Friday, August 31, 2012

Hari Terakhir

August 31, 2012 0 Comments
BAC..in memories

Semalam 30 Ogos 2012 hari terkahir aku berada di Bhgn.Analisa Cukai,Kem.Kewangan Malaysia.
kerjaku..tinggal kenangan...
Tiada apa nak diluahkan,sekadar memohon maaf kepada rakan-rakan yang membaca jika selama ini aku banyak buat kesilapan mahupun ada kata-kata yang mengguris hati dan perasaan kalian.Kepada sahabat yang tak sempat aku jumpa,maafkan aku..kalau boleh nak jumpa semua tapi agak kepenatan sebenarnya..baru jumpa berapa orang aku dah terasa mengah nye weh nak jalan.Semalam aku agak 'slow' sebab kurang tidur dan juga sakit belakang..agak terbatas sikit pergerakan walaupun cuba ditahan kesakitan itu.kandungan dah membesar macam-macam le.Yang mana sempat je le aku jumpa.Maafkan aku ya.E-mel pengganti diri untuk semua.

Semoga kalian sukses selalu.Walaupun dah keluar dari MOF,BAC masih di hati.FB,tweeter,G+,e-mel bagai tetap menghubungkan kita.

Jumpa lagi !wassalam

Pertemuan dan perpisahan Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. 
Berdoalah kita agar aman dan sentosa, 
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

Tuesday, August 28, 2012

Monday, August 27, 2012

Memori Raya 2012

August 27, 2012 4 Comments

Tanpa disedari dah seminggu berlalu Aidilfitri
Kotaraya atau bandar yang sebelum ini sunyi sektika mula diisi oleh penghuninya..
Tanggungjawab terhadap kerja harus dipenuhi setelah bercuti

Sehari Sebelum Raya
Sekembali dari cuti raya,ramai yang berkisahkan tentang suasana raya mereka bersama keluarga.Kisah kampung halaman.Berbagai kisahla.Persiapan sebelum raya,sibuk dari pagi ke petang.Menyediakan bahan perapan untuk satay,first time aku wat satay weh.Then kuah kacang.Mak mentua dan husband sibuk membakar lemang.rutin wajib setiap tahun membakar lemang.Rendang,mak mentua yang buat,aku kurang arif bab ni.Dlam ertui kata lain mengaku sajala aku tak reti masak.Malu ok.Disebabkan aku ni jadi orang sulong dalam family husband (suami anak sulong) so kene le amik tanggungjawab dok dapur.Walaupun ko tak berapa pandai masak.If kat rumah mak aku,sume tu mak atau kakak aku yang wat,aku just bantu sikit2 yang mudah.Tapi kat rumah mak aku nak bakar lemang ni cam kureng sikit la.Beli je senang.haha.

Gambar bakar satay ade tapi malas lak nak upload2 gambar ni.Hmm..biarla..dah selamat pun satay2 tu dibaham.

Pagi Raya
Bagi aku raya ini biasa saja,terkilannya tak dapat mengabadikan memori raya dengan bergambar bersama suami dan anak-anak.Tema silver tahun ni ye.Gambor takde lol.Eh,sibuk sangat kot time tu.Selepas sembahyang raya,hanya amik masa sekejap je untuk 'beraya' aka bersalaman bersama keluarga then kami sekeluarga menziarahi 6 pusara insan terdekat yang telah tiada.No photo shoot la.

Penat Melayan
Pulang ke rumah sesudah menziarahi pusara,dikejutkan dengan segerombolan kaum kerabat saudara sang suami datang beraya.Ahh,agak memenatkan.Sekali harung dorang datang.Lepas satu group,sampai lagi satu group dan group seterusnya.Pagi ke tengahari tu melayan orang aje la.Tak kemana la kita.Nama pun raya kan..time untuk ziarah menziarahi, tak kira la penat ke tak penat.Tetamu harus dilayan.

