Posts

Showing posts with the label Buku

Novel Hati Perempuan

Image
Novel Hati Perempuan ni sekadar menambah koleksi memandangkan cerita ni pun tengah hot sekarang di slot Akasia TV3.Beli di popular book kat Aeon Seri Kembangan.Nasib baik dorang dah restock mas aku gi.Time beli ada rebet lagi..dapat le rege RM20.25 satu (beli dua hari tu RM40.50) Me nengok ape cer novel ni: Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.  Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran  disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. “Kenapa ni?” -  Tengku Zaril. “This is yours?” -  Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cinc...

Buku Fixi:TABU

Image
Sebuah novel hasil karya Shaz Johar. Shaz Johar adalah seorang pencerita, blogger dan diva sepenuh masa. Kini dia sedang bertugas melayan kerenah-kerenah pelanggan yang terlampau di sebuah bank yang terkenal di Kuala Lumpur. Di masa lapang, dia gemar menconteng laman blog kesayangannya, Jejaka Anggun . Sementara jari-jemarinya pula tidak pernah lekang mengemaskini status twitternya di @malayrhapsody . Tabu merupakan novelnya yang kedua selepas Kougar yang sebelum ini telah merangkul anugerah Bakat Muda Selangor 2011 bagi kategori Penulisan Kreatif (Bahasa Melayu) – Cerpen/Novel.-FIXI Sinopsis: Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia. Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rak...

FIXI:KELABU-Bahagia Ni Benda Yang Kita Ada,Bukan Dicari

Image
. "Amir seorang fotografer yang diminta menjadi 'boyfriend kontrak' oleh Jun. Apabila Amir jatuh cinta, rahsia hidupnya terungkai satu-persatu." Lagi koleksi buku yang dibeli ketika pameran buku di Mines Mei lalu. KELABU..antara novel terbaik FIXI hasil karya Nadia Khan.Seperti katanya,bahagia ni benda yang kita da,bukan dicari.Bagaimana bahagia tu datang?Aku tak nak ulasa lanjut.Bacalah novel ini untuk mengetahui sejauh mana cinta dan bahagia itu bertandang. Ni sinopsis dibalik kulit novel ni: Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘ boyfriend kontrak ’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri? Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia ? Aku Amir. Jemputlah masuk ke ...

Fixi:ZOMBIJAYA-jika rakyat Malaysia tiba-tiba dikelilingi mayat hidup?

Image
Karya  oleh Adib Zaini Antara koleksi buku yang dibeli ketika   pameran buku di Mines Mei lalu..baru sekarang nak cerita pasal buku ni..dah lama peram.Oklah aku masukkan sinopsis buku ni..mik dari Fixi.Korang bacalah ye Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini. Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA So kisahnya berlegar tentang Apakah yang akan terjadi jika rakyat Malaysia ...

Ibu Itu Sungguh Ajaib!

Image
Buku ni aku dapat dari seorang kawan BAC  yang menghadiahkannya kepada aku sebgai kenangan terakhir.Terima kasih Deyna. Tambah lagi koleksi bahan bacaan aku.Kisahnya belum sempat dibaca.Insya'allah ada masa terluang aku akan habiskan buku-buku yang ada. Sinopsis: Jika ditanya siapakah insan yang kuat, paling luar biasa dan paling istimewa di dunia ini, pasti jawapannya adalah ibu. Memang sangat tepat jika seorang ibu dikatakan sebagai seorang insan yang amat luar biasa dan istimewa. Walaupun fizikalnya yang santun dan lemah lembut, tetapi di sebalik semua itu tersimpan kekuatan dan ketabahan luar biasa yang tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki (ayah). Lihatlah Siti Hajar, seorang ibu luar biasa yang ditinggalkan sendirian hanya ditemani oleh bayi yang masih kecil iaitu Nabi Ismail. Bayangkanlah di bawah panas teriknya matahari dan ganasnya haba padang pasir Arab, dia perlu meneruskan kehidupan, membesarkan dan memelihara anaknya sendirian. Bayangkan juga...

