Posts

Showing posts from 2019

Rezeki Terima Manfaat Caruman

Image
Keratan akhbar Sinar Harian 24 Disember 2019 - Rezeki dua beradik yatim piatu. Saya sudah mencarum untuk anak-anak..# LoveSSPN  anda bila lagi Jom mencarum semudahnya dengan online di sspniplusonline .

Keputusan UPKK..Mak Nervous Dari Anak

Image
Alhamdulillah hari yang dinanti telah tiba..18/12/2019 jam 11 pagi, adalah detik yang mendebarkan bagi ibu bapa dan pelajar. Macam tu jugak aku, dari semalam dah tak tenang.Hahhaha.. nampak tak, mak-mak ni memang sejenis gitu kot..nervous lebih berbanding anak..Si anak rileks je..tak rasa apa-apa Maka setelah detik itu tiba, berpusu-pusu le mak pak nak semak keputusan anak-anak. Ade yang semak melalui online di web JAKIM  , ada yang send SMS dan tak kurang pergi ke sekolah ambil slip. Aku 5 minit sebelum jam 11 dah hantar sms untuk semak..tepat jam 11 dah ready online..sure la time tu jem line nye..ramai gak le mak pak yang dok menunggu..tapi berkat kesabaran dapat jugak tau result..dedua option semakan tu menunjukkan result yang sama.. Alhamdulillah, anakku Muhamad Danish Haikal dapat 8A..rasa terharu pun ye..tetapi itu semua permulaan, banyak lagi cabaran mendatang yang perlu dilalui..aku harap dia dapat teruskan berusaha untuk mencapai kecemrlangan hidup dunia dan akhirat

Riadah di Bukit Kledang, Ipoh

Image
30.11.2019 yang lalu akhirnya aku berkesempatan untuk menikmati pendakian ke Bukit Kledang bersama 5 'askar2ku' dan encik suami. Sebelum ni plan semedang tak menjadi. Jam 7:30am gitu kami begerak dari rumah ke destinasi yang mengambil masa kira-kira 20 minit. Sesampai di sana, kami parking di kawasan berhampiran peniaga yang terdapat di situ..adala dalam 3 peniaga..jual air, makanan dan buah. Ekspedisi dimulakan dengan askar2ku sekalian..ramai yang dah nak turun, kami baru nak naik..hahhah..apedehal..hari masih pagi..Tengok anak aku yang kecik ni..steady je..suke dia ye dapat bebas berjalan tapi kebanyakkan nye berdukung la..huhuh Ok now..you are reach 2nd check point..dah 0.65km perjalanannya..Next check point ade lagi pondok..leh la rehat..setiap pondok yang ade tepi jalan tu kebanyakkan ditaja..Sebenarnya laluan kat Bukit Kledang ni ada melalui jalan tar, tangga dan off road.. Orang cakap kalau nak cepat samapi better ikut off road jalan hutan, tetapi lebih af

Banyak Benda Nak Cerita

Nalau ikut tajuk tu memang banyak benda nak cerita.. tapi sume tu cerita dalam hati. Nak dinukilkan namun tidak kesampaian ke arah tujuanku... Kenagan semalam, hari ini dan akan datang.

FUN RUN IS MY ME TIME

Image
FUN RUN?Apa tu..lari seronok-seronok..ya padaku lebih kepada larian santai yang bukan berbentuk pertandingan. Kebiasaanya event ni dianjurkan untuk charity tapi jugak yang non-charity..sekadar memenuhi kalendar event :). Aku mula terjebak dengan event ni sejak tinggal di Putrajaya. Putrajaya memang kaya ngan aktiviti riadah gini seperti Langkah Ceria iaitu aktiviti berjalan sahaja ya..boleh pilih nak jalan 3km, 5km atau 8km. Pada mulanya aku rajin joint aktiviti ni dengan famili..bawa sekali anak-anak. Memang best. Sentiasa mendapat sambutan. Then aku beralih kepada Fun Ride. Aktiviti berbasikal . Tiap kali ade event kayuhan komuniti Putrajaya aku pun joint. Pernah dapat cabutan bertuah handphone Samsung S3..huhuhuh. Mahkamah Fun Run with JBG Team @ 14.9.19 @ Bulatan Amanjaya Beralih kepada Fun Run, nak joint run time tu takde geng lagi..then one day kawan sepejabat di Audit JPM ade yang jenis minat dengan aktiviti gini jugak. So, apa lagi..kitorang pakat joint IMR R

