Wednesday, July 24, 2013

Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Sebulan Gaji

July 24, 2013 2 Comments

SHAH ALAM, 24 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Abdul Khalid berkata, pemberian bonus ini diharap dapat meringankan tanggungan warga kerja Kerajaan Negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

“Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan,” kata beliau.

Abdul Khalid mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, jika Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya.

“Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,” katanya lagi.-sumber selangorku

Thursday, July 18, 2013

Bonus Aidilfitri: Selangor ikut kerajaan pusat

July 18, 2013 1 Comments

Pemberian bonus raya bagi penjawat awam di Selangor bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Untuk perkhidmatan awam, kita akan menunggu kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengumuman bonus raya.“Jika berlaku, kerajaan negeri akan bersama-sama memberikan bonus raya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.
Menurutnya, kadar pemberian bonus tersebut sama ada sebulan gaji atau setengah bulan gaji juga bergantung kepada keputusan kerajaan pusat, namun kakitangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Selangor bakal menerima sebulan gaji.

Cuepacs: Penjawat awam berpeluang dapat bonus

July 18, 2013 1 Comments

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada harapan untuk lebih 1.4 juta penjawat awam menerima bonus menjelang Aidilfitri.
Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang memaklumkan kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri, kata Omar.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan itu dan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.

Wednesday, July 17, 2013

Cuepacs: Bonus Aidilfitri satu keperluan

July 17, 2013 0 Comments
Cuepacs hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang mengatakan kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.
 

Tuesday, July 16, 2013

Bonus Aidilfitri belum dibincang.KGT dah bagi

July 16, 2013 1 Comments

Harapan..Ramai yang mengharapkan kerajaan bagi bonus
Kerajaan belum membincangkan mengenai bonus kakitangan awam sempena Aidilfitri bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Tapi bila dibaca lagi sekali kenyataan KSN ni cam ada tak ada ja
Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus. 
Ali berkata, kerajaan perlu melihat sama ada isu bonus terlalu awal untuk dibincangkan kerana kerajaan sudah memperuntukkan RM2 bilion untuk KGT pada tahun ini.

“Selain itu, bulan ini kita menyemak semula enam skim (perkhidmatan awam) dan 81 lagi pada November. Ini membabitkan perbelanjaan dan semuanya adalah demi kepentingan kakitangan awam,” katanya. 
Korang rasa how? Kalau sekarang tak dak..hujung tahun after bajet bentang ada kot gamaknya..Sila lah berjimat ye raya ni.Guna KGT tambahan RM95 (utk aku) tu baik2 ye.Berhemah!

Restoran Thai Tomyam Kung Presint 15 Putajaya

July 16, 2013 1 Comments
Dah petang.Berbuka apa nanti ya.Jom jenguk-jenguk apa yang patut.Kalau rajin masakla
Lokasi:Restoran Thai Tomyam Kung. No. 8, Jalan Diplomatik 2. Presint 15. 62502 Putrajaya

Bill..bolehla

Menu Individu..boleh pilih ikut siza nak

Ni utk 4 orang makan or family yang ade anak 2-3 orang cam aku..amik set pun ok

Set makanan untuk dipilih ikut bajet

Minuman botol yang ada juga dessert

Jus buah..hilang dahaga

minuman panas dan sejuk

gambar depan restoran dan kereta tuan blog..si black..deretan bangunan kedai diplomatik,presint 15
menu pilihan sayur brokoli
tom yam kung
ABC special..kalu pose tengok terliur

Thursday, July 11, 2013

Friday, July 05, 2013

Aduan Kerosakan Di Kuarters

July 05, 2013 0 Comments

Apartment Fasa 12.Ini depan blok umah aku..tinggi..blok aku rendah je 6 tingkat..nasib dapat rendah..kalau lif rosak tak hado nak menapak sangat..kawe dok tingkat 2 je..uhhuhu..
Masalah sekarang aku tengok sume pemegang tingkap mudah patah..tengok..sekali nak tarik tutup tingkap terus tercabut dan patah..waduh rapuhnya..may be tak tahan panas kot..yola tu
So aku dengan pantas wat report kat Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)..
boleh wat report melalui  ADUAN ONLINE kat link tu
dan boleh juga SMS..aku SMS je..kejap je dah dapat respon dari BPH dan JKR bagitau aduan dah diterima dan dorang terus wat appointment ngan kite..esok nya terus datang rumah..pantas.!Tahniah!

BPH Presint(?)Fasa(?)[alamat pengadu] [aduan]
 
contoh:BPH P9F12 A-T01-U01 Singki dan tiles dalam bilik mandi tertanggal SMS dihantar ke 15888
Siap..cube le..aku bukan takat report tingkap je..shower tak berfungsi ,aku bagitau jugak terus ok..grill pulak wat perangai,terus tukar time tu gak..huhu...Cam ni punya servis memang efisyen la..syabas..harap terus kekal