Dari Milan Ke Maran

Image
Penulis NORHAYATI BERAHIM .Tengok tebal bebenor novel ni.entah bila gamaknya aku nak khatam baca.Novel ni pemberian teman ofis sempena perpisahan aku..cehh..terima kasih ye kepada yang menyumbang.Pandai deme pilih hadiah buku ek..aku gemor gak membaca..tapi tengok mood and time.   Harga buku tertera di belakang.RM32.00.berbaloi le dengan kisah dan ketebalannya kan. Ni antara selitan muka belakang novel ni. “Kau mengkaji mafia?” “Dulu aku pernah berangan nak jadi mafia tau.” Kah kah kah… Di malam yang sudah hampir mencecah pagi itu, kedengaran suara Sharmin ketawa terbahak-bahak. Geli hati sungguh dia membayangkan Moon menjadi mafia. “Kurang ajar! Asal kau ketawakan aku?” “Lawaklah. Tengok kau punya jalan pun aku rasa mafia dah tendang kau!” Sharmin terus-terusan ketawa. Moon hanya menelan ludah. Mahu dimarah Sharmin, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan. “Sudahlah. Ketawa macam orang gila saja.” Moon separuh merajuk. Sekali lagi rambutnya yang te...

Makan Gaji Tetapi Kaya

Image
Buku berbentuk motivasi kewangan..harus dibaca kalau nak tahu ilmu berkaitan..tambah zaman sekarang segalanya $$$$$$$..tensen jugak kan! Nak harap gaji pusing2 habis..bayar itu ini..nak memnenuhi impian melancong ke..nak beli gajet ke dan benda yang tak berapa perlu hendaklah dihentikan..kene tengok poket..tepuk dada tanya iman..Betulllah..jangan ikut nafsu nanti hampeh..lebur..lebih baik melabur..tapi nak labur pun nak kene ade ongkosnya..haduh...mane lagi nak cekau sumber lebih nie...kena ikhtiar dan belajar..labur duit unutk buku gini boleh je kan..ILMU! Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.  Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.  Makan Gaji tetapi Ka...

Buku Fixi:KOPI

Image
Pulang kerja amik budak terus ke Cyberjaya..menunggu sang suami selesai kerja dengan penuh setia selama 3jam..menghabiskan masa dengan menikmati "KOPI"..tanpa sedar hingga cukup masa untuk pulang cari makan..tamat jugak akhirnya.. Koleksi cerpen KOPI didapati ketika berkunjung ke booth FIXI & LEJEN sempena Pesta Buku di Mines..bagi aku bahasa yang digunapakai adalah mudah..namun ada juga 2-3 cerpen yang aku tak boleh nak tangkap..umpama menikmati secwan kopi..sambil hirup kita berhenti sejenak untuk berfikir apa yang hendak disampaikan Betullah katanya dalam KOPI ni ada segala rasa bila kita membacanya..ada misteri, cinta,suka, pahit, manis, hitam, putih, payau, pekat, sedap, likat, kelat, panas, sejuk dan segala rasa.. Satu yang menarik perhatian aku:KOPI ADALAH KENIKMATAN YANG MEMBAWA KEPADA KEGHAIRAHAN.. Korang bacala cerpen ni! Berikut adalah antara jenama kopi yang ada: KOPI 3 RASA : Shaz Johar BERSAKSI KOPI : Dayang Noor KOPI KOLA : Nadia K...

Aku beli buku masakan la!..mak budak baru nak belajar

Image
pesta buku kat Mines hari tu tu bukan takat buku Fixi dan Lejen je aku rembat..tapi sebagai memenuhi naluri keisterian juga keibuan, dengan baiknye aku amik 2 buku kat atas tu..ade lagi buku masakan yang aku minat..Masakan Thai..tapi aku letak balik dan amik Daging dan Ikan..yele bab lauk pauk ni aku memang 'hancus' sikit..tu kene asah lagi pengetahuan..masalah jugak aku ni cepat lupe bahan2 yang diperlukan..nak kene amal selalu kot masak bende tu baru leh ingat..tak pe le selagi boleh belajar why not kan.. Buku "Senangnye Memasak Bersama Chef Hanieliza.." mengandungi pelbagai jenis resepi masakan Malaysia  antaranya Ikan, Daging, Ayam, Nasi, Sayur, Kerabu & Salad, Sambal & Sos, Mi, Kuetiau & Meehoon, Makanan Laut, Kambing. Buku ini diterbitkan oleh PTS Millenia.  Dalam buku IKAN ni ada resepi seperti  Asam Pedas Bungkus,  A sam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Lada Hitam,  Asam Rebus Ikan,  Cencaru Belah Belakang, Sup Ikan,  Gulai Ik...

