Posts

Showing posts with the label Aktiviti Sana Sini

IMR Fun Run 2018..Last Medal For This Year

Image
Pada 24 November 2018 yang lalu aku berkesempatan menyertai larian amal anjuran IMR .Ianya telah diadakan di Taman Botani, Putrajaya. Larian ini diadakan bagi tujuan pengumpulan dana kepada Gabungan Anak2 Cerebral Palsy..Sambil berlari have fun, charity n healthy gitu. Walaupun hanya 5km tapi ianya cukupla bagi kami-kami yang matur ini.  see..kebanyakkannya berjalan..hahaha..termasuklah aku and friend..naik bukit turun bukit sehinggalah ke penamat..jalan-jalan itik..lari-lari ayam..bkira-kira km nak sampai..  larian lebih menyeronokkan bila ade disediakan 2 stesyen water point..so takde le ko penat sangat bila dapat teguk secawan kecil air..huhuh..air kosong pun jadi..hilang haus dek kepanasan berlari..  ini lagi best..V I C O..sedapnye lahai kepekat rasa coklat sebanr ditambah kesejukan airnya..perhhhhhh..hilang segala kepenatan..tambah pulak ade member baik hati tolong serve..hilang penat berdiri beratur..tq cik iffa..anak dara sapa la ni k...

Royal Floria Putrajaya 2015

Image
FLORIA Diraja membuka tirainya mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2015.Menjanjikan pameran yang lebih besar dan lebih menarik kali ini, FLORIA Diraja Putrajaya 2015 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia dijangka mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang menantikan pengalaman yang unik menerusi simulasi sebuah Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk di Eropah. Bertemakan 'Alunan Pancarona', FLORIA Diraja Putrajaya menjanjikan pameran lebih daripada 100 jenis Bunga Lily dan keluarganya dalam suasana taman-taman yang direka khas buat tatapan para pengunjung. Tahun ini lebih daripada 50 peserta antarabangsa dari 28 buah negara akan mempamerkan hasil seni reka mereka dalam bentuk bunga-bungaan dan landskap. Mereka adalah pereka bunga (floral designers) dan arkitek landskap yang berasal dari Afrika Selatan, Australia, Kemboja, Kanada, China, Denmark, Ecuador, Hong Kong, India, In...

Karnival MAEPS Agrotourism Park dan Riang Ria Cuti Sekolah 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) sedang menganjurkan Karnival MAEPS Agrotourism Park dan Riang Ria Cuti Sekolah sempena cuti persekolahan yang sedang berlangsung. Maklumat program adalah seperti berikut :-   Tarikh                       :           30 Mei Hingga 7 Jun 2015 Masa                         :           12.00 tengah hari hingga 12.00 malam Tempat                     :           Tapak MAEPS, Serdang, Selangor   (Majlis Pelancaran oleh ...

Tugu Negara Kuala Lumpur

Image
Anatara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur ialah Tugu Negara. Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.-wikipedia  sambil makan ais krim sambil posing..background perwira   saya lagi...time ni saya lak yang terlebih excited nak berposing..selalu saya ni susah ckit nak bergambor...  saya lagi..lihat ade air terjun la..uii jakun ckit...hati2 dik..  cam best je kalau dapat main air ni kate si adik baju merah tu..  cantik dan tenang je rasa..  taman monumen..feel rileks and cool  posing sikit lagi bertiga lak.. Eh..jangan tembak kite..Ok..bye jumpe lagi ya.Jangan lupa pergi melawat ye.Ni lokasi nya:...

