Posts

Showing posts from February, 2012

Dendam: Mengenal Affifudin Omar

Sebelum ni aku ade perkenalkan novel DENDAM..sekadar pengenalan dan pemberitahuan.Bagi yang nak tau camner rupa paras novel tu leh refer link bawah ni..harga pun ade tertera..link Fixi pun ade ;p (NOVEL FIXI:DENDAM) Ok,hari ni aku nak bawa korang berkenalan dengan penulis novel DENDAM..first aku tengok nama penulis ni aku bermonolog"cam kenal je nama ni"..dan cuba berfikir akan nama tersebut..dan merasakan beliau adalah antar orang penting negara pada suatu masa dahulu..Ya betul seperti apa yang dijangkakan. DATUK DR AFFIFUDIN OMAR..anak kelahiran Kedah ini merupakan bekas ahli politik dan juga bekas Timbalan Menteri Kewangan dan T/Menteri Sumber Manusia pada tahun 1999.Setelah menyepi dari dunia politik beliau kini menjadi terjun ke alam penulisan. Berikut adalah petikan yang diambil dari  FREEMALAYSIATODAY   apa yang beliau akan buat setealh bersara dari dunia politik: “Inilah jawapan saya kepada soalan rakan-rakan media saya 10 tahun lalu berkenaan apa ya

Novel Fixi:DENDAM

Image
Minggu lepas aku dan my frenz dak MUCUX gi geledah MPH untuk menambah bahan bacaan bersempena azam "ULAT BUKU 2012"..hehhe Novel karya politikus Affifudin Omar..penuh dengan DENDAM Khalil Gibran ialah antara lelaki terkaya di Malaysia. Dia boleh memiliki apa (dan siapa) saja yang dia ingini. Tapi tak ramai tahu bahawa semangatnya untuk berjaya dihasilkan oleh DENDAM. - FIXI Koleksi kali ni adalah buku terbitan FIXI.Actually banyak lagi siri terbitan FIXI yang ade stapi hari tu kat MPH just ade stok KOUGAR,DENDAM dan KASINO je.Novel yang kitorang nak tu takde.Tapi aku dah oder online pun..heheh tunggu sampai je..nantikan next entri ye ape cer! Kulit belakang DENDAM..ade sinopsis nye..kalu nak bace leh click gambor bagi besor cikit..siap harge lagi tu..RM20..kalu susah nak dapat kat kedai buku oder online jele..memang susah kot nak dapat..stok clear manjang .

Perak Negeriku..ater kome

Image
Memandangkan aku berasal dari negeri Perak,maka aku akan cuba masukkan entri berkaitan negeri Darul Ridzuan ni..so aku labelkannya sebagai "PERAK NEGERIKU" sempena lagu rakyat Perak.Lain-lain entri berkaitan negeri Perak leh refer label PERAK NEGERIKU . Lagu ni sangat menghiburkan dan bersemangat aku dengarnya. Teringat zaman kanak-kanak dulu,selalu dengar kat tv1.Mendayu-dayu je melodinya. Lagu yang menggambarkan negeri Perak.Lagu kebanggaan rakyat Perak.Sayang sangat Negeriku itu.Dengar lagu ni rasa mau balik Perak! peta Perak,lirik lagu dan video-sumber:google Perak Darul Ridzuan Negeri indah permai Penduduknya hidup aman damai Dinaungi keadilan sultan Kuala Kangsar Bandar Diraja Iskandariah istana ternama Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri Menjadi lambang tunggak negeri Bukit Larut Waktu malam... berkelipan Udaranya sejuk nyaman menyegarkan Indahnya ciptaan Tuhan Di tengah samudera biru Pulau Pangkor dengan pantai yang be

LAGU KEBANGSAAN NEGERI PERAK

Image
Lagu Kebangsaan Negeri Perak adalah lagu rasmi.Dulu aku selalu nyanyi time perhimpunan.Lagu ni irama dia cam lagu Negaraku.Ade yang kata lagu Negaraku asalnya dari Perak,cuma diubahsuai lirknya.Bangga ye!Berikut adalah antara sejarah lagu kebesaran Perak ini. Lagu  Kebangsaan Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916), Sultan Perak yang ke-28, semasa baginda berangkat ke London, United Kingdom untuk menghadiri kemahkotaan Baginda Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan diraja di London, sebagai persediaan, wakil Baginda Permaisuri Victoria telah meminta daripada Raja Ngah Mansor ibni Sultan Abdullah, Juruiring Kepada Sultan ldris Shah, nota Lagu Kebangsaan Negeri Perak (Darul Ridzuan) untuk dimainkan semasa baginda berangkat masuk ke majlis-majlis rasmi yang akan diadakan di Istana Permaisuri kelak. Pada masa itu, Negeri Perak (Darul Ridzuan) tiada mempunyai Lagu Kebangsaan. Mengikut cerita untuk mengelak kesipuan

Jawatan Kosong:Majlis Agama Islam Perak

Kepada warga negeri Perak ,beragama Islam dan berkelayakan,terdapat kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK).Semua jawatan adalah bertaraf  Kontrak.Antara kekosongan jawatan adalah seperti berikut: Pegawai Tadbir Penolong Pegawai Undang-undang Penolong Pegawai Tadbir Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Pembantu Tadbir (Kew) Pembantu Operasi Maklumat lanjut berkaitan jawatan terserbut leh refer web MAIP   ye.Tarikh tutup:7.3.2012.

dapatkan diskaun naik Cruise @Putrajaya

Image
Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) akan sekali lagi menganjurkan Karnival “Wow! Putrajaya” pada 23-26 Februari 2012 di Sisiran Tasik, Presint 2  Dapatkan diskaun 50% bagi perkhidmatan Sightseeing Cruise & Perahu Dondang Sayang sempena Karnival WOW! Putrajaya dari 23 - 26 Februari 2012. Temui kami di tapak karnival & di Jeti Monumen Alaf Baru / Umai d'lake Cafe untuk mendapatkan tiket.