Lejen:Aku rindu 90's..memori zaman keseronokan

Image
Muka depan Akur rindu 90's terbitan Lejen Press karya Wan Shafiq @Chech Adrea@pocek?ade lagi kot nama samaran dia..cam tu la cerita dia tentang nama2 Gun N Roses,Kurt Cobain,Nirvana bagai..dalam lain-lain yang ade kaitan nama...nak kenali dia lagi leh tengok blog ni.. http://adreanalina.blogspot.com/   kat situ korang akan tahu "kesenian" juga "kesusateraan" dia.. Kisah yang mengimbau memori tika 90-an yang ada pada masa dulu dan tiada pada masa sekarang..Aku lahir 80-an dan membesar dizaman 90-an..masakan tidak aku melupakan memori yang indah masa tu..segala keseronokan ada..namun ada juga kekurangan zaman kanak-kanak ku dengan larangan yang aku rasakan umpama zaman budak2 sekarang..aku tak boleh pegi mandi sungai..tak boleh main sampai lewat hari..kalau tak siap kene piat dan piauuuuuuu.. 90's habis masa dengan persekolahan..ok macam2 cerita ada..lucu bila diingatkan..yang tak kukenali aku kenali..cinta monyet!ok..tu semua memori aku Tapi si...

Mencari FIXI & LEJEN Di Mana..Akhirnya...

Image
 Yahh..dah namapk pun booth nye..sepantas kilat terus ke sana  Sekali dekat..lor..tutup lagi..ai tido lagi ke pe..ish..xpe sabor..tunggu kejap lagi..  After beberapa minit kemudian..nasib baik ko bukak dah..kalu tak mau aku maki hamun..dah le cari kat Hari Belia tak jumpe..jangan nak wat perangai kat Mines lak..nasib baik jeeee..my luck..Geram tengok buku kat rak tu!  Tengok tu..t-shirt Lejen..aku tak beli..mau habis duit kang kalu nak beli baju ni..fokus aku kat buku je dulu  rembat yang ni pulak Aku Rindu 90an terbitan Lejen  KOPI kaww satu!..rembat ni.. Rembat lagi dua buku FIXI ni..Tabu dan Zombijaya..ah sudah aku dah rabun ayam ni..maunye sume aku rembat..sekali bila dah bagi kat cashier..RM63..ok aku bajet tak sampai RM100..beringat gak weh..kang tengah bulan nak makan buku ke   Dapat la beg merah FIXI ni..dalam ni sume buku sumbat sekali stiker RM3 dan yang free stiker "I am Lejen" ni aku lekat kat laptop....

Tip Jana Wang Dari Rumah

Image
Tentu korang nak tahu; adakah benar wang mampu dijana hanya dari rumah berbanding kerja makan gaji? apakah kelebihan menjana pendapatan dari rumah? apakah strategi berkesan dalam mencipta pendapatan dari rumah? bagaimana menyesuai dan mendisiplinkan diri ketika kerja di rumah? benarkah ada individu yg menjadi jutawan dengan hanya bekerja dari rumah? Buku ni aku beli masa gi expo  Buku Islam Putrajaya  bulan lepas.Ianya menceritakan bagaimana mencipta pendapatan lumayan dari rumah.Buku terbitan PTS Millenia Sdn Bhd dan ditulis oleh Rizal Abdul Rashid. Tip Jana Wang Dari Rumah membongkar strategi mencipta pendapatan lumayan dgn berkesan.Penulisan buku ini disusun berdasarkan pengalamn penulis yang sudah lama menceburi dunia pekerjaan dari rumah.Buku ini juga solusi kpd yang sukar mencari pekerjaan.Cubalah baca dan fahami.Asalkan ada keyakinan, kesabaran,usaha dan doa pasti ada hasilnya.