PROGRAM A NIGHT@PLANETARIUM LIGHT OFF STAR SHINE

Image
Bersempena dengan Earth Hour 2015, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berbesar hati anda dan keluarga untuk bersama-sama menyertai : Program A Night@Planetarium 28 Mac 2015, Sabtu l 1930 hingga 2200 Planetarium Negara, Kuala Lumpur l PERCUMA l 3°8'22"N 101°41'20"E Count down l Forum “Light Off, Stars Shine” l Tayangan Wayang Pacak “Gravity” l Pameran Astrophotography “The World At Night (TWAN)” Pencerapan langit malam – Bulan (Moon) / Musytari (Jupiter) (bergantung kepada keadaan cuaca) l Aktiviti membuat tanglung #EHMY2015l #ANGKASA_EH2015 #PLANETARIUM_EH2015 #NIGHT_AT_PLANETARIUM #LIGHTOFFSTARSHINE #MYEH2015 ‘LIKE’ Facebook & Twitter Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) & Instagram ANGKASA Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan program/fenomena terkini bagi tahun 2015.

Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya Kali Ke-7

Image
Sempena cuti sekolah jika tak tahu nak ke mana, boleh la berkunjung ke Putrajaya bersama keluarga kerana di sini adanya Pesta Belon Panas. Pelbagai acara menarik turut diatur bagi memeriahkan acara. Pastikan datang seawal yang mungkin ke tapak launching field supaya tidak terlepas peluang melihat 'flying show'. Sebaik sahaja boleh berada di udara, tiupan angin akan membawa belon-belon ini jauh dari tapak pelancaran. Sesi Pagi Flying Show : 7 pagi hingga 9 pagi Sesi Petang Flying Show : 6 petang hingga 7 petang Jadual Acara

Langkah Ceria @ Putrajaya Edisi Januari 2015

Image
Perbadanan Putrajaya telah mengadakan Program “Langkah Ceria @ Putrajaya & Kempen Kibar Bendera W.P Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada 25 Januari 2015 (Ahad) lalu di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. YB Dato’ Seri Utama Tengku Adnan b. Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan juga telah merasmikan pelancaran Bendera Wilayah Persekutuan, bersempena “Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2015”. Lebih kurang 5,000 orang menyertai acara ini yang terdiri daripada orang awam, penjawat awam, pelajar sekolah dan komuniti Putrajaya. Acara dimulakan dengan ucapan oleh YB Menteri Wilayah . Selepas itu, diikuti sesi senaman regangan dan pelepasan para peserta. Kali ini acara di bahgiakan kepada dua jarak iaitu 5 Km dan 3 Km. Selama ini kitorang follow je jalan hampir 8km. Kali ni cuma pilih 3km. Stamina dah kurang kot!Takdelah,sebab kesian kat anak-anak yang ikut join sama.Penat kang dorang nak jalan. Memang menyeronokkan bila join aktiviti...

Upin & Ipin bersama Ultraman di PICC

Image
Upin & Ipin kini kembali dengan lebih keriangan dan keseronokan.Setelah berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri animasi tanah air, kali ini Upin & Ipin akan mengadakan satu lagi Karnival Upin & Ipin di Putrajaya International Convention Centre pada 21-23 November 2014.Acara akan berlangsung mulai jam 9 pagi hingga 10 malam. Penampilan khas Encik Ultraman..tu dia..Jepun vs Malaysia.Habisla, jangan kena fire dek ultraman udah.Moh beramai-ramai ke PICC kita join karnival ni,kebetulan time tu pun dah masuk cuti sekolah.Boleh masuk dalam plan anak-anak sempena cuti nanti.

PENGANJURAN PERLUMBAAN KERETA FORMULA E DI PUTRAJAYA PADA 21 HINGGA 23 NOVEMBER 2014

Image
gambar:perbadanan putrajaya Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Program Perlumbaan Kereta Formula E pada 21 November hingga 23 November 2014 bertempat di sekitar Putrajaya. Formula E adalah perlumbaan kereta eletrik yang baru diperkenalkan di bawah pengawasan Pertubuhan Otomobil antarabangsa (FIA). Program Perlumbaan Kereta Formula E di Putrajaya ini merupakan perlumbaan Siri Kedua diadakan selepas Beijing. Untuk makluman semua, litar perlumbaan di Putrajaya yang telah dikenalpasti adalah sepanjang 2.56 km melibatkan laluan Persiaran Perdana, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Jalan P2D dan Jalan Pembangunan. Di sepanjang laluan tersebut akan dibina kawasan tempat duduk pengunjung (spectator area ), ‘pit stop’ serta laluan perlumbaan. Kesemua jalan-jalan yang berkenaan akan diTUTUP sepenuhnya semasa perlumbaan berlangsung.  pelan litar perlumbaan Sehubungan itu, pihak Perbadanan Putrajaya...

