Posts

Showing posts from May, 2010

Pesta Nasi Lemak 1 Malaysia pada 4-6 Jun di Putrajaya

Image
Putrajaya- Memartabatkan Nasi Lemak sebagai makanan warisan. 10,000 bungkus Nasi Lemak akan diberi secara percuma kepada pengunjung sempena Pesta Nasi Lemak 1 Malaysia. Pesta tiga hari itu di jadual pada 4 hingga 6 Jun depan bertempat di Tapak Pasar Tani Presint 2, Putrajaya. Selain memartabatkan nasi lemak sebagai makanan warisan, pesta yang julung kali diadakan ini bertujuan mengumpul dan mencungkil bakat memasak dengan Resepi Nasi Lemak yang digemari semua kaum di Malaysia. Menurut Pengerusi Program, Chef Yang Jamil, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bakal merasmikan pesta berkenaan. Beliau memberitahu media di Putrajaya. Setakat ini hampir 200 penyertaan diterima untuk pertandingan memasak nasi lemak dan ianya masih dibuka kepada warga Malaysia sehingga 3 Jun ini. Turut diadakan sepanjang pesta tersebut ialah pertandingan karaoke, pameran jualan barang-barang IKS, pertandingan mewarna kanak-kanak dan demonstrasi pelbag

Tiga Peratus Penjawat Awam Palsukan Sijil Cuti Sakit

Tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya Omar Osman berkata kes berkenaan walaupun boleh dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan nama semua penjawat awam di negara ini. Menurut beliau, pemalsuan sijil cuti sakit bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti dalam menjalankan tugas. "Mereka sepatutnya memberikan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang membolehkan atau melayakkan mereka menikmati kemudahan cuti sakit oleh majikan. "Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini hari ini. Turut hadir pada pertemuan

CUEPACS MINTA KERAJAAN KAJI PEMBERIAN BONUS DUA BULAN

GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Presidennya, Omar Osman, berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus itu akan dipertimbangkan tahun ini. "Kami faham bahawa pada tahun lalu berikutan kegawatan ekonomi global, kerajaan terpaksa menolak permintaan itu tetapi kami berharap kerajaan akan menimbang semula permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini Beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini, Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam akan dapat dipenuhi. Omar berkata, Cuepacs juga mahu kerajaa

Kelantan beri cuti bersalin 90 hari tahun depan

Usaha bentuk anak sihat, dapat penjagaan penuh: Exco KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan akan melaksanakan cuti bersalin 90 hari mulai tahun depan berbanding 60 hari sekarang kepada kakitangan wanitanya dalam usaha membentuk anak yang sihat dan mendapat penjagaan ibu sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Omar, berkata kertas kerja mengenainya sedang dalam pelaksa-naan dan yakin mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Exco kerajaan negeri nanti. Beliau berkata, kerajaan negeri yakin pelaksanaan cuti ini tidak akan menjejaskan produktiviti pekerja terbabit kerana sudah mempunyai jumlah kakitangan mencukupi yang boleh memberi kerjasama membantu kakitangan bercuti itu. Katanya, pekerja wanita perlu melalui proses pemulihan lama selepas bersalin dan cuti 90 hari yang dilaksanakan tahun depan tidak akan memberi kesan terhadap produktiviti kakitangan kerajaan negeri. "Saya akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Exco kerajaa

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan. Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500. “Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas

Pertandingan Foto Flora Malaysia 2010

Image
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan Malaysia akan menganjurkan 'Malaysia International Floral Parade' pada 10-13 Julai 2010 bertempat di Persiaran Perdana,Putrajaya. Bersempena dengan acara ini, pihak Kementerian menganjurkan 'Malaysia Floral Photo Contest 2010' yang telah berlangsung mulai 1 April-30 Mei 2010 dengan tema 'Floral, Parks and Gardens' . Objektifnya untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik dengan keindahan dan keistimewaanya yang tersendiri di samping memperkenal kekayaan khazanah semulajadi negara di mata dunia. Setiap hasil fotografi menarik akan dipamerkan kepada orang awam melalui Pameran Fotografi Floral yang dijadualkan pada 5-18 Julai 2010 di Pavillion, Bukit Bintang,KL dan ini secara tak langsung dapat mempromosikan hasil karya setiap peserta.

Betul..betul..betul..yeehaaa!!

