Posts

Showing posts from October, 2011

Dah balik

Rabu lalu..aku ade stori nebes nak jumpe husband kan..masa jumpe memang terkejut sangat dengan perubahan fizikal dia..hampir tak kenal aku..biar betik..cam tak leh etrima hakikat lak dia jadi gitu..haha..kulit usah cakap le..bertambah gelapnya dan kulit jadi kering ja ..rambut,misai dan janggut dah 'dogol'..tengok tangan,kering mengelupas..haiyo..ditambah ngan batuk2 nya..ape dah jadi..kene le terima seadanya keadaan dia begitu..nak wt camner dah training polis gitu le..berpanas berhujan..Peh abis nanti sure aku suh dia gi SPA la..mandi susu..mintak simpan balik rambut and misai dia...pelik lak aku rasa..huhuu.. Berkesempatan luangkan masa cuma 3 hari..Sekarang husband aku dah kembali ke PULAPOL..sambung training..Aku cam biase walaupun dah leh terima hakikat untuk berpisah sementara still tetap ade rasa sedih..Syahdu tul aku tengok anak2 aku bile dihantar ke rumah pengasuh..pakat tak nak pergi..dok berkepit papa dia,menangis2..time husband aku peluk and cium anak2 masa ka

Sah rabun nie

Image
Sedang menjalankan tugas di kaunter..agak lengang..so curi mase dengan keje yang lebih berfaedah..hehe...layan aje game ni..online game kt chrome store..angry bird pun ade tapi tak leh buke..biasola..ade "sekatan jalan raya" kt ofis ni..main yg ner boley je le..word search puzzle..yang ni ade 2 option satu beginner dan satu lagi advanced la..so aku pilih yang lebih mencabar walaupun tak le mencabar mane pun ADVANCED..hok ni banyak sikit directionnye.. cer tengok gambor tu..bersimpang siur..last otak aku jem jugak mencari satu word ni..PRACTICE..aih mane ko nyorok ni..orang yg wt tu salah letak/eja kot..last aku gune je talian hayat..klik kt mentol tu utk find word..cis nape le aku leh tak nampak..SAH le..mata tak tajam..rabun da..camne nak keje sampai 60 tahun

Laporan Audit: JPA terlebih bayar pencen ..

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah terlebih bayar pencen membabitkan pesara yang telah meninggal dunia dan masih hidup melibatkan jumlah lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun sejak 2007. Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini menyebut berdasarkan Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih dibayar bagi tempoh 2007 hingga September 2010, sejumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan telah dibayar kepada 1,975 pesara atau penerima pencen yang telah meninggal dunia. Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga berkata semakan terhadap Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih bagi tempoh 2007 hingga September 2010 juga menunjukkan sejumlah RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup. Daripada lebihan bayaran RM2.57 juta, kata laporan tersebut, sejumlah RM850,000 telah dapat dikutip balik daripada 965 waris dan baki RM1.72 juta yang sepatutnya dituntut daripada 1,010 waris mendapati, hanya RM390,000 sedang dikutip daripada206 waris secar

Bukan senang jadi perempuan

siapa kata jadi perempuan itu senang? Perlu tutup sana, tutup sini, Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising. Perempuan. Stoking perlu pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari. Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua. Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah. Hebatkan perempuan? Siapa kata jadi perempuan itu senang? Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah. Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan. Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia. Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya. Hebatkan perempuan? Siapa kata jadi perempuan itu senang? Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut. Hati cepat

main WORD..ade gak faedah

Image
Sape yang suke main game ni...aku kalu boring memang suke le test mate ngan mencari word2 yg 'bersepah' tu..dulu kat paper rajin dok godek game ni..sekarang ni main online je kt google chrome..Tu pun if ade mase and mood nak main game..sambil rehat kejap dari wt keje,sambil tu take time search word tu..sonang ja ha.. Ade gak faedahnye main game2 sebegini: *meransang otak *melatih mata..kasi tajam..aku ni rabun tapi still leh carik.. *menguji kesabaran..tak sabar mesti give up..so bwk bertenang *menambahkan pengetahuan *ransangan pd otak baby dlm kandungan lagi ape..korang  main dan tahule pe lebih kurangnya Selain tu silangkata pun best gak..mencabar otak main bende ni.. Scrabbel pun best..

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Image
Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar). permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan.... 1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti. 2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti. 3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri. 4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari mani

Kakitangan awam wajib guna Bahasa Melayu..Begitu juga Pemimpin

 Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar — langkah yang pernah digunakan kira-kira tiga dekad lalu — bagi memantapkan peranan Bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu. Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu. “Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya dipetik Berita Harian hari ini. Muhyiddin mengumumkan perkara itu pada majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dekat Durian Tunggal semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan penting memperkasakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat.

Mencari Idea Untuk Deko Rumah

Image
Baiti Jannati..rumahku syurgaku..sesuai le dengan namaku dan impian aku ke arah itu..bukan sekadar mencantikkan rumah tetapi isi rumah tu le keseluruhannya fizikal, dan rohani..dunia dan akhirat.. Aku memang berminat dengan hiasan dalaman..suke melihat deko yang cantik2..cume takde idea n ongkos lebih je untuk realisasikan impian tu..wat sikit-sikit la,ikut kemampuan..Sekarang ni aku nak tumpu kat bilik tidur dulu..ngah cari konsep untuk master bedroom and bilik tamu. Tadi aku ade tengok pic untuk hiasan wall..poster wall clock..hmmm.boleh tahan jugak dan berminat nak beli...tapi kene fikirkan kan dulu konsep and nak letak bende tu kat mane.. yang ni aku rase cam nak letak kt ruang makan..dinding ruang makan rumah aku warne merah..kat area tu le pun aku letak jam dinidng..leh tak tukar ngan pic ni..hhee? ke yang ni..ok tak..or letak kat bilik tidur/ruang tamu...rabun mato arhhh If korang nak tengok lagi and berminat nak beli ke pe leh refer blog ni POSTERWALLCLOCK ..

