awam

Ok,memandangkan keje dalam gomen ni memerlukan kaki tangannya memenuhi keperluan latihan selama 7 hari sekurang2nya dalam setahun,maka aku kene le bagi komitmen untuk mengikuti tawaran yang diberikan..Alhamdulillah semalam start kursus hingga Khamis dapatlah 3 hari kan....Sebelum ni ade gi ceramah,taklimat dan perhimpunan (sume 2 jam)..dapatlah jadi sehari.So nak kene cari lagi 3 hari..hope ade le K eperluan latihan 7 hari bagi setiap staf telah dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.   Aktiviti latihan yang dijalankan selama 6 jam secara berterusan dikira sebagai satu hari.So boleh le campur,kalau ceramah 2 jam hari ni..then ada lagi cerah 1-2 jam..campur la..samapi jadi 6 jam=1hari   Antara jenis latihan yang leh diambilkira untuk masuk dalam rekod kita:            •Latihan •Kursus •Konvensyen •Bengkel •Forum •Simposium •Kolokium •Lawatan Rasmi •Klinik Kaunseling

Keranamu 5S..siap ade Rumah Terbuka

Image
Jangan ingat time raya je ade open house.Disebabkan ofis aku ni akan menghadapi audit pembaharuan persijilan 2012 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada bulan  Jun 2012 . Maka pelbagai program diadakan,.Dalam persediaan ke arah pembaharuan persijilan tersebut, pihak Urusetia Induk 5S Perbendaharaan Malaysia telah merancang melaksanakan beberapa program. Program utama yang akan dilaksanakan adalah   Majlis Pelancaran Gerak Kerja Ke Arah Pembaharuan Persijilan 2012 dan Majlis Rumah Terbuka 5S Perbendaharaan Malaysia. Pagi tadi berlangsungnya Gerak Kerja 5S then diikuti oleh lawatan ke rumah terbuka setiap bahagian.S etiap Bahagian adalah digalakkan untuk membuat promosi Bahagian masing-masing untuk menggalakkan warga kerja Bahagian lain berkunjung ke Bahagian mereka dengan   menyediakan banner, hebahan melalui siaraya atau email, penyediaan  door gift  dan sebagainya. Majlis Rumah Terbuka 5S Perbendaharaan Malaysia bertujuan   memberi peluang kepada Bahagian-bahagian