Image
Akhirnya..dapat jugak anak-anak aku jumpe watak kartun favourite diorang..Upin & Ipin..Agenda Upin & Ipin ni bermula di Dataran Masjid Putra Sempena Karnival Belia Negara..tapi masa kitorang sampai (ni sume gara-gara menunggu bas..lambat)Upin & Ipin dah pun selesai kat situ..frust je..last kitorang gi ke Tapak Karnival Jom Heboh..wahh..nasib baik..dapat jugak berjumpe and ambil gambar ngan U&I ni..walaupun tak dapat bergambar bersama U&I, dapat jumpe and amik gambar dari jauh pun jadi lah..asalkan Danish dan Darwisyah happy..at least Danish dapat jugak bersalam dengan Upin..wah kemain suke dia..bebudak ni memang minat benor ngan cerita animasi ni.Danish sejak usia 5 bulan dah tengok hingga la sekarang. Adiknya pula sejak dalam perut lagi dah terdedah ngan cerita ni..Mama dia hari-hari dok tengok cerita ni ngan abang dia (Danish).. tu pasal bile kuar je dia pun terkena gak aura Upin & Ipin ni.Inilah antara animasi Melayu terbaik di Malaysia. Tak membosankan, luc

Selamat Hari Guru

Image
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Sambutan Perayaan Hari Guru 2010 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad) Tempat: Universiti Malaysia Pahang Tema: Guru Pembina Negara Bangsa Buat semua warga guru terutama kak, abang long and kak ani serta bekas guruku di SKTS,SEMETRO,SMK SUngkai dan MCT..thankxs kerana mendidik anak bangsamu!

Jom Jalan-Jalan Kat Putrajaya

Image
Hari ni bermulalah Karnival Hari Belia Negara 2010. Suasana Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya nampak lebih meriah dengan khemah sana sini. Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang 3 hari berlangsung. Sudah pasti pusat pentadbiran ini akan menjadi lebih sesak dengan kehadiran pengunjung. Sepanjang this week aku just memerhati kan saja apa yang berlaku di sana dr dalam ofis and sewaktu pulang. Dapatla jugak lihat persiapan dilakukan. Memang take time jugak le. So,tadi (lunch hour ..Jumaat) aku sempat meninjau suasana di luar sana. Karnival ni tak jauh pun dari ofis aku. Jalan kaki saja. Kesempatan diambil utk tengok2 ape yg menarik. Nak pergi sabtu or ahad rasanya tak dapat la nak jalan2 sangat...maklum keadaan mesti sesak..tambah bawa anak..problem jugak. Ikutkan banyak lagi tempat yg perlu dijengah..tapi kepenatan ler nak jalan.Untuk pengetahun perkhidmatan bas or tram turut disediakan. Ianya sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan masalah parking. Bagi ya

Antara Acara Hari Belia Negara, Putrajaya

Image

Penjawat Awam Perlu Tunjukkan Kehebatan Luar Biasa - Najib

Penjawat awam perlu menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam tindakan yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi merealisasikan Wawasan 2020. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana dalam tempoh tersebut akan menjadi penentu kepada kejayaan atau sebaliknya terhadap matlamat yang diimpikan itu. "Jika dalam perlumbaan maraton, kita ini dah masuk last stretch, sebab 10 tahun saja lagi sebelum mencapai Wawasan 2020. "Sebab itu, bila dalam maraton ini, kita dah dekat garis penamat ini, kita mesti pecut. Bukannya dah dekat dengan garis penamat, kita dah habis angin, tercungap-cungap. "Tak boleh... 10 tahun akan datang ini adalah tahun di mana kita mesti menunjukkan kecergasan dan kehebatan yang luar biasa. Barulah kita berjaya," katanya dalam amanat pada majlis perhimpunan penjawat awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. -- BERNAMA

Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam

Image
Hari ini akan berlangsungnya perhimpunan khas untuk sektor awam sempena Hari Pekerja di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Mulanya perhimpunan tersebut dijadualkan berlangsung semalam 13 Mei 2010 tetapi atas sebab tertentu ianya ditangguhkan pada hari ini. Apakah yang menarik yang mungkin akan diucapkan oleh YBhg PM. Pastinya sebagai kakitangan awam yang menjadi tarikan dan kegembiraan adalah isu kenaikan gaji seperti yang diwar-warkan dalam pelaksanaan MEB. Apakah ini akan menjadi suatu kenyataan? Nantikan saja...

Colours of Malaysia

Image
Tarikh:22 Mei 2010 Lokasi:Dataran Merdeka, KL Malaysia’s premier cultural extravaganza is back to dazzle everyone! Enjoy a cornucopia of spectacular traditional performances, colourful parades as well as exhibitions that showcase the country’s arts and crafts.

