Posts

Showing posts from June, 2017

Google Bagi Hadiah Birthday

Image
Hari ni sepanjang masa Google papar Birthday wish kat search engine aku. Ha jangan tak caye..ini boktinya. Untuk makluman, kini search engine (enjin carian) dah boleh memperingati hari ulang tahun setiap pengguna Google dengan doodle hari jadi khas berdasarkan maklumat profile pengguna Google. No wonder la bila kita dah log in,google kita akan disajikan dengan paparan tu kan..Okla tu kira hadiah utk diri jugak kan. Hari ni 9.6.2017 genap umur aku yang ke-35..masih muda kan..huaaaa. Tua mengejar sebenarnya. Begitu juga kehidupan kita selepas ini.  Actually aku nak khaskan catatan ni buat semua yang wish birthday kat aku sama ada secara langsung, whatsapp, kat IG and FB. Maaf pada yang tak sempat reply say thanx and papar dalam ni. I'm really appreciate it! Untuk kengkawan ofis yang wish thanks ya.Yang rela menyanyi lagu birthday song tu..si Emy..u make my day la..hahahah..gila kaget sebentar dong bila kamu datang padaku dengan membawa sekeping ucapan dan hadi

Kau Pergi Jua

Image
Pada pagi Rabu (31 Mei 2017)selepas sahur aku dikejutkan oleh whatssapp kwn serumah masa bujang dulu..mengatakan kawan kitorang Zam kritikal di HKL. Aku dimaklumkan yang beliau terlibat dengan kemalangan di Putrajaya pada Ahad tgh mlm (29 Mei 2017),ketika dalam perjalanan pulang dari kampung ke Putrajaya sempena menyambut Ramadhan. Difahamkan kereta dari arah bertentangan masuk ke arah laluan diorang. Pemandu kereta terbabit dikatakan meninggal. Kawan aku duduk di belakang bersama anaknya kena teruk. Keadaan beliau selepas kemalangan..Aku difahamkan pada mulanya beliau ditempatkan di Hospital Putrajaya tetapi di bawa ke ICU Neuro HKL kerana kecederaan yang serius. Ketika di HKL beliau masih belum sedar dan menjalani pembedahan untuk membuka tempurung kepala to remove darah beku.Tempurung kepalanya retak di bahagian depan. Suami beliau hanya luka di bibir. Anak lelaki beliau yang berusia 2 tahun juga mengalami patah kaki dan lebam di mata (kini Hakim dijaga oleh pakcik dan makcik

Edisi Kayuhan:Putrajaya Community Ride Siri 1/2017

Image
Pada 13 Mei 2017 yang lalu, lagi sekali aku join aktiviti berkayuh di Putrajaya. Sebelum ni untuk tahun ni aku dah join yang Konvoi Berbasikal Wanita 2017 .Kali ni join siri Putrajaya Community Ride pulak.  Untuk makluman, acara ni terbuka kepada warga putrajaya dan ianya percuma. Peserta hendaklah membawa kad pengenalan semasa mendaftar secara walk in atau pun boleh register secara online di PCR . Peserta yg mengambil bahagian sekurang-kurangnya 3 siri kayuhan akan layak dapat Jersi basikal Putrajaya community ride. Mari kita beriadah bersama rakan komuniti jika bertuah anda boleh pulang bersama hadiah.Para peserta bakal merasai keunikan laluan serta cabaran yang berbeza pada setiap siri kayuhan tersebut Medal yang diterima setelah selesai kayuhan..Ni siri 1..moh collect sampai 4 siri (kalau diizinkanNya). Next siri ialah Siri 2 iaitu pada 15 Julai 2017. Nanti jangan lupa jenguk--jenguk la link PCR ni untuk pendaftaran.

Buah Gelugor Menjadi Asam Keping

Image
Siapa tak pernah tengok buah gelugor? Buah ni la yang menghasilkan asam keping yang kome nampak kat dalam masakan. Buah dia bulat-bulat dan berketak-ketak.Bila dah masak akan bewarna kekuningan. Buah yang dah masak, bolehla dihiris nipis-nipis untuk menghasilkan asam keping.Proses menghiris buah ni memang mencabar sikit.Pastikan pisau yang digunakan betul-betul tajam. Naik sakit jugak le tangan ni ha. Inilah rupa buah asam gelugor yang telah dikeringkan..ambil masa 2-3 hari juga bergantung kepada keadaan cuaca. Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam. Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili ap