Raya ke-2 dan ke-3 waktu ziarah
Mak bapak aku dan keluarga dari Sungkai datang beraya di rumah mentuaku kat Batu Kurau.Sebab kuarge kau yang datang kene le rajin sikit tolong hidang apa yang patut walaupun time tu aku rasa dah tegang urat sebab banyak bergerak.

Ray ke-2 dan ke-3 baru amik kesempatan nak beraya rumah orang.Tu pun rasa cam ada lagi rumah yang tak sempat jenguk.Masa agak singkat.

Balik
Raya ke-4 dah balik Putrajaya.Bertolak kul  11pagi dari Taiping sampai rumah mak aku kat Sungkai dalam kul 2++ptg.Niat hati nak jumpa member beraya,tapi sempat jumpa sorang je.tu pun kat tempat keje dia.Tahun depan pulak kot baru nak jumpe.Malamnya baru bergerak pulang ke Putrajaya.Selamat sudah sampai ke bandar batu ini.

Bekerja seperti biasa.Minggu terakhir ku di sini.

Thursday, August 23, 2012

Mula Bekerja

August 23, 2012 0 Comments
Salam hari raya..

Hari ni dah masuk raya ke-5 dan masih ramai yang bercuti.Bagi aku hari ini adalah hari bekerja.Cuti hanya 2hari je apply.Masih banyak benda nak diselesaikan.

Agak sunyi ofis hari ni dan juga Putrajaya.Tapi takpe,aku suke sebab kurang sikit gangguan.Senang nak concentrate pada keje.Ada juga kawan yang dah keje,tapi ada yang ada cam takde.Hhaaha..whatever la.

Oklah,just short.Take time untuk blog.Sambung keje.Settlekan sebolehnya.Yang gi beraya tu,hati-hati di jalan raya,makan beringat sikit weh.Duit raya kalau terlebih sudah tu leh hulur sini.Sedia menanti.

Eh nak raya umah mai le.Jemput.Selamat Hari Raya.

Thursday, August 16, 2012

Luahan Hati..Aku dan Tempat Baru..

August 16, 2012 20 Comments

Masing-masing dah mood raya..aku ni sebenarnya cam malas je nak buat entri ucap selamat..tengok sume orang wat.Tapi kat sini aku nak berkongsi cerita dengan korang yang sudi mendengarnya.

Tempat Baru
Actually macam-macam benda bersarang dalam otak aku.Dan dengan ini juga aku nak maklumkan bahawa aku sudah pun melaporkan diri di Jabatan baru.sebenarnya memang tak sangka tetiba dapat kol dari JPA mintak amik surat pertukaran.Masa terima kol tu memang terkejut sangat dan tak percaya..dan aku siap tanya kat orang yang kol tu bila aku mintak sebab aku memang takde follow up ape2 ,takde berharap dan memang tak ingat ape dah.Then aku tanya orang tu betul ke nama aku tu kot silap orang ke..dia kata betullah dan cakap aku penah mohon 2010.Haiya..bende dah berkurun aku ingatkan takde apa2 dah..rupenye JPA teruskan jugak.Secara rasminya dimaklumkan jugak aku telah pun melapor diri pada 13 Ogos baru ni kat Jabatan Perdana Menteri.

Dan Sebenarnya...

Time terima berita tu hati berbelah bahagi,macam-macam perasaan ada.Adakah ini rezeki dari Nya untuk aku menambah ilmu dan pengalaman.Adakah selama ini rintihan hati dan doa aku dimakbulkan..yela banyak sangat kisah suka duka kat sini..kadang ada yang mencabar perasaan dan kesabaran.Namun dalam kegembiraan 'melarikan' diri dari sini,ada juga kesedihan yang bertandang.Sedih juga untuk meninggalkan kawan-kawan dan kenangan manis di sini.

