Posts

Showing posts from March, 2017

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Image
Sebelum ni aku pernah duduk kat Ipoh masa zaman belajar dulu. Selama tu tak de la nak pergi masuk kawasan Gunung Lang ni pun..dan sehingga dah dewasa bekeluarga ni belum ada rasa nak explore kawasan tu. Akhirnya pada 27 Februari yang lalu sempat jugak le menyinggah kat Gunung Lang ni. Itu pun cam nak ke tak nak je memula. Kebetulan masa gi Ipoh hari tu atas urusan rumah. Memandangkan rumah tu pun tak jauh dengan Gunung Lang, so ambillah kesempatan yang ada untuk bawa bebudak jalan-jalan kat dalam tu. Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam

'Menyendol' di Markonah Food & Co

Image
Mula tahu pasal cendol kat kedai masa ternampak kat Forum Cari. Aku antara pembaca setia FC ni. Terutama bab gosip retis dan explorasa. Sekali satu hari tu ade le kuar gambar cendol durian ni.Wahh..tengok gambar je dah rasa craving. Maka lepas tu akupun wassap le encik suami. Because i know dia ni penggemar durian, apa lagi plan la nak gi bila. Alkisahnya, hari sabtu baru ni..selepas acara konvoi basikal pagi..petangnya aku and famili gi Markonah Food & Co. Cuaca panas terik petang-petang ni, dapat pula makan cendol atau ABC..fuhh memang ohsem la kan. Sesampai je kat Anjung Seksyen 7, Shah Alam tercari jugak kat mana kedai ni..c oz tak nampak pun signboard Markonah ni. Aroma masakan dari kedai lain menusuk ke lubang hidungku..hmmm..cam sedap je nampak gayanya restoran Bisik Bisik ni. Ok,itu next plan ya. Then kitorang tanya, kat pekerja kedai Bisik2 ni, rupanya Markonah dok dekat tingkat bawah..alahai tersorok pulak..Bila dah terjah ke bawah..umang aihh..ramai gak orang..nas

Konvoi Berbasikal Wanita 2017:Gigih Ke Idok?

Image
Tanggal 11 Mac 2017 baru ini aku telah menyertai KONVOI BERBASIKAL WANITA 2017 yang telah diadakan di Presint 3,Putrajaya. Acara ini dianjurkan khas untuk wanita sempena Hari Wanita Sedunia 2017. Kayuhan ini turut disertai oleh VViP , Selebriti & Artis terkenal bersama rakyat Malaysia . #peluang#gigih Selain bersama mengayuh basikal peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah seperti kereta,tiket pelancongan ke London dan Perth, TV LED, basikal, Iphone dll.Lebih 1000 hadiah ditawarkan. Namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi diri ini. Takpelah yang penting dah dapat medal, sijil dan join acara ni pun dah cukup bagus.  #sedihdangembira  Untuk makluman, konvoi ni telah mencipta satu sejarah terbaru Malaysia Book Of Records (MBOR).Tahniah diucapkan kepada Badan Amal Kasih Ibu penganjur Konvoi Berbasikal Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia 2017 kerana berjaya mengumpulkan penyertaan wanita 1Malaysia seramai 11,412 peserta.yesss..wanita boleh!! #inilahkuasawanita #t

Kali Ke-2 Sambut Wedding Anniversary Di Gold Coast Morib, Banting

Image
4 tahun dulu aku pernah celebrate anniversary   kitorang yang ke- 6 kat sini..masa tu beli voucher dari MyDeal. Kali ni setelah beberapa kali asyik tertunda and takde tarikh yang sesuai, akhirnya menjadi jugak plan. Nampaknya tarikh yang sesuai 17 Februari 2017 tu memang kene timing ngan Wedding Anniversary kitorang yang ke-10. Kiranya ni celebrate wedding and birthday anak all in 1 kekdahnya. Anak yang sulong Januari, 2nd-Mac (sekali birthday husband),3rd-Disember and 4th-Februari. Berderet2 kan birthday. That y kena sekaligus..jimat sikit..hahahha. Untuk makluman baucer ke GCMB ni aku beli masa ada pameran MATTA kat PWTC tahun lepas. Dapatla harga dalam RM150 untuk studio room+2 breakfast+ticket waterpark. Ok la tu kan. Asalkan puas hati dapat enjoy kan bebudak dan luang masa bersama. Bilik..weoll combine je katil tu..kitorang siap bawa toto extra and bantal kecil..boleh le bebudak tido sambil lapik selimut tebal..  dapat bilik hujung ngadap laut..sebelum ni ngadap

Menara Condong Teluk Intan, Perak

Image
Hai semua..jom teruskan dengan edisi jenjalan bagi memenuhi MEMORI FD ni..Kali ni kita masih jelajah di negeri Perak. Moh panjat menara condong pulak. Ianya takde la tinggi mana. Cuma unitnya fizikalnya yang condong dan  menyerupai  Menara Pisa ,  Itali .  Ketinggian menara ni dalam 25 meter berbanding Menara Pisa 55 meter.   Menara ni menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. So dalam Visit Perak 2017, ini adalah salah satu destinasi tarikan pelancong di bumi bertuah ini.  Berdasarkan replika buku ni, Menara Condong ni dibina pada tahun 1885 oleh Leon Choon Chong. Dah 132 tahun usianya tetapi masih kukuh berdiri walaupun condong☺. Asalnya menara ni tempat bekalan tangki air jika berlaku kemarau atau kebakaran di bandar tersebut. Juga menjadi penanda ara bagi kapal yang berlabuh di Pelabuhan Teluk Anson suatu masa dahulu.  Waktu lawatan dari jam 8 pagi hingga 5 petang bagi hari biasa dan cuti am/hujung minggu 9 pagi-6 petang.Masuk percuma je. Menara