Posts

Showing posts from May, 2017

Ana Ikan Bakar Petai dan Warung Aziz Satar

Image
Semasa trip ke Kuantan hari tu selama 3 hari 2 malam, dua tempat ni je yang sempat kiotrang terjah untuk makan-makan.. hari pertama selepas puas mandi manda di siang hari,malamnya kitorang ke Ana Ikan Bakar Petai(AIBP) yang terletak di Tanjung Lumpur. Lebih kurang 20 minit gitu dari Homestay penginapan kitorang yang terletak di Bukit Rangin. Sesampai je di restoran ni,dalam hati agak kagum kerana boleh tahan besar jugak empayar ni...kelihatan beberapa lot kedai khas untuk AIBP sahaja. Ingat kan kat depan saja,rupanya kat belakang tu ada lagi kedai dia..banyak erkk. Selepas dah dapat tempat strategik iaitu di wakaf, pilih la menu yang ada. Harga pada aku masih available,servis un ok dan makanan sedap. Boleh la kalau ikut tekak aku.Ok lepas ni leh try yang cawangan kat Bangi pulak.Walaupun dok stay Putrajaya dah bertahun dan rajin jugak turun Bangi untuk makan-makan tapi still tak jejak kaki kat kedai AIBP ni. Lalu dan tengok je. Hari kedua pagi kitorang penuhkan sesi

Bukit Gambang Safari Park

Image
Bukit Safari Park Gambang (BGSP) adalah antara Taman Safari terbesar di Malaysia. Ia membawa pengunjung untuk menjelajah haiwan eksotik dari seluruh dunia.  Untuk makluman  Waktu Operasi ditutp pada hari Isnin dan beroperasi pada hari Selasa, Rabu & Khamis mulai jam 12 tengahari hingga 9 malam. Manakala hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 10 pagi sehingga 9 malam. Tiket bagi dewasa Rm48 dan kanak-kanak atas 90cm dikenakan caj sebanyak RM38. Di atas ni jadual pertunjukkan yang terdapat di Safari. alang-alang dah masuk situ eloklah korang pergi tengok semua show tu. Kitorang sampai Safari dalam kul 2. First dapatkan tiket tram RM2 seorang untuk naik ke platform pertama. Show pertama Predator Show. Inilah ruangan untuk tengok Predator Show. Nak ke tapak show ni kena berjalan le jugak.  Merentas kepanasan ibarat gurun yang ada kat situ. Mau nye berlari-lari anak aku masa tu coz nak cepat masu dalam show room..panas.Actuallay ada payung disediakan tapi tak tahu pun

Bukit Gambang Water Park

Image
Taman Air Bukit Gambang dikatakan antara taman tema air terbaik yang terpanjang terbesar dan paling luas di negara ini. Dengan keluasan 45.8 ekar yang direka dan dibina di dalam hutan sekunder. Ianya dikelilingi landskap dan alam semula jadi.  Kebiasaanya pengunjung pada musim puncak dan hujung minggu lebih ramai. Kitorang pergi pada 1 Mei..kebetulan hari tu cuti Hari Pekerja . Memang ramai la yang mengambil kesempatan untuk berehat dan mandi manda di situ terutama golongan muda. Disebabkan part untuk dewasa dipenuhi pengunjung muda yang bercuti waktu tu,terpaksa la kitorang lepak kat pool bebudak je. Takpela asalkan dorang happy. Selalunya bab mandi pool ni bebudak lah yang excited.Layankan aje. Dah mandi sure le pakat lapar dan dahaga. Yang tak bestnye kalau masuk theme park ni makanan tak boleh bawa masuk. Sudahnye siap sedia le duit lebih kalau nak makan. Kat sini guna sistem Top Up. Bajet la berapa yang korang nak then gi beli makanan just scan gune tag kat tangan

TAHNIAH! ANDA BERJAYA MEMENANGI BUKIT GAMBANG RESORT - UTUSAN

Image
Kisahnye setelah mencuba nasib untuk mendapatkan tiket Peraduan Oceanarium Utusan Malaysia  dan dah pun pegi ke  THE SHORE MELAKA  , kali ni aku try pula untuk peraduan siapa cepat dia dapat yang dianjurkan akhbar kosmo-utusan ni. Dan masa yang dinanti pun tiba..jeng jeng jeng..check emel..Alhamdulillah.. Cam biasa syarat kena kumpul 6 keratan kepala akhbar Utusan mengikut tempoh yang diberikan sebelum tebus. Bawa keratan tu masa nak collect tiket. Yang bestnye encik suami pun join peraduan ni dan berjaya mendapat tiket tu. Hari penebusan 12 keping la keratan akhbar kena bawa. Dapat la untuk satu famili kitorang...total 4 keping tiket untuk safari dan waterpark. Tiket pun dah dapt,so kena la set masa untuk pergi..Tiket tu valid hingga Jun 2017 je..nak tak nak kena cari masa yang sesuai..akhirnya kitorang pilih 1-3 Mei untuk gi Kuantan. Ponteng sekolah le budak dua orang tu ☺. Harap-harap lepas ni ada lagi la peraduan cuti sakan ni. orang pun rajin-rajin la jenguk pa

Rockbund Fishing Chalet Lumut

Image
Rockbund Fishing Chalet terletak di Marina Island,Teluk Meroh,Lumut  Perak. ROCKBUND adalah chalet yang sesuai bagi aktiviti memancing semata-mata. Setiap kabin terletak beberapa meter dari laut dengan dek memancing di atas laut.  Di sini terdapat kemudahan cafe dan ruang barbeku yang disediakan menghadap laut. Grab a pencil and strike a pose! Posing di sini dengan lakaran mural. Terletak di belakang bahagian ofis Rockbund.  Dek atau pelantar memancing di hadapan chalet. Boleh dok situ dari siang ke malam. My Husband siap bawa 3 batang pancing..tpi guna dua je.Dia start mancing petang tu sampai lewat malam.Tinggal je batang pancing kat pelantar..agak-agak dengar bunyi loceng tu,ha ikan tarik la tu kan. Actually tak banyak pun hasil mancing kat depan ni,mungkin disebabkan terdapat pukat yang dipasang depan tu. So kalau nak lebih hasil gi kat kawasan atas sikit or luar kawasan. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukakn kat sini ialah berbasikal pusing-pusing kawasa