Friday, November 18, 2016

The Shore Oceanarium, Melaka

November 18, 2016 1 Comments
The Shore Oceanarium merupakan salah satu daya tarikan pelancongan utama baru di Melaka yang menawarkan lawatan pendidikan yang menyeronokkan. Ia terletak di dalam The Shore Shopping Gallery @ Pinggiran Sungai Melaka.

Untuk makluman, pelawat digalakkan untuk mencari jawapan berdasarkan lawatan sepanjang berjalan di sekitar akuarium laut. Tak susah pun sebenarnya,tiap kali nampak tempat yang ada chop/rubber stamp kat situ le ade jawapan berdasarkan soalan.Just cop sahaja. Borang yang telah lengkap dengan jawapan yang betul boleh ditebus untuk cenderahati di kedai hadiah.Dapatlah fridge magnet Oceanarium sebagai tanda kenangan.

Memandangkan dah dapat 2 keping tiket dewasa secara percuma dari Utusan, so apa lagi jangan lepaskan peluang yang ada. Kami terus ke Melaka walaupun day trip. Sampai di sana cuma tambah lagi 3 tiket kombo yang berharga RM25 untuk seorang kanak. Bila dah dapat tiket kami diberi cermin mata 3D, Badge Oceanarium dan 3 keping kertas soalan untuk setiap anak. 
Jom kita roun-round dalam ni..antara yang ada di sini. Tapak sulaiman.Nak pegang boleh tapi jangan keluarkan dari air..pastikan pegang dalam air ye. 
 
Sepanjang perjalanan lawatan, anda akan mendapati gambar 3D. Selepas mencari simbol 3D, pakailah cermin mata 3D tu supaya akan kelihatan gambar seperti hidup. Macam berenang-renang gitu.
 
Ini dugong..walaupun rupamu tidak pernah ku jumpa..namun namamu tetap menjadi poojaan hati..Bila dah tengok baru tahu.Cenggitu rupanya.Eh hidup ke tak tu sebenarnya.Dok lak dalam ruang yang sempit,tak kemana le kamu.BErat je aku tengok dia ni.haih! 
baby Nia tekun hadap ikan-ikan tu gi mari gi mari..kalau boleh cam nak renang je sama-sama dalam tu..erk..hadap ok..hadapp 
 Kat sini ada penyu jugak tau. Ada la beberapa ekor.Hari tu gi Terengganu teringin nak jumpa encik penyu,tapi tak dapat,encik replika je yang ada.Ha ni mik kau..hadap la penyu-penyu itu secara live.Nak bagi makan pun boleh tapi kene la kua duit sikit.Tak po la encik penyu,mintak mahap bebanyak..budget tak seberap hado,kite pun lapau tau,tak makan lagi.
Ha, tengok anak kite ni encik penyu.Nak dikokaknye si ikan jaws ni.Lapau bebenau eh.Adik dia dah selamat dok dalam mulut si jaws.Habisla..I'm coming my dear..Suka la bebudak mai tempat cenggini..leh alri-lari,baca nya tak pun info pasal ikan-ikan ni.Tengok je ye.Apa daa..mak dia pun tak serajin itu,camno.Apapun enjoy la dapat tebus tiket tu adn luang masa dengan dorang. HA bagi yang nak rancang percutian sempena cuti sekolah boleh la usha-usha kat sini.Kat dalm The Shore ni bukan takat Oceanarium je ade,Sky Tower pun ade.Nanti kita cerita ye.

KEPUTUSAN PSL PENOLONG PEG. TADBIR GRED N29 DAH KELUAR!!

November 18, 2016 0 Comments
Tadi baru semak web JPA...jeng..jeng..jeng..dah ada result untuk PEPERIKSAAN KHAS UTK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEG. TADBIR GRED N29 (PSL) 2016!!

Dengan debaran di hati aku pun key in nombor ic..tudiaaaaaaaaaaaa...huaaaaaaa...telah kucuba sedaya upaya tapi apakan daya..masih satu paper tinggal untuk diulang..entah sampai bila..dah confident jawab pun cenggitu jugak..redha ajele..jangan menyerah!

