Posts

Showing posts from June, 2015

PROMOSI KOLEKSI DUIT SYILING PERINGATAN ASEAN 2015

Image
Kementerian Luar Negeri dan Bank Negara Malaysia dengan jayanya telah mengeluarkan koleksi khas Duit Syiling Peringatan ASEAN 2015 bersempena dengan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2015. Koleksi Duit Syiling Peringatan ASEAN 2015 ini telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 25 April 2015 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur. Bertemakan “Our People, Our Community, Our Vision” koleksi duit syiling boleh didapati dalam tiga (3) jenis keluaran iaitu emas, perak dan emas nordic. Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai perkara ini sila berhubung terus dengan pihak Bank Negara Malaysia melalui talian telefon yang tertera dibawah: • En. Asri Jaflus - 03-26988044 (Samb: 8625) / 03-26910430 (Talian terus) • En. Johari Louis Ramli - 03-26988044 (Samb: 8251/8459) • Cik Wong Siu Fong - 03-26988044 (Samb: 8563)

Cara Buat Asam Keping

Image
Namanya asam gelugur. Bentuknya unik, seperti buah labu mini, namun sebenarnya termasuk dalam keluarga manggis. Tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenal dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan. Buahnya berwarna hijau dan kuning keemasan bila sudah tua. Biasanya dia dijadikan adam keping ketika masih berwarna hijau ataupun kuning.  Buah asam gelugur diiris dan dikeringkan dapat digunakan dalam masakan dan kegunaan lain. Jemur kat panas terik algi abgus..cepat sikit kering. buah gelugor yang sudah siap dijemur hingga kering..dan boleh lah digunakan.

Tip minum 8 gelas di bulan puasa

Image
Bagaimana nak cukupkan minum air sebanyak 8 gelas sehari walaupun kita berada di dalam bulan puasa..ikuti tips seperti gambar dilampirkan. Good luck dan selamat berpuasa.

PM umum Elaun ITP dan bonus raya penjawat awam

Penjawat awam yang mendiami kuarters akan terima 25 peratus imbuhan tetap perumahan mengikut kelayakan. Imbuhan tetap perumahan naik daripada  RM180 ke RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 ke bawah mulai 1 Nov. PM Najib umum bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan kebawah 25 Jun 2015. pesara RM250.

Durian Batu Kurau Terbaik

Image
Batu Kurau yang terletak di Taiping,Perak amat terkenal dengan keenakan duriannya..aku rasa hasil durian kat sini memang tiada tandingannya..hahah..bukan nak puji tapi realiti..tu sebab media (tv3) ade wat liputan tentang durian ni..xcaye cer tengok majalah 3 kat youtube :) Kat pekan Batu Kurau juga ada terbinanya replika raja tanda simbolik pekan kawasan ni dengan hasil buahnya.. Durian Batu Kurau  dalah buah yang terbaik di dunia.The best in the world man!Lihat isinya..kuning..cantik..lemak2 manis..ouch terliur pulak aih..tambah nak puasa ni..mengadap le musim luruh..

The Shamisha Empire: Kuih Raya Tradisional Rare 2015

The Shamisha Empire: Kuih Raya Tradisional Rare 2015 : kuih batang buruk kuih bangkit cheese yang nyummy dan crunchy kuih sepit..ada 3 perasa plain,chocolate dan peanut butter or...

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV)

Image
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam 2015 akan berlangsung pada 17 Jun 2015 (Rabu), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.  Jom tweet dengan #mappa2015 dan #persadatransformasi serta jadikan hashtag ini trending di Twitter.  Gunakan juga #mappa2015 dan #persadatransformasi untuk status di Facebook dan Instagram anda! **agak-agak ade pengumuman menarik tak?

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya

Image
Pada 27 Mei 2015, aku telah menghadiri taklimat dan sesi latihan fizikal kecemasan semasa kebakaran di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.  Wakil bomba dan penyelamat memberikan tunjuk ajar tentang latihan kebakaran tersebut.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah cara-cara mengendalikan alat pemadam kebakaran, taklimat mengenai kaedah untuk mengelakkan kebakaran di pejabat dan juga mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kebakaran berlaku. Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan tentang kepentingan mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan cara pencegahannya. first ni le latihan yang kitaorang kene wat..angkut hos dengan 3 teknik..bimbit,kepit dan jungjung kat bahu..then lari n bentang..peh tu kene kemaskan balik hos tu....dah le berat..naik ketar kaki aku time ni..mau pengsan kot ni dorang ajar cara nak menyelamatkan mangsa..ahh..yang mane berat tu kene le guna cara lain..guna kerusi ke unutk tolak

Royal Floria Putrajaya 2015

Image
FLORIA Diraja membuka tirainya mulai 30 Mei hingga 7 Jun 2015.Menjanjikan pameran yang lebih besar dan lebih menarik kali ini, FLORIA Diraja Putrajaya 2015 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia dijangka mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang menantikan pengalaman yang unik menerusi simulasi sebuah Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk di Eropah. Bertemakan 'Alunan Pancarona', FLORIA Diraja Putrajaya menjanjikan pameran lebih daripada 100 jenis Bunga Lily dan keluarganya dalam suasana taman-taman yang direka khas buat tatapan para pengunjung. Tahun ini lebih daripada 50 peserta antarabangsa dari 28 buah negara akan mempamerkan hasil seni reka mereka dalam bentuk bunga-bungaan dan landskap. Mereka adalah pereka bunga (floral designers) dan arkitek landskap yang berasal dari Afrika Selatan, Australia, Kemboja, Kanada, China, Denmark, Ecuador, Hong Kong, India, In

Memori Zaman Sekolah:Takut Dengan Misi Gigi

Image
gambar hiasan mimpi ngeri murid murid sekolah..dulu & sekarang..van misi cabut gigi.. siap ada yg lari balik rumah pun ada.heheh kalau dulu, bila tengok ada van klinik kesihatan masuk kawasan sekolah saja aku dah kecut perut..sakit perut sume kuar..Sume budak kelas tak senang hati time tunggu turn untuk dipanggil...mau nak terbelahak nervous siut!kene jugak cabut gigi...huhuh..korban satu gigi..tapi sekarang dah tak takut and gigi pun takde masalah dah..

Karnival MAEPS Agrotourism Park dan Riang Ria Cuti Sekolah 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) sedang menganjurkan Karnival MAEPS Agrotourism Park dan Riang Ria Cuti Sekolah sempena cuti persekolahan yang sedang berlangsung. Maklumat program adalah seperti berikut :-   Tarikh                       :           30 Mei Hingga 7 Jun 2015 Masa                         :           12.00 tengah hari hingga 12.00 malam Tempat                     :           Tapak MAEPS, Serdang, Selangor   (Majlis Pelancaran oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani pada hari ini, 1 Jun 2015 jam 3.00 petang di Aras 2, Dewan D, MAEPS)   Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai bahawa Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang merupakan tapak kepada acara antarabangsa dwitahunan anjuran MOA iaitu MAHA telah dibuka kepada pengunjung pada setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) mulai April 2015.