Posts

Showing posts from January, 2013

Warga kastam dapat durian runtuh..syokk yer

PUTRAJAYA - Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding tahun 2011. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan. "Keputusan yang dibuat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan memberi semangat kepada 12,500 warga kerja kastam untuk mencapai sasaran RM34 bilion tahun ini," katanya kepada pemberita di sini semalam. Ahmad Husni yang ditemui selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-13, berkata, insentif khas itu akan diberi minggu ini. Pada tahun lepas, kerajaan memberi insentif khas kepada warga kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas berjaya mengutip RM109.674 bilion pada 2011 iaitu meningkat 26.79 peratus atau RM23.175 bilion berbanding tahun 2010. Sementara itu, Ketua Penga

Elaun Tetap Perumahan Naik RM480?

MELAKA 17 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu."Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja. -Mintak dan mintak lagi...tapi banyak lagi isu lain yang lum selesai..hal elaun wilayah la..COLA la..SBPA..skim perkhidmatan/gred. -aku suke ayat tak leh blah ni.sikit-sikit "kenaikan ini akan meningkatkan mutu/kualiti perkhidmatan"..haiyoo..depend pada diri memasingla..gaji dah naik pun ade gak yang masih di tahap 'kurang disiplin'..nawaitu tu yang penting..baru rezeki

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013

Image
Tinggal 2 minggu saja lagi bagi penduduk wilayah akan bercuti pada Februari...jatuh lak pada jari Jumaat.wah 3hari bercuti-cuti ye.Sambutan Hari Wilayah tahun ni akan diadakan di stadium Bola Sepak,Bandar Tun razak,KL. Pelbagai acara menarik dirancang sempena Hari Wilayah.So korang tengok jele poster tu.Menarik tang Karnival WOW tu je kot..meriah lagi Putrajaya nanti..heheee..

Jelajah Perak Kampungku

Image
Tengok peta Perak tu..yang asal orang Perak,kampung kome kat mane?rindu kat kampung idak?aku suneki je..tengok tu sempadan dah ngan Pahang..rentas banjaran je.tak jauh dah dari Selangor..redah sungai Bernam je. Kome dah sampei ke semua destinasi daerah yang ada..meh le melawat negeri mike.

Tahun untuk Bercuti

Image
2013 dah pun..perancangan tahun ni,nak cuti2 aje..Tahun lepas tak dapat nak berjalan sakan. So this year,nak le luang sedikit masa bersama famili.Tapi belum plan betul2 lagi. Setakat ni yang confirm husband aku dah book apartment BPH kat Cameron untuk Oktober nanti (before cuti raya haji).Adik aku ade ajak gi Vietnam bulan Jun nanti,tapi tak sure lagi jadi ke tak.If tak may be Sabah/Sarawak/singapore jadi pilihan kot..(berangan dulu). Dalam masa terdekat ni rasa tertarik hati lak nak gi ke Gold Coast Morib ni..pasti ada yang dah pergi kan. Kebetulan ada promosi kat livingsocial.70% off. Dengan pakej termurah ‎2d1n-studio suite+jaccuzi+bfast+dinner+theme park for 2=RM198.Okla tu kot. Belum book pun lagi,kene survey and tanya husband dulu lah. Pilih tempat ni sebab dekat dan ade water park. Bebudak pasti suke disamping leh bermalam kat situ sekaligus. So takdele penat sangat kan.Ok tak?

Kopi Che'Nah..Kopi Terbaik Negeri Perak Chor!

Image
Pernah dengar tak pasal kopi ni?Sape orang Perak yang pernah membesar bersama kopi ni sure tahu.Kilangnya terletak di Chenderong Balai Teluk Intan. Bapak aku selalu beli kopi ni.Ada pek colour hijau dan kuning.Tapi aku tak tahu apa bezanya antara 2 tu.Aku tau minum je.suke bebenor le tu. Aku ni bukan le penggemar kopi sangat pun dulu.Sejak mula bersalinkan anak pertama dan hidup didalam dunia pantang tu aku mula mengenali keenakan kopi.May be sebab dalam pantang air kopi dan milo je jadi santapan.Nak tak nak aku teguk gak..now dah boleh terima. Petang-petang ni moh santap kopi cicah biskut lutut..kawkawwwww

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)

Image
Peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam Layari web SPA untuk keterangan lanjut bagai jawatan berikut: -Pembantu Tadbir Kewangan W17 (JPA-100 kekosongan) -Pembantu Antidadah S17 (KDN-82 kekosongan) Tarikh tutup:13 Januari 2013