Korang camne?Tahniah lah pada yang lulus semua paper..yang lulus first time amik paper dan yang lulus last paper..satu paper ja lagi ni...why!

Cuba lagi tahun depan...

Makluman Pemenang Peraduan Oceanarium Utusan Malaysia_KUALA LUMPUR

November 18, 2016 0 Comments
Alkisah pada suatu hari.....
Tengok kat FB pasal Utusan Branding tawarkan tiket percuma. Aku pun apa lagi join la.Kumpul keratan akhbar tu. 
One day sampai la masa untuk pengumuman pemenang. Tanpa disangka....disuatu malam..aku gatal kan tangan nak buka emel..

Then......

Tetibe................

TAHNIAH ANDA BERJAYA! *SILA RUJUK IKLAN YANG DILAMPIRKAN (ATTACHMENT) UNTUK TUNTUTAN TIKET. TERIMA KASIHUNIT PENGURUSAN JENAMAUTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD


Ya Allah..syukur..tak sangka dapat..padahl suka suki je..Maka edisi menebus untuk 2 tiket dewasa ke Oceanarium dan Sky Tower berjaya. 4 kepala keratan akhbar telah ditebus dengan 4 tiket.Yahoo...jom jalan!Thanks Utusan!Syukran Ya Allah.

Wednesday, October 05, 2016

Perasan Tak Passport Ada 4 Warna Je Seluruh Dunia? Apa Maksud Warna ini?

October 05, 2016 0 Comments
Adakah anda perasan yang passport bagi seluruh negara di dunia hanya ada 4 warna sahaja iaitu merah, biru, hijau dan hitam. Setiap warna ni mencerminkan negara tertentu dan kebanyakkan negara memilih warna merah dan biru. Setiap negara ada kebebasan untuk memilih warna passport sendiri.

Passport negara kita Malaysia tentulah berwarna merah. Tapi kenapa ada 4 warna sahaja dan ada maksud apa-apa ke disebalik warna ni? Di sini saya nak kongsikan sedikit maklumat  berkenaan warna passport ni supaya kita takdalah tertanya-tanya kenapa negara ni warna lain negara tu warna lain.

HIjau
Kebanyakkan negara Islam memilih warna hijau kerana ia simbol alam semula jadi dan kehidupan. Hijau juga digunakan negara-negara Economic Community of West African States (ECOWAS) seperti Nigeria dan Ghana.

Biru 
Menurut Vice President of Marketing Passport Index, Hrant Boghossian passport berwarna biru adalah untuk ‘negara-negara baru’ seperti Brazil, Argentina dan Uruguay. Indonesia juga menukar warna passport dari hijau kepada biru pada tahun 2014.

Hitam
Pasport bersampul hitam tampak lebih elegan dan resmi. Beberapa negara yang menggunakan sampul hitam antara lain Republik Bostwana, Zambia, dan Selandia Baru.

Merah 
Passport berwarna merah pula dikatakan untuk negara yang menyertai negara-negara Uni Eropa dan negara yang tertarik menyertainya.


Untuk makluman semua , passport Malaysia boleh melawat 140 buah Negara. 

Tuesday, May 31, 2016

CUEPACS rayu bonus satu bulan untuk persediaan Aidilfitri Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159342

May 31, 2016 0 Comments
CUEPACS merayu kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri Julai depan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pemberian bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan berikutan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi. "Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya. "Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi. Azih juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya. "Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan. "Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per empat gaji untuk kakitangan kerajaan negeri itu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159342

Wednesday, May 11, 2016

MAKSUD TERTENTU JENIS PAPAN TANDA DI MALAYSIA

May 11, 2016 0 Comments

Kalau anda perhatikan papan tanda jalan di Malaysia terdapat pelbagai jenis warna, simbol, huruf dan sebagainya. Kadang-kadang anda terfikir tak apa maksud sebenar warna, simbol dan huruf tersebut.

Sebenarnya, papan tanda ini ada maksud-maksud tertentu dan kami yakin mesti ramai tak tahu tentang perkara ini. Jadi apakah maksud sebenar perbezaan papan-papan tanda ini? Mari kami kongsikan.