Dan yang agak menggangu fikiran..tugasan baru aku nanti lebih memerlukan aku berada di luar kawasan.Audit.Dengarnya setiap bulan aku kene keluar pergi wat audit.Aku dah luahkan kepada suami aku,memang dia agak berat nak terima kenyataan ini,memikirkan anak-anak nanti bagaimana,sebagai ibu dah pasti naluri aku lebih kuat mengingatkan mereka,tapi dalam masa yang sama aku terikat dengan tanggungjawab sebagai pekerja.Ini lah sumber rezeki aku selama ni dan demi masa depan anak-anak aku juga.Aku tak tahu apa jawapan sebenarnya kepada keputusan pertukaran ni.Kadang kala hidup memerlukan pengorbanan.Aku terpaksa tepikan perasaan 'berat hati' itu buat sementara waktu sehingga sampai masanya.Demi anak-anak jugak lah aku dan husband kene kuatkan hati,kalau faktor kewangan kukuh aku rela saja berhenti kerja,dari dulu lagi aku fikir cam nak berhenti.Tapi sekarang ni keadaan tak mengizinkan aku buat keputusan sebegitu.Segalanya memerlukan duit.Lain la aku ni hartawan ke jutawan.Tak payah nak fikir banyak,settle segala hutang bagai,dah lepak umah jaga nak ja.Then bagi pendidikan secukupnya kat dorang.Duit sume tu kan.

Aku berserah padaNya,dia yang Maha Mengetahui segala isi hati ini..segala yang berlaku selama ini..segala suka duka..segala keperitan..keikhlasan dan kejujuran..selama ini.DIA juga yang menentukan baik buruknya sesuatu..dan kepada DIA aku bermohon agar ditetapkan hati,kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam diri ini menempuh segala cabaran mendatang.

Aku sayang semuanya!!Kepada Suami dan anak-anak aku akan kuhargai segala pengorbanan yang diberikan.Kasih sayang dan rindu aku makin dalam untuk kamu semua.Kepada kawan-kawan terima kasih atas segala bantuan, sokongan dan kesudian menjadi pendengar setia.

Wednesday, August 08, 2012

Pengat,Serawa,Bubur..Panggil Apa

August 08, 2012 2 Comments

Dalam bulan Ramadhan ni rajin jugak le yang membuat pengat@serawa@bubur unutk juadah berbuka.Actually macam-macam panggilan ada untuk adik beradik menu tersebut dan ade bezanya.Bergantung kepada jenis bahan tu mengikut kesesuaian.
gambor pinjam google

Pengat merupakan menu yang menggunakan buah seperti ubi,durian,pisang,labu dll.Ada gak sebut serawa kanji dan bubur pula bezanya kanji adalah nasi yg dimasak menggunakan air yang banyak..istilah bubur  merujuk pada masakan yang manis spt bubur gandum, bubur kacang,bubur cha cha,bubur gunting dll.

Baru ni aku wat pengat ubi keledek campur sagu dan cha cha sikit..hmm..licin..Sedap weh makan after berbuka..malam-malam sambil nonton tv.Teringat dulu kalau kat kampung penagt antara menu utama ketika berbuka.Ayah aku memang rajin beli bahan-bahan gitu untuk dibuat bubur/pengat/serawa..hahha..bestnye berpuasa di kampung.

Arhhh..teringat makan le pulak..nak wat pe berbuka nanti erk..nak wat pengat bahan takda..aiseh..

Tuesday, August 07, 2012

Padi House..Menu Pilihan Berbuka

August 07, 2012 2 Comments

Dalam bulan puasa ni ade gak makan kat luar 2 kali..sekali kat medan selera Presint 8 (makan free) dan sekali kat Padi House Putrajaya.Banyak masa berbuka di rumah la..melainkan malas nak masak baru aku cari makan diluar.Bukan pe kadang jenuh gak nak memikir nak makan apa makan dimana.Blur kot bab gini.Last pilih Padi House jele..dekat..malas nak keluar jauh-jauh.

