Posts

Showing posts from 2021

Overdue Bersalin

Semalam 29/12/201 tarikh check up di Klinik Kesihatan (posdated) utk 40wk. Semasa check up doctor check baby dengan scan. Didapati berat baby dah 3.5 cmtu dan air ketuban nampak kurang dalam bacaan 7 gitu. So untuk lebih jelas, doctor pun buat surat refer ke Hospital Raja Perempuan Bainun.  Sampai sana terus ke pusat penilaian (PAC). Time ni BP pun dah naik tinggi, serius stress. Doc pun buat pemeriksaan baby,scan tengok masih ok lagi bacaannya. Sesambil tu doc pun check jalan bukaan jugaj. Ok dah 3cm. Makanya kena jugak le tahan. Hari ni 30/12/2021 masih sama jalannya..3cm. Tanda apa pun xda lagi. Dah petang ni baru ade rasa sikit2 sakit. Tunggule nanti apa cerita selanjutnya. 30/12/2021@6:07pm

Status MySejahtera Bertukar Kontak Kasual

Image
Hari ni 7/8/2021@1:30pm dapat notifikasi daripada MySejahtera (MySj) berhubung aku dikesan melalui sistem dorang tu sebagai Kontak Kasual. Sistem tu mengesan berdasarkan waktu dan tempat check in. Aku pun tak tahu di mana lokasi dan masa. Kalau tengok history pergerakan aku cuma ofis, Klinik Kesihatan Manjoi dan terbaru ke PPG Tapah. Ya tempat tu semuanya hotspot dengan kes. Mungkin la salah satu darinya. Untuk makluman Kontak Kasual ni tak perlu kuarantin atau buat swab test pun selagi tak bergejala teruk. Cuma kena sentiasa jaga SOP dan keluar rumah jika perlu sahaja. Dalam masa 10 hari juga anda perlu membuat penilaian di ruangan "things to do/perkara yang perlu dilakukan" dalam MySj. Soalannya cuma tandakan jika anda bergejala atau ada kontak rapat dengan positif person dalam masa 14 hari. So far bila berstatus camni pun dah rasa cuak, memang takut la nak keluar. Diharapkan tak ada sebarang gejala dan sentiasa dalam lindungannya.

Lengkap Dose Kedua Vaksin

Image
Alhamdulillah, hari ini 27/7/2021 jam 9.00pagi di Stadium Indera Mulia Ipoh, tercatatnya diari vaksin kedua. Maka lengkaplah sudah dose kedua Sinovac. Kali ni lebih mudah dan cepat. Hanya melalui pandu lalu. Masa diambil cuma setengah jam untuk proses selesai vaksin. Ada 5 point.  Checkpoint pertama kita kena tunjuk temujanji di MySejahtera, check suhu dan check in. Selesai terus ke point kedua dapat nombor giliran dan semakan kad juga borang persetujuan vaksin. Next station point ketiga, serahkan kad pengenalan, borang persetujuan dan kad vaksin. Then bermulalah suntikan vaksin di sini. Semasa disuntik petugas menerangkan prosedur suntikan dan beliau sempat tanya "tak nak ambil gambar ke?". Disebabkan jarum inject dh melekat kat bahu tu, aku cakap takpalah,lagipun suami ada di sebelah masa suntikan dan penerangan diberi. Dah ada saksi tak perlu la gambar. Ramah petugas tu. Senang berurusan. Dah selesai suntikan kita beralih ke checkpoint keempat. Di sini adalah ruangan rehat

Lama Menanti Vaksin Pertama

Image
Setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat notifikasi daripada MySejahtera. Panggilan untuk mevaksinkan diri dose pertama di Stadium Indera Mulia, Ipoh @6/7/2021 jam 9.00 pagi. Rasa gembira sebab dah lama menanti dan hari-hari update juga semak. Mula daftar 23/2/2021, agak lama la nak menanti giliran tu. Aku sentiasa kemaskini, memandangkan status yang sedang mengandung. Risiko untuk ibu mengandung sekarang ni agak tinggi. Memang berharap la sekurangnya ada perlindungan. Kita ikhtiar kepada Dia jua kita berserah. Masa inject ni kandungan dah 15 minggu. Bagi ibu mengandung usia 14 minggu ke atas dah boleh terima vaksin. Jenis vaksin yang diterima adalah Sinovac. Okla, terima je apa yang diberi. So far selepas divaksin, takde la efek teruk sangat. Hari pertama selepas balik vaksin rasa mengantuk sangat dan selera makan bertambah. Keje nak makan aje. Lapar semedang. Dari segi kesan lain,hanya hari kedua dan ketiga rasa demam on off serta sakit badan. Selepas itu ok dah. Selesai dose 1, t