1. WARNA PAPAN TANDA YANG BERBEZA


Kalau anda perasan, terdapat dua warna papan tanda yang berbeza iaitu kebiasaannya biru dan hijau. 

Papan tanda berwarna biru bermaksud jalan persekutuan yang tiada tol, negeri dan perbandaran jalan 

Papan tanda berwarna hijau adalah simbol kepada lebuh raya yang bertol dan jalan persekutuan sahaja.


2. PERBEZAAN JENIS JALANRAYA

Ini juga pasti salah satu yang anda perasan tatkala melihat papan tanda jalan raya. Setiap huruf dan nombor sebenarnya membawa maksud tempat dan lokasi. Sebagai contoh E2 membawa maksud Expressways. Digit 51 pula digunakan untuk jalan persekutuan. Bagi jalan-jalan negeri pula, ia akan menggunakan kedua-dua elemen nombor dan huruf. Sebagai contoh N9 adalah mewakili untuk Negeri Sembilan.

3. MAKSUD WARNA HURUF PADA PAPAN TANDA.


Selain itu, warna huruf yang digunakan juga kadang-kadang berbeza. Apa sebabnya? Sebenarnya perbezaan tersebut menunjukkan nama jalan atau nama kawasan. Sebagai contoh huruf kuning mewakili nama jalan manakala huruf putih pula bermaksud nama bandar atau kawasan.

4. SUSUNAN NAMA DESTINASI


Anda pasti pernah melihat papan tanda yang memaparkan banyak lokasi bukan? Tapi pernah tidak anda terfikir mengapa nama lokasi tersebut disusun sebegitu rupa? Untuk pengetahuan anda, susunan ini menandakan destinasi paling atas adalah yang paling jauh dan destinasi paling bawah merupakan yang paling dekat.

5. WARNA HURUF SAMA DAN TETAPI WARNA PAPAN TANDA BERBEZA


Selalunya papan tanda yang mempunyai huruf berwarna putih semestinya terletak pada papan tanda berwarna hijau dan biru. Tetapi sebenarnya tidak semuanya begitu. Huruf putih juga kadangkala digunakan pada papan tanda berwarna coklat. Huruf putih dan papan tanda berwarna coklat bermaksud untuk menarik perhatian pelancong. Kebiasaannya ia digunakan untuk lokasi pelancongan dan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia

Tuesday, April 12, 2016

Penambahbaikan Kepada Pembantu Tadbir?

April 12, 2016 0 Comments

Hari ni genap 11 tahun aku bergelar seorang penjawat awam yakni Pembantu Tadbir..bermula pada 12.4.2005 aku bertugas di Kementerian Kewangan dan selepas 8 tahun bertukar ke Jabatan Perdana Menteri.

Banyak suka duka bila berada di antara dua Organisasi tersebut. namun apa pun kisahnya sebagai PT benda yang paling ditunggu adalah Penambahbaikan terhadap kumpulan kami. Baru ni ada viral di WhatsApp berkaitan selesainya 252 skim yang diwar-warkan ketika bajet 2016 swperti di bawah:
##############################
Pada 7.4.2016 JPA akan mengeluarkan pekeliling Bil.1/2016 berkaitan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan.
Selepas ini angka akan menjadi 240 skim perkhidmatan berikutan pemansuhan, penjumudan, tukar lantik bbrapa skim melalui siri2 engagement JPA/Cuepacs/ MBK/Kesatuan dan BPSM semua Kementerian masing2.

Ianya juga terkandung dalam Budget 2016. Antara intipati@ cadangan yg diperolehi ialah penyeragaman skim, kod gaji, peluasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pindan perbekalan, penjumudan jawatan dan tukar lantik.

Secara prinsipnya yg ingin disentuh berkaitan dgn perkhidmatan kita ialah;  (1) Gaji Minima RM1200.00 berlaku di semua perkhidmatan yg memperuntukan gaji permulaan di

Gred 1,11 & 17.Contoh RM733.54/ RM801.84/RM932.15 kpd RM1200.00. Realitinya nanti ianya akan bermula di RM1216.00-

Gred 11 & RM1352.00 - Gred 17 (19). Prosesnya akan didetailkan nanti (panjang nnti penjelasannya). Namun bagi mereka sediada (yg gajinya melebihi angka ini) tidak berlaku. Dgn kata lain tiada istilah backdated berikutan ianya effective 1.7.2016 (setakat ni, INI saja diinfokan).

