Thursday, July 20, 2017

Aidilfitri Kian Berlabuh

July 20, 2017 0 Comments
Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog sejak ramadhan yang lalu. Kadang benda ni ikut mood. Kalau mai rajin,on la blog ni..kalau dah malas,memang akan 'gelap' le blog ni dibuatnya.
Aidilfitri tahun ni, disambut sederhana aje. Tahun ni giliran rumah parent aku.Sementelah pulak tahun ni si suami bertugas pada hari raya. Tetapi nasible dia sempat beraya bersama kami di pagi raya.Petangnya baru pulang ke Putrajaya menyambung berkhidmat kepada negara. Raya kedua petang selepas kerja,dia dah balik semula ke Sungkai. Raya ke-3, baru si suami bercuti sepenuhnya dan kami pulang ke rumah parent dia pulak kat Taiping.
Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan jumpe kengkawan masa form 5 dulu. Walau tak ramai yang dapat berkumpul, tapi oklah. Berhubung semula setelah hampir 18 tahun meninggalkan alam form 5. Masing-masing dah bawa haluan. Sibuk dengan kerjaya, rumahtangga dan peribadi.
Sedar tak sedar dah tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.Dah nak last ni la,makin rancak jemputan open house dan jamuan di ofis. Bagi aku, masih seperti dulu,xde lagi le nak buat open house kat umah sendiri. Penat kot.Tambah anak masih kecil.Tunggu besar-besar sikit okla kan.Satu lagi bajet pun kena amik kira.Penjawat awam ni gaji awal sebelum raya, perbelanjaan pun cepat le mengalir kan. Nak menunggu tempoh hampir sebulan tu sangat le perit. Kalau tak kena cara pengurusan kewangannya, parah le.
Sepanjang minggu ni keje makan ajele..sume bende bedal. Orang kata rezeki jangan ditolak, tapi penyakit jangan dicari.Ingat tu.

#memoriberayadengankawansekolah

Friday, June 09, 2017

Google Bagi Hadiah Birthday

June 09, 2017 0 Comments
Hari ni sepanjang masa Google papar Birthday wish kat search engine aku. Ha jangan tak caye..ini boktinya.
Untuk makluman, kini search engine (enjin carian) dah boleh memperingati hari ulang tahun setiap pengguna Google dengan doodle hari jadi khas berdasarkan maklumat profile pengguna Google. No wonder la bila kita dah log in,google kita akan disajikan dengan paparan tu kan..Okla tu kira hadiah utk diri jugak kan.

Hari ni 9.6.2017 genap umur aku yang ke-35..masih muda kan..huaaaa. Tua mengejar sebenarnya. Begitu juga kehidupan kita selepas ini. 


Actually aku nak khaskan catatan ni buat semua yang wish birthday kat aku sama ada secara langsung, whatsapp, kat IG and FB. Maaf pada yang tak sempat reply say thanx and papar dalam ni. I'm really appreciate it!

Untuk kengkawan ofis yang wish thanks ya.Yang rela menyanyi lagu birthday song tu..si Emy..u make my day la..hahahah..gila kaget sebentar dong bila kamu datang padaku dengan membawa sekeping ucapan dan hadiah dr big bos..terpinga sekejap..tapi aku cover dengan membahan kau..hahah..sori ya

Eh lagi satu forum kegemaran aku..si cari pun...dapat kredit percuma sempena bzday..hahhah..setiap kredit tu bernilai oo..nak panjat pagar hot topik..yachhh!Yang tahu je akan faham..hehehhe.

Thanks jugak buat si suami yang memang 'menyeprisekan' aku hari ni..sampai kene jalan la ke depan gate (balai pelawat) Kompleks B ni untuk collect jambangan bunga tu. Nasib pakai blazer,leh la cover bunga tu balut ngan blazer. Segan kot nak berjapan dr depan gate masuk ofis pegang bunga..kang banyak lak mata memandang and bertanya. Tak kuasa ioll.Malu i tau!Nanti belanja makan ek.

Balik rumah suprise lagi by anak-ank pulak. Berkomplot semua ni ngan papa dia. dapat jambangan bunga and coklat lagi.Memang berbuka nanti hadap coklat jele.

Terima kasih semua. Harapan aku,moga aku dapat memotivasi diri sendiri agar jd lebih kuat dan tegar serta ingin menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.