Pindah Rumah

Image
20.7.2019 proses membawa barang dari Putrajaya ke Ipoh. Kitorang booking lori ni RM850 sekali upah pekerja. So far itu yang termurah kitorang dapat. Boleh la kan...lori saiz 7'6"x7'3"x20' Tengok anak aku yang kecik tu..excited nau bila lori sampai pepagi tu.. yang nak ngemeh ni yang runsingnya longgokan barang..tak tau mana nak mula setempat kat sana setempat kat sini berkurun oo nak susun kemas.. tu dia..siap sikit ngemas..ade nampak rupa dah la..sehingga saat ini masih ade lagi part yang lum clear..hopefully this year settle la..

Proses Keluar Kuarters

Image
Assalamualaikum Sedar tak sedar dah 10 bulan aku dok kat Ipoh ni..kat sini aku nak story sikit la pasal keluar dari kuarters kerajaan di Putrajaya. Masa dapat surat tukar tu benda yang aku fikir pasal kuarters..yele kuarters tu atas nama aku..memandangkan anak-anak masih bersekolah kat situ dan husband belum dapat bertukar..aku pun buat surat rayuan untuk lanjut tempoh..Alhamdulillah dapat kelulusan lanjut tempoh..sesambil tu husband pun kena apply semula kuarters seperti permohonan baru..so banyak la prosesnye.. First korang kena la buat e-temujanji kat web BPH  14 hari sebelum serahan kunci. Sebelum hari temujanji pastikan beberapa perkara perlu dibuat. Part aku bila tukar penama ni..kena la tutup akaun SYABAS, TNB tu semua..cam tu gak husband..kena bukak semula akaun baru bil TNB, SYABAS, DEPOSIT KUARTERS ..sama cam proses baru mohon. Peringatan, korang kena bawak resit ASAL yang korang bayar deposit dulu tapi kalau hilang kena sediakan akuan sumpah. Nanti leh

Proses Pertukaran Sekolah Rendah

Image
First sekali terima kasih diucapkan kepada cikgu-cikgu di sekolah lama anakku Sek.Keb.Putajaya Presint 9(2) kerana banyak membantu melayani pertanyaan aku berhubung cara nak tukar sekolah. dapat fail rekod anak-anak..segalanya dalam tu Maklum kat sekolah untuk pertukaran..nanti dorang bagi form untuk isi..nanti form ni kena bawa gi pejabat pendidikan daerah tempat kita bertukar tu..dapatkan pengesahan an kelulusan PPD..kemudian baru bagi kat sekolah semula untuk rekod..kelulusan sekolah ditukar masa tu kejap je..Alhamdulillah..hr tu pi hantar borang kt PPD hari tu gak dapat kelulusan.. tehn dah settle dpt kelulusan kena hantar borang kat sekolah yang dipohon gak dan terus daftar sekolah. Antara senarai semak

Syukur Dah Bertukar

Image
Finally, syukur Alhamdulillah..penantian selama setengah tahun kitorang PJJ, akhirnya suami dan anak-anak dapat bertukar ke Ipoh jua..Husband aku dapat surat awal Julai hari tu..beberapa hari sebelum lapor diri.. time tu rasa syukur tak terkata..8/7/2019 mula lapor diri kat HR Kementerian Komunikasi & Multimedia di Putrajaya dan bejaya mohon tangguh untuk lapor diri di RTM Perak..Suamiku memulakan tugas kt tempat baru mulai 22/7/2019.. Begitu ngan anak-anak..bila dapat tahu je husband dapat tukar time tu le kitorang busy ngan urusan pertukaran sekolah dorang.. Alhamdulillah segalanya dimpermudahkan prosesnye..Dorang pun mula sekolah tarikh yang sama dengan papanye lapor diri..suke le dorang dapat tukar.. Syukur Alhamdulillah..segala puji hanya bagiMu Ya Allah..