Pertandingan Anak Seiras Ibu & Bapa..sama tak?

Image
Karnival Wow! Putrajaya  - Pertandingan Anak Seiras Ibu & Bapa, penyertaan PERCUMA, pendaftaran di tapak Karnival.

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan. 2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. 3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. 4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan. 5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi. 6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya. 8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu. 9. Ibu bersalin akan

Adik Faris telah tiada..Al Fatihah

Image
gambar dan info: MAZIDUL Tadi tengok blog MAZIDUL , dia info bahawa adik FARIS ,seperti entri sebelum ni telah pergi buat selama-lamanya..terkedu aku membacanya..sedih.Berakhir sebuah penderitaan dan kesakitan.Allah lebih sayangkan Faris. Takziah kepada ibu bapa Faris.Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat adik Faris dan mereka yang tiada lagi.

CEUPACS mintak kenaikan gaji RM700-RM2500..perhh!!

Baca berita online tadi tentang isu gaji ni..sebagai kakitangn awam sudah pastilah aku nak amik tahukan..orang lain pun begitu kan..bab SBPA ni aku pun dah bosan kot..entah bile nak selesai secara aman..bersabarlah selagi mampu Ni cerita CEUPACS mintak kenaikan gaji..wah kalau betul banyak tu kerajaan nak bagi..pertama sekali aku ucap ALHAMDULILLAH syukur nikmat..bayangkan unutk gred 17 cam aku ni leh naik RM1000..perhh..banyak untung..dan silap2 haribulan ramai gak yang dah leh kene income tax..i give u,u give me..hhehe.. kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500).- UTUSAN Bagi yang gaji mati sbeelum ni takde

Ringankan Beban,bantu Adik Faris

Image
Nak share bersama semua yang bace...diambil dari blog Bersama Mazidul ..seriously aku tak leh tengok bebudak dalam keadaan gini..sedih :( moga ada yang sudi membantu walaupun tak banyak..ikhlas Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini. Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita. Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, sebelum menghubungi bapanya, Shamrulismawi Ismail, 38 tahun pagi tadi. Baca entri pertama nukilan saya  di sini . Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya. Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar m

Berbasikal Bersama Hot FM di Putrajaya

Image
Kepada sesiapa yang mempunyai basikal especially jenis Mountain Bike atau basikal Racing (roadbike) elok benor le kalau nak menghangatkan hari minggu ni dengan berkonvoi.Yang jenis mini atau chopper tu rasanya tak available kot.Aku cume ade basikal bebudak je...berabad le kot nak sampai! FIY Hot FM akan menganjurkan  Kayuhan Mega Hot FM   pada 18.2.2012(Sabtu) di Putrajaya,Presint 3 jam 8mlm..pendaftaran kene awal tau 6.30ptg.Jauhnye dalam 14km gitu..ok kot,bukannya kene berjalan atau berlari..kayuh je..amik angin.. anggaran 14km..pusing2 je.. Bagi yang dok kat Shah Alam terutamanya,leh gak joint konvoi ni pada Ahad 19.2.2012..details leh tengok kat web seperti link diatas tu. Selain berbasikal bersama penyampai Hot FM korang juga akan berpeluang dapat ni..tu pun kalau ade luck pada hari tu..if tak dapat hadiah,dapat sihatkan badan berbasikal pun dah ok kannnn 200 penyertaan terawal yang berdaftar bagi setiap lokasi akan menerima T-Shirt ekslusif Hot FM. Anda yang bertua

SBPA..CEUPACS lega kami pun lega la..

Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.sumber - Berita Harian Perkembangan terkini berkaitan SBPA ni pastinya sesuatu yang dinantikan oleh penjawat awam.Dikhabarkan 5 tuntutan yang dikemukakan oleh CEUPACS mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya.Harapannya keputusan yang dibuat lebih baik dari sebelum ini.Adil dan lebih jelas.Moga tempohnya lebih cepat,tak perlu ambil masa berbulan dan jangan le tanguh lagi. Apapun doakan yang terbaik..tingkatkan prestasi..keja mau jalan jugak.

Taman Saujana Hijau..

Image
Petang semalam aku berkesempatan menghabiskan masa cuti yang ada dengan beriadah di Taman Saujana Hijau,Presint 11,Putrajaya.Sebelum ni kitorang selalu gi joging kat PICC, Botani atau Shangri-La Hotel..tu le antara port nak ridah ngan anak-anak.Kali ni tukar arah lak gi naik bukit hijau ni .. ade 3 bukit..ikut sign ni dia tulis bustan..maksudnye cabang kot..ade bustan eropah,bustan oriental dan bustan inggeris. terdapat juga wakaf atau pondok kat sini unutk bersitirehat..cantik tak..ala-ala inggeris kan wakaf ala-ala oriental ke..eropah ni?berehat sambil melihat pemandangan sekitar peta menunjukkan arah laluan sekitar taman ini..best woo..pusing semua track cantik tak..sejuk je mata memandang persekitaran taman ni..sesuai le dengan namanya saujana hijau kan..memang rehat le mata aku ni tengok bende-bende hijau..sambil hirup udara segar..  trek joging..puas weh joging pusing bukit tu..leh gak mendaki tangga yang ade..naik puncak bukit..  pemandangan yang

CUEPACS kemuka formula perpindahan gaji

CUEPACS akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu. Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini, kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU), di sini, malam kelmarin. Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini. Sementara itu, CUEPACS mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi petunjuk tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA. Beliau berkata berd