Wedding Insp.Faznur & Fatin

Image
Sabtu lepas berkesempatan gi kenduri kahwin rumah pak cik aku kat Shah Alam..majlis perkahwinan putera bongsunya Inspektor Faznur dan Fateen..Diadakan pada waktu siang di rumah beliau sendiri khas untuk saudara mara dan kenalan..Malamnya pulak diadakan resepsi dinner kat Concorde Hotel just untuk tetamu kenamaan..Majlis sebelah perempuan dah selesai bulan lalu yang turut dihadiri oleh Raja Muda Perak (feveret aku ni..dah tua hensem lagi) Bapak pengantin Datuk Fauzi Shaari..bekas Pengarah JSJ Bukit Aman..Anak dia pun ikut jejak langkah masuk polis..aku ni  ade gak impian nak jadi polis tapi tak kecapaian..apepun bangge dengan darah polis pakcik2 aku ni..atok aku pun pernah jadi polis sementara masa zaman darurat dulu..    Majlis penuh dengan istiadat kepolisan  Pengantin nak gi makan dah..hati2 gaun tu..kang terjelopok lak Pengantin duduk dulu yerk   lambatnye nak makan..  Acara potong kek Kek oren..not my feveret lah...cam aq lak nk makan..

Persaraan dilanjutkan ke usia 60 tahun, wajar atau tidak?

Image
Persaraan dilanjutkan ke usia 60 tahun, wajar atau tidak? : Umum dah tahu rasanya tentang pembentangan belanjawan 2012 yang telah dibentangkan Jumaat lepas di mana umur persaraan bagi penjawat awam dilanjutkan dari 58 tahun ke 60 tahun. Macam-macam reaksi berbeza dari pelbagai sudut dan pendapat. Ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju. Yelahkan.....keputusan ni sebenarnya ada pro dan kontra disebaliknya.  Kalau kita tengok dari segi pro, idea dan pengalaman orang lama ni masih boleh digunakan. Sebagai contohnya, mantan PM kita, Dr Mahadhir....sampai sekarang idea dan pemikiran serta pengalaman dia masih diperlukan. Tapi berapa kerat sangatlah yang boleh sampai ke tahap tu kan....Bila umur dah lanjut mulalah produktiviti dah jatuh.  Selain daripada tu, kesan perlanjutan persaraan ini boleh juga membantu mana-mana kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan dan sebagainya untuk melangsaikan hutang2 sebelum bersara. Bila dah bersara berapa banyak sangatlah yang d

kenaikan gaji tahunan ikut gred..anda di mana?

Image
tak habis lagi isu gaji...ade yang dok tanya camne kiraan kenaikan tu..yang tahunan..yang option SBPA..yg cikgu..bla bla bla...aku pun ade keinginan nak tahu gak..tapi tunggu je le tahun depan perubahan gaji kite camne..if lebih kurang je..faham2 je le

Bajet 2012..yang diterima kakitangan awam

Memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus  Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun Tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500 Bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa

Gaji Satu Lapis..apekobondonya ha

Last month, aku ade publish berita pasal konon-konon penjawat awam akan NAIK GAJI (tak tahule..ramalan macam2 kan..tunggu je 7hb ni)..katenye  Putrajaya  dijangka memperkenalkan sistem saraan baru  sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Ok,itu kita tak leh nak pastikan akan kebenran kerana cakap2 angin...so banyakkan bersabar sampai masa akan diketahui kebenarannya..Cakap pasal gaji satu lapis,ade sorang member ni tanya apa dia tu?erk..aku pun tak faham sebenarnya..coz aku penjawat awam era 2k-an..sistem tu pernah digunakan masa zaman sebelum Sistem Saraan Baru(SSB) diwujudkan..sekarang ni dah digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM)..perghh..pekebende le pulak dua-dua SS tu...korang nak tau korang gi le cari kt web JPA ke pe yg patut..rajian sikit..jgn malas! Back to topic..gaji satu lapis tu tangga gaji dia just satu je..sekarang ade samp

Perpisahan itu...Kini Akulah Mama & Papa

Image
Semalam,hari yang amat menyedihkan bagi aku dan anak-anak..sebabnya kitorang terpaksa berpisah dengan papa (husband)..aku pasti suami aku pun mengalami perasaan itu...tak pernah nak berjauhan lama begini..demi tugas dan tanggungjawab,akhirnya aku relakan gak dia pergi walaupun dalam hati beribu2 perasaan ada..Semasa hantar husband kat lobi rumah,seriously aku tak dapat kawal dari 'hujan' kat situ..konon nak try control,tp bile salam and husband kiss me,serta merta air mata aku laju je kua..Argghh,aku memang lemah dan sensitif pada sebuah perpisahan! perpisahan itu selalu terjadi kepada insan yang bercinta sungguh sedihnya rasa ..apabila ianya terjadi Hari ni mula lah kehidupan husband aku sebagai sorang pelatih di PULAPOL,Muar..dan aku di sini akan bertanggungjawab menggalas amanah menjaga anak-anak..aku lah mama dan papa mereka sekarang ni..walau dalam keadaan apa sekali pun aku akan jaga dorang sebaik mungkin dan cuba menggembirakan dorang..supaya dorang tak be