KL Sunday Family Fair

Image
Bagi wargakota yang tak pasti ke mana hendak membawa keluarga pada setiap hujung minggu,KL Sunday 1 Malaysia Family Fair merupakan tempat yang sesuai untuk dikunjungi.Ianya diadakan pada setiap hari Ahad mulai 14 Mac-Disember 2010.Bermula jam 9pg-6ptg.Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Seni & Kraftangan, Permainan untuk kanak2,apparel & accessories Tarditional cakes, food & beverage dll. Lokasi:

Nasi Ayam Gemas

Image
Lokasi: Nasi Ayam Gemas terletak di Seksyen 6, Bandar Baru Bangi Dalaman terdapat gambar keretapi yang menceritakan sejarahnya tersendiri. Biasa la di Gemas memang terdapat stesyen keretapi lama. Mungkinkah pemilik ni memulakan perniagaanya di sini?dan kini berkembang dengan beberapa rangkaian lain..who know.. Minuman pilihan kitorang kali ini biase je le Milo Tabur, Carrot Susu, Epal Laici & milo Ais. Menu yang kitorang oder hari tu Nasi Goreng Ayam..disebabkan kesuntukan masa and blur sedikit nak oder ape..so memasing memilih menu yang sama..senang kira..ini lah dia Nasi Goreng Ayam (RM6.50. Pedas beb... Menu lain yang terdapat di sini:

Celebrate Mother's Day

Image
Hari Ibu tahun ni jatuh pada 09 Mei 2010 (Ahad minggu ke-2).Pada aku dapat spend time ngan family dah memadai..tapi ths time 2 hari le jugak gaya sambutannya..Jumaat after keje pergi Alamanda..makan-makan, shopping and then singgah kat famous amous..laki aku belanja ais krim chocolate and ini lah yang aku terima daripada my husband..hehhe... Sabtu lak..aku dapat baju yang aku order dari kawan..aku amik 2 helai baju siap jenis cotton...yang ni pun my husband jugak yang bayarkan..dapat hadiah lagi..hehhhee.. malamnye kitorang kua gi Jusco Equine..mule nak dinner Kenny Rogers ja..tapi penuh pulk..so mls nak fikir panjang makan KFC je..huhuh..janji kenyang..yg penting anak2 makan dengan seleranyaaaa... Ahad just outing biase... ok la tu..itu saja le cerita aku bout Mother's Day ni..cerita dapat hadiah ja)..for My Mom hadiah bakal menyusul..bulan depan lik kampung..rahsia..

HARI BELIA NEGARA:14-16 Mei 2010

Image
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan: Karnival Jom Heboh 15-16 Mei 2010, Tapak Pasar Tani, Presint 2 Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti berikut: 1. Sukan Kecergasan Sukaneka, Senam Cergas,Step Aerobic, Aerobicthon, Berjalan Rakyat, Hari Terbuka Gymnasium KBS, Fit Ball, Lompat Tali,Pertandingan Cheer Leading 2. Sukan Bermotor Go-Kart, Mini Bike, Pameran oleh Kelab Kereta Malaysia, Goodyear KBS International Drift Challenge, KSR Kawasaki Race, Motorbike Team, F1 Team 3. Sukan Rekreasi Paintball, X-Game, Pony Ride (tungang kuda), Pertunjukan Pakour, Eco Challenge,Pertunjukan Base Jump, Kereta Kawalan Jauh, Sukan Air (Jet Ski, Berkayak, Perahu Panjang, Mendayung, Perahu Layar), Joy Flight (naik Helicopter) 4. Kesenian Konsert Rabbani, Persembahan Indie Band, Persembahan Teater, Pertandingan Gendang, Pertandingan Extreme Dance, Fashion Show, Persembahan Band Komuniti Putrajaya, Sesi Bersama Upin & Ipin (betul..betul..betul..) 5. Miniature Golf, Pamera

Saba' Restaurant, Cyberjaya

Image
Salam semua..Ahlan wasahlan... dah makan? kalu belum ape kate kita try pekena nasi arab pulak. Kali ni Makan..Makan singgah ke Restoran Saba' yang terletak di Cyberjaya. Restoran ni milik seorang saudagar Pak Arab yang stay kat sini. So,ada banyak tempat makanan yang menjual juadah timur tengah ini. Mungkin sebab ada ramai pelajar asing timur tengah di Universiti Multimedia yang berhampiran. Oklah, berbalik pada Makan..Makan..Inilah hidangan pilihan aku and member lain pada tengahari itu. Chicken Kabsah Rice.Sepinggan nasi tu harganya RM8.00 sahaja.Banyak jugak la and mengenyangkan..sedaapppp.. Nasi ini dimakan bersama ulam timun dan juga tomato segar yang dilecek halus. Kira cam dipping sauce ler tu. Ha ni pulak minuman yang kitorang pilih..Istimewa kat sini ..air karbonat BARBICAN ni..macam-macam perisa ade..tapi ari tu member aku pilih perasa apple and peach. Harganya just RM3 sebotol..leh bawa lik kalu tak abis. Aku pulak amik Lemon Juice je..tu pn tak abis..tu yang colour