Posts

Showing posts from July, 2012

Awas jika terima panggilan dari nombor yang bermula dari +375 dan +371!

dapat sumber ni dari e-mel..just sharing Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sila ambil perhatian. Ini satu mesej penting dari  Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ( AKPK). Beberapa orang telah menerima panggilan daripada nombor-nombor ini +375602605281, +37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375 dan +371. Panggilan itu hanya dengan satu deringan dan tergantung. Anda d inasihatkan untuk tidak membuat panggilan semula ke nombor-nombor tersebut kerana ia akan membawa padah. Panggilan semula anda akan dicaj dan HANYA dalam 3 saat, segala maklumat termasuk maklumat bank atau kad kredit di dalam telefon bimbit anda akan di muat turun ke dalam sistem ‘MEREKA’. Berhati-hati. Tolong sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan serta ahli keluarga anda. Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian 1800 88 2575 (AKPK).

Dah Tukar Duit Raya

Image
Walaupun puasa baru je seminggu lebih tapi aku dah dapat tukar duit awal-awal.Tapi bajet tahun ni kurang sikit la.Nak kene plan betul-betul bajet raya dan selepas raya..kalau tak haru nanti.Walaupun orang Gomen dapat bonus setengah bulan,bagi kami yang berpendapatan rendah ni ianya cukup-cukup je.Bagi yang anak lebih tu mau tak cukup kan.RM500 tu kejap je berbanding dengan harga pasaran yang ada sekarang. Sebenarnya untuk tukaran tu aku oder melalui adik bongsu yang kini bertugas di Agrobank Slim River.Dah dia offer unutk tukar aku pun pe lagi,amik oder la.Malas nak gi bank beratur.So tak payah nak fikir lagi dah bab ni.Peruntukkan untuk duit raya dah settle.Tukar pun takdele banyak.Setakat RM200 duit RM1,RM5 dan RM10.Duit baru ye tahun ni. Anak buah aku memang ramai dalam 20 orang..jenuh nak berkira gak ni weh.Tapi this year aku akan beraya di rumah husband.Apapun standby jugak duit lebih unutk tetamu kanak-kanak yang bertandang.Sedekah setahun sekali kot.Hehehe Korang

Isu Rohingya | Muslim Holocaust

Image
Agak terkedu bila melihat gambar mayat-mayat di gambar ini.Sehingga kelu untuk aku katakan.Sangat kejam!Kenapa umat Muslim diperlakukan sebegitu?Isu ni aku baca dari blog Wacanaku ..aku hanya mampu share unutk kesedaran diri dan sesiapa yang membaca.Moga lebih banyak insan yang tak berdosa dapat diselamatkan. Beberapa hari lepas, ibu bapa  muslim Rohingya  melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat. Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan  etnik muslim Rohingya  yang dahulunya dalam lingkungan  6 juta orang  kini tinggal hanya dalam lingkungan  800 ribu orang , habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan  seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang

Jawatan Kosong:Majlis Bandaraya Ipoh

Image
Lagi kekosongan jawatan kat negeri teman.Syangnya jawatan berkaitan aku takde.Just tolong apply untuk orang lain bagi post Pelukis Pelan dan Pegawai Khidmat Pelanggan.Belum ade rezeki untukku berhijrah. BIL. JAWATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN GRED A.  TETAP 1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT SOKONGAN F29 2. PELUKIS PELAN SOKONGAN J17 3. PEMBANTU AKAUNTAN SOKONGAN W17 4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) SOKONGAN W17 5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM SOKONGAN U17 B.  KONTRAK 1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN SOKONGAN W27 2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN SOKONGAN N17 Maklumat lanjut leh lawati MBI ..pengisian jawatan adalah secara online.

Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Dan Bonus Tambahan 'Simpanan Selangorku'

SHAH ALAM,26 JULAI : Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata , Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam. “Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). “Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan. Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya hari ini. Abdul Khalid berkata dengan pemberian bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat

Pulau Pinang: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa). Beliau berkata, mesyuarat exco hari ini meluluskan cadangan pemberian bonus kepada 3,780 pegawai perkhidmatan awam melibatkan kos RM3,983,489,45. “Pemberian ini juga melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya pada sidang media.-SINARHARIAN

Menu Apa?

Image
Tengok banyak blog yang update ape yang dorang sediakan ketika berbuka.Aku pun masak gak tapi tak sempat nak snap pic.Hmm..agak 'menggoncang' perut ku ni bila melihat makanan.Now mula terfikir apa pula menu untuk berbuka nanti?idea..idea..idea...Masak jimat sikit..gi bazar maunye kopak weh. gambar hiasan:google Semalam masak kangkung goreng belacan,ayam masak merah,ayam goreng,sambal belacan,ulam dan sardin.Airnya sirap cincau.Hari ni tak pasti lagi ape benda yang nak dimasak.Ayam lagikah?Or udang?sotong?ikan?Lauk kene masak lebih,sahur kang leh panas kan,just masak sayur je n nasi je lagi time tu. Perhhh..bab masak pun blur weh..cam ner nak masuk pertandingan ala Masterchef tu mahupun yang ala2 je.Jenuh nak memikior. Maklumat dihujung jari..search je pelbagai resipi yang ada dan sesuai dengan stok lauk yang ada dalam peti.Puas hati.

Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk penjawat awam

Image
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.   Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500. Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.   “Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.   Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya. Umat Islam dijangka menyambut Aid

Kadar Zakat fitrah 2012 Seluruh Malaysia

Image
Tahun ni bayaran fitrah untuk Putrajaya RM7..sama cam sebelum ni..sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab berzakat..

Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam 2012?

Semalam ada dengar berita kat radio tentang kenyataan YB PM kita tentang isu bonus ni.Katanya kene tengok buku kira-kira dan kemampuan kerajaan camner.Kalau ikut situasi sebelum ni,kerajaan ada bagi saguhati raya RM500 dan sebahagian lagi selepas raya pada hujung tahun. Dalam keadaan negara bakal menghadapi PRU ni,rasanya boleh kot bonus ni ditimbangkan.Bukan mintak banyak pun.Sekurang-kurangnya lepas le sikit beban nak buat persiapan sambut raya nanti. SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bonus itu cara kerajaanmenghargai kerja keras penjawat awam. "Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu. "Pemberian bonus ray

Kakitangan perbendaharaan harus imbangi peranan: Najib

Image
PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak beramah mesra dengan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Anugerah Khas Perbendaharaan Malaysia 2011 di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. -BH PUTRAJAYA: Kakitangan perbendaharaan negara harus mengimbangi peranan sebagai pengawal kewangan dan pemudahcara bagi memastikan jentera kerajaan berjalan lancar tanpa kekangan kewangan, kata Datuk Seri Najib Razak.   Perdana Menteri menegaskan, perbendaharaan negara serta Kementerian Kewangan menjadi ikon utama kepada kerajaan dan mereka yang berkhidmat di dalamnya bertanggungjawab menjaga segala rahsia serta urusan dalaman. Katanya, selaku institusi yang menjaga pengurusan ekonomi dan kewangan selain semua dasar berkaitan pengurusan ekonomi serta kewangan negara, ada beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan khusus.  Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Per

Floria Putrajaya:Idea Landskap -Taman Cantik

Image

Floria Putrajaya:Idea Landskap -Taman Sayuran

Image

Floria Putrajaya:Idea Landskap -Taman Arnab

Image

Floria Putrajaya:Idea Landskap -Bunga-bungaan

Image