Novel FIXI:Pecah

Image
Ni oder yang aku dah dapat pada 29 Februari lepas..oder  2 buah buku FIXI secara online di web FIXI..dah dapat tapi satu buku tu dah habis bace yang lagi satu next time kot baru nak menatap...nak tau apa tajuk buku lagi satu kene tunggu le entri akan datang.. Ni salah satau novel yang aku oder tu..PECAH..ape yang pecah..ini adalah salah satu novel terbitan FIXI ..merupakan hasil karya sulung  Khairulnizam Bakeri anak kelahiran Kelantan dan pemilik blog  http://salahtaip.blogspot.com/   Banyak kisah yang dipecah dalam novel ini. Tentang PECAH: Kisah rompakan di CIMB Shah Alam yang menyimpan harta salah seorang watak.Rompakan adalah hasil kerjasama nekad Herman,Alan,Radi dan Don.Kaitannya rompakan ini dengan seorang warga emas yang dulunya penuh dengan kisah silam bernama Bakar.Beliau merupakan pemilik peti simpanan di bank tersebut.Namun ada kisah dan kaitannya dari rompakan tersebut. Apakah rahsia disebalik tragedi rompakan itu serta kaitannya dengan...

Last day baru nak pegi ..Expo Buku Islam Putrajaya

Image
Sebagai salah seorang penggemar buku,semalam aku tak lepaskan peluang untuk terjah ekspo tersebut di Dewan Cempaka Sari,Perbadanan Putrajaya.Ekspo yang telah pun berlangsung lebih seminggu itu ,berakhir semalam.(24/2-4/3/2012).Actually perasan je ekspo tu dah ada,yele hari2 lalu kat situ amik and antar anak ke taska kt Perbadanan.Tapi takde masa nak singgah.Semalam baru dapat 'melempiaskan' keinginan itu. Bestnye semalam,dapat jumpe DR HM TUAH ISKANDAR,tapi aku takdele bergambor ngan dia pun dan tak beli pun buku kat booth dia tu.Aku dah ade buku2 motivasi dia  seperti Nak Ke Tak NaK,Jangan Tidak Tidak dan Fikir2 lah.Selain Dr Tuah,Hafiz Hamidun pun ade..yang lain aku tak perasan sangat. Sempat berenti jap kat booth EZ MATH..pengasas EZ MATH mnunjukkan cara pengiraan kat salah seorang budak yang ade kat situ..tengok cara dia ni ngajar senang je erk..kalu ade lg bengkel dia nak je suh anak aku joint..atau beli buku math...ape salahnye train dari awalkan..tapi kene saba...

Kisah DENDAM yang lalu

Image
Sambungan dari kisah DENDAM: novel baru beli berkenalan dengan penulis novel DENDAM ‘Dendam’ setebal 309 halaman menarik kerana mempunyai adunan peristiwa sebenar yang berlaku di negara kita. Ia kisah seorang lelaki, Khalil Gibran yang ditolak badai antara kebaikan dan kejahatan dalam usaha mencapai matlamatnya. Adakah Khalil akan kembali ke pangkal jalan? Selain itu, watak-watak di dalam kisah ini mempunyai persamaan dengan personaliti-personaliti terkemuka di negara ini. Bagi penulis sendiri, watak Khalil dan lain-lain menarik kerana wujudnya unsur realisme kemanusiaan. Manusia akan bertindak mengikut emosi, bukan halal haram suatu tindakan. Ini tidak bererti baik atau buruk. Kelebihan dalam karya ‘Dendam’ ialah ia boleh menggamit tumpuan pembaca dan jalan ceritanya juga pantas. Justeru, para pembaca tidak bosan dan tidak mungkin berhenti membaca sehingga muka surat terakhir. Manifestasi cinta yang ditonjolkan juga amat berbeza dengan kebanyakan novel ...

Dendam: Mengenal Affifudin Omar

Sebelum ni aku ade perkenalkan novel DENDAM..sekadar pengenalan dan pemberitahuan.Bagi yang nak tau camner rupa paras novel tu leh refer link bawah ni..harga pun ade tertera..link Fixi pun ade ;p (NOVEL FIXI:DENDAM) Ok,hari ni aku nak bawa korang berkenalan dengan penulis novel DENDAM..first aku tengok nama penulis ni aku bermonolog"cam kenal je nama ni"..dan cuba berfikir akan nama tersebut..dan merasakan beliau adalah antar orang penting negara pada suatu masa dahulu..Ya betul seperti apa yang dijangkakan. DATUK DR AFFIFUDIN OMAR..anak kelahiran Kedah ini merupakan bekas ahli politik dan juga bekas Timbalan Menteri Kewangan dan T/Menteri Sumber Manusia pada tahun 1999.Setelah menyepi dari dunia politik beliau kini menjadi terjun ke alam penulisan. Berikut adalah petikan yang diambil dari  FREEMALAYSIATODAY   apa yang beliau akan buat setealh bersara dari dunia politik: “Inilah jawapan saya kepada soalan rakan-rakan media saya 10 tahun lalu berkenaan apa ya...

