Dia & Dia
“Dia hadir dalam hidupku untuk
menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah
hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah
aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku
mencintai dia yang seorang lagi?”
Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati
gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh,
dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang
sekeping ini?Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!
Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?
* * *
Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu
READ MORE
READ MORE
Comments
sis nak ajak join ga ni.
Ltk cempaka kuning sebagai referral ye.tq
http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html