Masa aku gi ok masih ada ruang kosong dan ade jugak meja yang dah 'direserve'.Buffet juga disediakan,tapi aku tak pilih buffet sebab nak makan ikut tekak aku je apa yang teringin dimakan.Menu simple je..moh le tengok menu dan harga makanan kat Padi House ni.Okla..
 My Husband nye makanan..Padi House Chicken Chop Rice=RM9.90
Yang ni pilhan aku..Cantonese Style Hor Fun=RM9.90
 Yang ni adik iparnye sekali anak aku..Nasi Goreng Thai Seafood=RM9.90
Minuman pilihan Jus Tembikai,Carrot Susu dan Fresh Orange..air masing-masing harganya RM4.90 segelas

Hari ini

August 07, 2012 2 Comments

Kenapa dengan hari ini??

Menerima sesuatu yang aku tak terduga.
Dalam masa singkat.
Hmm...itu juga pinta hati aku,kini ia didepan mata
Peluang untuk kau mengenali lebih lagi apa yang ada diluar sana dan juga mengubati sedikit sebanyak kelukaan yang ada kini
Sampai masanya..

Monday, August 06, 2012

Slip Bonus Dah Kuar..Dapat Berapa,Kira-kira

August 06, 2012 4 Comments

Hari ni baru kuar pay slip untuk kiraan bonus setengah bulan tu.Jabatan lain aku tak tahule dah kua ke belum dorang nye penyata.Aku check my husbandnye slip lum ada lagi (JPA).Heheh..saje gatal nak tengok dapat bape..kot leh powww!Untuk makluman hari tu PM ada umumkan pemberian bonus raya untuk penjawat awam pada 9 Ogos ni.
Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 
Bagi yang gaji pokok banyak tu seronok le ye dapat riban terutama golongan atasan la.Bagi yang bawahan gaji pokok kurang dari RM1900 dapat le ratus2 kot.Apapun terima seadanya pemberian itu dan pandai-pandai la nak guna unutk apa ya.Yang pasti dha namanya nak raya pasti duit tu laju je mnegalir keluar kan untuk persiapan raya nanti.If takda wat persiapan sangat pun sure duit tu jugak digunakan unutk tampung minyak,tol,sedekah duit raya anak2 buah,mak pak,anak2 jiran dan tetamu yang hadir.

Mula pening memikirkan.Hope bajet aku baik-baik aja ya!

Walau Tewas,Kami Bangga Dengan Chong Wei

August 06, 2012 2 Comments
Semalam menyaksikan perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan dalam merebut emas Sukan Olimpik London 2012.Chong Wei, pemain nombor dua dunia tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia dan juara bertahan, Lin Dan (LD) dari China juga merupakan kekalahan keduanya kepada LD semasa perlawanan akhir di Olimpik Beijing 2008.
SAYA minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.-sinar harian
Impian negara untuk memungut emas pada acara badminton,akhirnya kecundang dan kita terpaksa menunggu 4 tahun lagi menebusnya kembali.Namun LCW sudah meberikan persembahan terbaik dan jelas kelihatan reaksi sedih beliau ketika kecundang.Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut sebagai rakyat kerana LCW antara pemberi 'cahaya' kepada sukan tanah air sehingga mencatat pemain terbaik dunia.Bukan senang nak capai tahap itu.
Chong Wei berkata, tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di  Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.
"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.-sinar harian
Apapun aku sebagai peminat badminton berharap akan ada lagi pelapis berbakat dapat dilahirkan seperti LCW dan seterusnya bertanding pada mana-mana perlawanan.Kita hanya mengharapkan LCW.Hope pemain lain pun akan lebih menyerlah.

Friday, August 03, 2012

Cuepacs cadang imbuhan tetap perumahan diselaras

August 03, 2012 0 Comments

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.

"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.

"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan. 

"Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya.

Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.

Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.

"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya. - Bernama