TAKE A BREAK...READ@PUTRAJAYA

Image
Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perpustakaan Negara, PUSPANITA dan 1M4U akan menganjurkan Program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Zon Putrajaya yang dikenali sebagai “Take A Break...Read!@ Putrajaya” yang akan berlangsung pada :  Tarikh : 21 September 2014 (Ahad)  Masa : 7.30 pagi hingga 6.00 petang  Tempat : Dataran Putra, Putrajaya Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada jam 9.00 pagi. Untuk makluman, dua acara utama yang akan diadakan bersempena program ini ialah:  · Penyampaian Anugerah ‘Ikon Membaca Kebangsaan’ Penjawat Awam Yang Pertama, dan  · Pelancaran ‘Library On Wheels’  Di samping itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik akan turut diadakan seperti Senamtari, Pertunjukan ‘Epic The Magic’, Pertandingan Mewarna, Pameran dan Jualan Buku, Temui Upin dan Ipin, Perkhidmatan Rawatan Kesihatan percuma serta pelbaga...

Putrajaya Urban City Run 2014-untuk yang gemar berlari

Image
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran secara online kunjungi  https://event.tagteam.my/PUCR2014/registration Konsep Perlumbaan Yang Sangat Menarik Berbanding Penganjuran Larian Biasa.. Antara laluan yang akan dilalui, dari sisiran Tasik Putrajaya akan menaiki tangga di Jambatan Seri Gemilang dan menyeberang jambatan ke sisiran diseberang ... Laluan juga turut melibatkan tangga di bukit PICC (sumber Perbadanan Putrajaya)

Langkah Ceria @ Putrajaya Edisi Mei

Image
Program Langkah Ceria @ Putrajaya edisi bulan Mei diteruskan dengan bertemakan FLORAL (Bunga-bungaan). Hadiah disediakan bagi perserta terpilih yang berpakaian menarik mengikut tema. Waktu perlepasan : 7.45 pagi Penyertaan adalah PERCUMA!!! Jom semua beramai-ramai bersantai di hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Banyak hadiah cabutan bertuah yang menanti anda. Jom semua!!! ** Sarapan pagi disediakan

PROGRAM FIT MALAYSIA FUN RUN SEMPENA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Dimaklumkan bahawa, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program FIT Malaysia Fun Run seperti ketetapan berikut: Tarikh : 24 Mei 2014 (Sabtu)  Masa : 5.00 – 10.00 pagi  Tempat : Mula / Tamat  Hadapan Galleria PJH (bersebelahan Menara KBS)  Presint 4, Putrajaya Program FIT Fun Run ini diilhamkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, bertujuan untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang memberi manfaat kepada kesihatan dan perpaduan. Program ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu: kategori A – Terbuka (7 km); dan  kategori B – Keluarga/Kumpulan (3 km) tidak kurang dari 3 orang satu kumpulan. (Pakaian beragam/ceria dialu-alukan)  * Tiada sebarang bayaran dikenakan ATURCARA 5.00 pagi – 6.45 pagi - Pendaftaran 6.45 pagi – 6.50 pagi - Senam Cergas 7.00 pagi - Larian bermula (7km) 7.15 pagi ...

Santai Dataran Gemilang Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Image
Nantikan kemunculan semula Dato' Siti Nurhaliza di Dataran Gemilang Putrajaya Ahad ini (27 April 2014). Kemunculan Istimewa Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Official sempena sambutan ulangtahun ke-19 beliau di dalam industri muzik. Santai Dataran Gemilan g

Santai @ Dataran Gemilang Bersama Dato' Siti Nurhaliza

Image
Tak tahu nak ke mana.Takda aktiviti? Boleh le jenguk ke sini: Ahad 10 November 2013,Dataran Gemilang,Putrajaya 5-7 petang.