Posts

Showing posts from 2015

Bubur Asyura Pekat Manis Dengan Kekacang

Image
Perhhh..tajuk cam nak bagi resipi je.Bubur asyura ni selalnya dalam bulan Muharram akan ade le gotong royong sebanrnya banyak jenis..depend pada sesuatu daerah/negeri..Bubur asyura utara: Jenis pekat dan manis2, asyura pantai timur, pekat dan mengandungi rempah dan daging,asyura selatan macam bubur lambuk dan asyura pulut hitam yang mana dicurahkan pati santan diatasnya. Versi yang mak aku wat jenis yang pakai gula merah and ade kekacang dan ubi keledek yang dipotong kecil.Antara bahannya tepung beras, santan, gula putih,gula merah,kekacang seperti kacang hijau,kacang kuda,kacang tanah dan ubi potong kecil dadu (direbus). Make sure santan dan tepung beras dah betul masak, baru masuk gula and gula merah..then sebatikan dengan semua bahan kekacang/ubi. masak hingga pekat dan akhir nanti boleh le di angkat.Letak atas talam ke tunggu keras..baru boleh potong(cam gambar di atas sekali). Tapi aku suka makan time panas2 tu..sedap..cam makan bubur lak. Terlepas jugak hajat mak yon

Oven Lama Butterfly

Image
gambar:google Inilah dia rupa oven butterfly yang suatu ketika dahulu sangat famous di kalangan kita...aku ingat lagi kat rumah mak pun pernah ade oven ni..time raya le paling berguna untuk buat biskut raya..dapur ni cara guna dia just letak je atas dapur gas atau minyak tanah..kene pandai le control api..oven jenis ni bagi aku lebih tahan lama..tak hairanlah samapi sekrang masih ada yang gunakan lagi oven ni..ade jugak yang menjualnye sebagai salah satu barang antik.. Memandangkan sekarang ni tarif elektik pun naik..apa salahnya go back to tradisional or guna je dapur..itu pun kalau korang masih ada simpan lagi le oven jenis gini..

MENCARI PAKAIAN TEMA SUPERHERO SEMPENA HARI KANAK-KANAK

Image
majlis sambutan hari kakanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Presint 9(2) akan diadakan pada 13.11.2015. Tema kali ni Superheroes & Princess edisi mencari bermula edisi.jenuh google dan tanya kat group wassap..bila search ade gak kedai yang jual kostum-kostum dan sewa.. Tapi mahal gak pada aku.. If sewa kalau rosak jenuh.. Beli? Tak yah kot mahal2, bukan nak pakai selalu.. Last ade orang suggest kat wassap suh tengok kt GM klang. Kitorang pun pergi dan cari. Hasilnya di tingkat 3, dapat gak baju gini.Pilihan kitorang captain america. Harga rm39. Baju satu set siap dengan topeng dan strike tepi tangan. Lain2 pun ada. Belek la. So sesapa yang masih mencari datang la sini. If nak tambah aksesori lagi ikut kreatif memasing.

Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Putrajaya

Image
Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Putrajaya telah diadakan pada 24 Oktober 2015, di dewan Serbaguna Kementerian Pelancongan ,Presint 5, Putrajaya. Ianya melibatkan 18 cawangan KEMAS di sekitar Putrajaya.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. Menunggu giliran untuk ambil sijil anak aku, Nurdarwisyah dengan kawan dia setelah selesai penganugerahan Malam sebelum hari konvo,cikgu anak aku wassap gitau anak aku terpilih sebagai salah sorang untuk terima anugerah kanak-kanak cemerlang..dan aku diminta untuk sama-sama naik pentas ngan Eisya..OMG..nervous nya..Alhamdulillah..terpilih mewakili JPM 2..syukur Join Choral Speaking..jenuh gak nak suruh dia wat latihan dan hafal..nasib cikgu-cikgu sabar melatih dorang..so far persembahan tak menghampakan.. After selesai majlis..masing-masing dok wassap kat cikgu ucap terima kasih bagai..anak aku pun cam sedih je nak

Mandi Manda Di Hot Springs, Sg.Klah,Sungkai

Image
Hari minggu baru ni 25 Oktober 2015,aku pergi ke Sg Klah Hot Spring yang terletak di Sungkai, Perak dengan My Husband and anak-anak serta adik ipar ... Kami bertolak dari rumah mak aku di Trolak..so far perjalanan dari situ takdelah jauh mana kan.. Bagi yang memandu ikut highway dari arah utara atau selatan anda boleh keluar ikut tol Sungkai, belok kiri diikuti papan tanda , yang ikut jalan lama dari utara cam biasa follow je papan tanda hingga melepasi pekan sungkai dan ambil simpang ke sungai klah..dan seterusnya memandu untuk ke destinasi dalam 15 minit gitu.. Selepas letak kereta, sila ke kaunter untuk membeli tiket ... Dewasa: RM15/ kanak-kanak: RM12..harga pun dah naik..dah bayar, wat pemeriksaan dan sambil tu kakitangan pakaikan tag di pergelangan tangan anda ...Selepas itu, if rajin nak jalan kaki silakan,cam aku yang sedang membawa kandungan ni of course lah akan pilih naik tram yang sedai menunggu untuk hantar pelawat ke destinasi..naik je takde bayaran p

Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman

Image
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini. BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai “warna kegemaran”. Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan se

BARANG TERBUANG DAN DIBUANG

Image
Barang Terbuang Dan Dibuang   Tidak kira di mana anda berada, pasti ada sahaja  barang-barang terbuang  yang dapat anda lihat. Di dalam rumah, di luar rumah malah dimana-mana   sahaja. Ada yang  dibuang  kedalam tong sampah dan ada juga dibuang merata-rata. Kemanakah barang-barang buangan atau sampah-sampah ini akan pergi? Ianya tidak akan ghaib begitu sahaja. Ada yang diangkut ketempat pelupusan sampah dan ada juga yang akan terus terbiar begitu sahaja.  Pengakhirannya sama ada ia akan tertimbus dan hanyut lalu mereput atau terbakar menjadi abu. Tapi ada satu lagi kemungkinan dan ianya mampu memanjangkan hayat barang-barang terbuang ini iaitu dengan kitar semula.  Kitar semula  melalui proses pengilangan untuk dijadikan bahan asas semula atau di  guna semula  dengan cara yang berbeza rupa bentuk dan fungsinya. Idea Kreatif Barang Terbuang Kreativiti kitar semula  kali ini memperlihatkan idea kreatif pengg

PP 8/2015:IMBUHAN TETAP PERUMAHAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Image
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2015:pelaksanaan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.B erkuat kuasa mulai 1 November 2015. Kadar ITP bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Am Persekutuan  Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Semenanjung Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Sarawak/Sabah/Labuan Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Semenanjung Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Sarawak/Sabah/Labuan Kadar ITP bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan Pemberian ITP kepada Pegawai yang Diperuntukkan Kuarters: - ITP diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk Perkhidmatan Bomba dan Perkhidmatan Penjara yang mendiami kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP pegawai. Bagi pegawai yang diperuntukkan kuarters, pegawai itu layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar 25% dari

The Shamisha Empire: Cara Nak Kumpul Duit Untuk Sebulan

The Shamisha Empire: Cara Nak Kumpul Duit Untuk Sebulan : [Perkongsian Dari Group Kami Kaya & Berjaya ]-kredit FB Harap dapat manfaat dari perkongsian kecil ini. Saya dh try, anda pun boleh cu...

Kenangan Balik Kampung Raya Dedulu

Image
bas antara perkhidmatan yang paling popular pada masa tu..bas loncat dari satu daerah ke satu daerah..perhhh memang mencabar tambah nak kene berhimpit dan 'rebut' tempat ngan orang lain..dengan beg nye..tak ke jenuh

Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 Ke Gred N22 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

Image
Bagi PEMBANTU TADBIR N17 yang dilantik sebelum atau pada 31 Disember 2014 sila ambil perhatian: Muat Turun : Surat Edaran : JPA.BK(S) 134/8/59 Jld.5(16) Selamat mencuba!Bila dah mohon bermakna anda harus bersedia untuk sebarang penempatan semula di seluruh negara.

Kenyataan Media Isu Pemberhentian Pinjaman Perumahan Kepada Penjawat Awam

Image
Kementerian Kewangan merujuk kepada kenyataan stesen tv online Astro Awani yang menyatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara adalah tidak benar. Kementerian Kewangan amat kesal kerana kenyataan tersebut disiarkan tanpa merujuk kepada pihak Kementerian terlebih dahulu. Malah, kerajaan akan menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada . KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PUTRAJAYA 8 JULAI 2015

PROMOSI KOLEKSI DUIT SYILING PERINGATAN ASEAN 2015

Image
Kementerian Luar Negeri dan Bank Negara Malaysia dengan jayanya telah mengeluarkan koleksi khas Duit Syiling Peringatan ASEAN 2015 bersempena dengan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2015. Koleksi Duit Syiling Peringatan ASEAN 2015 ini telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 25 April 2015 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur. Bertemakan “Our People, Our Community, Our Vision” koleksi duit syiling boleh didapati dalam tiga (3) jenis keluaran iaitu emas, perak dan emas nordic. Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai perkara ini sila berhubung terus dengan pihak Bank Negara Malaysia melalui talian telefon yang tertera dibawah: • En. Asri Jaflus - 03-26988044 (Samb: 8625) / 03-26910430 (Talian terus) • En. Johari Louis Ramli - 03-26988044 (Samb: 8251/8459) • Cik Wong Siu Fong - 03-26988044 (Samb: 8563)

Cara Buat Asam Keping

Image
Namanya asam gelugur. Bentuknya unik, seperti buah labu mini, namun sebenarnya termasuk dalam keluarga manggis. Tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenal dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan. Buahnya berwarna hijau dan kuning keemasan bila sudah tua. Biasanya dia dijadikan adam keping ketika masih berwarna hijau ataupun kuning.  Buah asam gelugur diiris dan dikeringkan dapat digunakan dalam masakan dan kegunaan lain. Jemur kat panas terik algi abgus..cepat sikit kering. buah gelugor yang sudah siap dijemur hingga kering..dan boleh lah digunakan.