Posts

Showing posts from October, 2014

PERMOHONAN TAPAK JUALAN "CAR BOOT SALE" DI PUTRAJAYA

Image
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai "Car Boot Sale" pada setiap hari Ahad bermula jam 3 petang sehingga 7 petang di Dataran Gemilang Putrajaya, sila dapatkan borang di pautan di bawah. http://portal.ppj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5e249328-4b01-431e-a92f-0c5ed6d38cdd&groupId=36906 Time hari minggu ni le peluang untuk kome tambah pendapatan dengan meniaga..cube le mohon.Mudahan ade rezeki untuk kita. Barang-barang jualan yang dibenarkan adalah makanan kering, pakaian, perkakasan dan hiasan rumah, buku, majalah, permainan, kelengkapan, barangan antik, alatan elektrik, barangan hobi dan aksesori (keutamaan kepada barangan terpakai).Tidak dibenarkan menjual makanan bermasak. Masa operasi adalah bermula jam 3.00 hingga 7.00 petang pada setiap hari Ahad di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. -sumber Perbadanan Putrajaya.

Intipati Bajet 2015-Kemudahan Untuk Penjawat Awam Dalam

Pendidikan MyBrain15 yang kini terbuka kepada sektor swasta, dicadangkan diperluas kepada penjawat awam dan kakitangan badan berkanun yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan. Perumahan had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada kadar RM80,000 kepada RM120,000 dan bagi had kelayakan maksimum, dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000. Serentak itu, wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 kita mansuhkan. Kedua-dua cadangan ini, berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M. Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah telah diluluskan untuk pembinaan. Pada tahun 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi iaitu di Putrajaya 1,600 unit; di Bukit Jalil 1,530 unit; di Papar, Sabah 1,290 unit dan di Bukit Pinang, Kedah 960 unit. Kerajaan juga menam

Bajet 2015 Untuk Penjawat Awam

Image
pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 serta bantuan khas untuk  pesara RM250 penambahbaikan ke atas 252 skim perkhidmatan awam cuti menjaga anak selama setahun untuk penjawat awam wanita insentif MyBrain15 kepada penjawat awam untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan Skim Perumahan Belia yang boleh dinikmati oleh penjawat awam berkelayakan pertambahan pembinaan unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) penurunan harga minimum PPA1M; peningkatan kadar pendapatan isi rumah yang layak memiliki PPA1M kepada RM10,000 serta pemberian geran dana mudah cara kepada pemaju PPA1M Artikel Penuh:  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141011/dn_04/Bajet-2015-hargai-penjawat-awam#ixzz3G5DiBiiL   © Utusan Melayu (M) Bhd  FD:Tunggu Pekeliling dari JPA untuk maklumat terperinci berkaitan cuti dan skim tu...

Upin & Ipin bersama Ultraman di PICC

Image
Upin & Ipin kini kembali dengan lebih keriangan dan keseronokan.Setelah berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri animasi tanah air, kali ini Upin & Ipin akan mengadakan satu lagi Karnival Upin & Ipin di Putrajaya International Convention Centre pada 21-23 November 2014.Acara akan berlangsung mulai jam 9 pagi hingga 10 malam. Penampilan khas Encik Ultraman..tu dia..Jepun vs Malaysia.Habisla, jangan kena fire dek ultraman udah.Moh beramai-ramai ke PICC kita join karnival ni,kebetulan time tu pun dah masuk cuti sekolah.Boleh masuk dalam plan anak-anak sempena cuti nanti.

muzium TUDM Sungai Besi

Image
Ini merupakan kali kedua aq ke sini. Sebelum ni bawa danish dan darwisyah je. Kali ni bawa si kecil darwisy pulak. Darwisy ni peminat tegar oplene. Memandangkan sebelum ni aku dah pernah publish pasal muzium ni, so kali ni layan gambar ajele.Cerita lajut pasal  muzium tudm leh klik link bold tu.

Stesen Keretapi Lama Gua Musang

Image
Stesen ini terletak dipinggir pekan Gua Musang Lama.Ianya berada di sebelah bukit batu kapur, Gua Musang bukit batu kapur yang cantik struktur cerunannya Bukit batu kapur ini penuh dengan stalagtit dan stalakmit , gua kecil dan besar. antara alatan kekeretapi lama yang ada ruang menunggu memori  Di kaki bukit batu kapur ini terdapat beberapa buah rumah setinggan yang mendiami tanah rizab kereta api antara replika lama..si boboi ni model baru koc lama koc angkut barang singgah pekena nasi kerabu..sedap..dekat area stesen keretapi..teringat-ingat dol