Perkara ini terkandung dalam budget 2016. 

Perkara (2) Penambahan  1KGT berlaku pd 1.7.2016 kpd semua perkhidmatan. So berlaku dua kali KGT tahun ini.  Juga berlaku sedikit perubahan contoh KGT 95 ke 100.

Perkara ini juga terkandung dalam Budget 2016.

Perkara (3) Penyeragaman -Gred 17 dipindahkan ke Gred 19 manakala Gred 22/26 kekal.

Dan Gred 27 ke Gred 29 DAN GRED 11 & 41 dikekalkan.

Perkara (4) Penambahan lapisan Gred Kenaikan Pangkat - Contoh Gred 1 & 11 ditambah ke Gred 16 & 18 manakala Gred 19(baru) , 22 & 26 ditambah 28.

Perkara (5) Perluasan SKM [Kelayakan masuk SPM + SKM ] diperluaskan ke 17 skim dibawah AKP yg melibatkan 66 gelaran jawatan sebagai (KMP) Kelayakan Masuk Pelbagai).

Jawatan Gred 17 naik 29 yg ada dlm majlis
1. PT Kewangan
2. Pembantu Penilaian
3. Pembantu juruaudit
4. Juruteknik komputer
Diberi opsyen secara one off jika punyai sijil yg setaraf dgn nya.

Semua gred 17 naik 19
Berlaku penambahan kgt dari rm95 ke rm100
17 = 19
22 = 22
26 = 26
28 tambahan lapisan naik pangkat
Gaji minimum gred 17/19 juga naik dan siapa bawah minum akan dpt lbh byk

Semua KGT bulan okt diawalkan pd julai.. mudah faham dpt 2 kgt julai nanti

Jawatan 29
29 = 29
32 = 32
36 = 36
40
Tambahan gred kenaikan pangkat

Jawatan 29
29 = 29
36 = 36
38 = 38
40
Tambahan gred kenaikan pangkat

Jawatan gred 27
27 = 29
32 = 32
36 = 36
40
Tambahan gred kenaikan pangkat

Secara mudahnya semua skim terlibat dan dianggap berubah kerana semua org akan mendapat 1 KGT julai nanti disamping kgt hakiki

Pekerja kontrak yg genap 15 tahun boleh ditetapkan dgn gred dan gaji semasa

Jawatan gred 11
11 = 11
14 = 14
16
18
Tambahan 2 gred kenaikan pangkat

Gred penguatkuasa dari klasifikasi N berubah kpd klasifikasi KP

Semua gred 17 naik 19
Berlaku penambahan kgt dari rm95 ke rm100
17 = 19
22 = 22
26 = 26
Gred 28
tambahan lapisan naik pangkat

Gaji minimum gred 17/19 juga naik dan siapa bawah minimum akan dpt lbh byk

Skim 17 naik 29.. jika ada sijil yg setaraf dengannya.. jika tiada 17 naik 19 sahaja
1. Pembantu geosains
2. Pembantu   ekonomi
3. Juruteknik komputer
4. Pemeriksa kilang jentera
5. Pembantu penerbitan
6. Pembantu penyediaan makanan
7. Pembantu penyelidik
8. Pembantu akauntan
9. Pembantu tadbir kewangan
10. Pembantu audit
11. Pembantu penilaian
12. Pemeriksa kereta motor
13. Jurubahasa
14. Penguasa bekalan air
15. Merinyu taliair
16. Pembantu pegawai latihan vokasional
#############################
Aku takdela nak percaya sangat benda ni selagi tak da black n white. Apa kesudahan sebenarnya? Tunggu pekeliling 14.4.2016 nanti. Dengarnya pihak kesatuan pun masih berjumpa dengan pihak sepatutnya untuk bincang pasal PT..HOPEFULLY ada la berita baik.