Novel Fixi:DENDAM

Image
Minggu lepas aku dan my frenz dak MUCUX gi geledah MPH untuk menambah bahan bacaan bersempena azam "ULAT BUKU 2012"..hehhe Novel karya politikus Affifudin Omar..penuh dengan DENDAM Khalil Gibran ialah antara lelaki terkaya di Malaysia. Dia boleh memiliki apa (dan siapa) saja yang dia ingini. Tapi tak ramai tahu bahawa semangatnya untuk berjaya dihasilkan oleh DENDAM. - FIXI Koleksi kali ni adalah buku terbitan FIXI.Actually banyak lagi siri terbitan FIXI yang ade stapi hari tu kat MPH just ade stok KOUGAR,DENDAM dan KASINO je.Novel yang kitorang nak tu takde.Tapi aku dah oder online pun..heheh tunggu sampai je..nantikan next entri ye ape cer! Kulit belakang DENDAM..ade sinopsis nye..kalu nak bace leh click gambor bagi besor cikit..siap harge lagi tu..RM20..kalu susah nak dapat kat kedai buku oder online jele..memang susah kot nak dapat..stok clear manjang .

Novel Bicara Hati bakal didramakan

Image
Sape pernah bace novel ni?pada peminat novel mesti ade yang pernah dah bace kan..aku pun dah bace novel ni..so far memang best lah cerita dia..cam biasa konflik percintaan..perkahwinan bukan  atas dasar cinta dan kahwin kontrak..namun cinta terpaut akhirnya..Begitulah ringkas ceritanya yer.. Khabarnya novel ni pun akan diadaptasikan ke drama..wah..makin banyak novel2 yang direalitikan ke layar tv..kalau melalui bacaan kita just membayangkan watak2 yang ada..tapi sekarang leh tengok how watak2 tu dimainkan dalam sebuah cerita..Novel karya Damya Hanna ni bakal diarahkan pula oleh Osman Ali..dilakonkan kembali oleh Sharnaaz Ahmad dan Kris Chempaka....masing-masing pegang watak Tengku Syahran dan Zahlia..first aku tengok muke Sharnaaz ni kat cerita Kasih Alia la..cam muke budak comel je..hehhhe..pompuan tu not sure..Apepun aku harap dorang berjaya bawa watak tu dengan jayanya cam citer adaptasi novel lain spt Nora Elena, Trilogi Cinta dll.

Siri Penyiasatan..mane nak cari

Image
Jangan tak tau aku ni peminat siri penyiasatan..dulu masa sekolah pernah berangan nak jadi polis/penyiasat..tapi aku ni kurang berani..so abaikan le..Zaman sekolah menengah aku suke tengok cite Hong Kong, selalu kt tv2 la..petang2 kul 6 ade cite yg berkaitan penyiasatan..CSI..best..tapi citer Gerak Khas aq tak berminat le pulak Di zaman sekolah dulu aku sangat gemar membaca siri penyiasatan tak kira siri HADI, SALMA dll..masa tu memang giler sangat dengan citer2 penyiasatan ni.aku pulak paling suka siri Enid Blyton dan Nancy Drew...Tajuk buku pun aku dah lupe..entah ke mana perginye buku-buku aku tu..sekrang aku dok teringat kt dia..mane nak cari eerk?aku ingat nak cari balik kalu ade jual..nak wat koleksi n bace lagi..aku suke imagine ape yg dorang siasat..ibarat aku dlm siri tu..merungkai segala misteri gambar hiasan google : antara siri yg wujud..tapi aku bace malay series Antara yang aku ingat.. -siri karya Enid Blyton- 5 penyiasat..antara ...

bogel menuju tuhan..ape tu?

Image
first aq dengar tajuk buku ni..rasa cam pelik lak..t'utama dengan word B0*** tu..nk sebut cam malu ah..peh tu kaitkan dengan tuhan..mendalam sungguh ape yg nak disampaikan oleh si Zahiril ni.. metaforanya tajuk tu..( Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat, atau disebut bahasa kiasan) . kalu korang rasa ingin mendalami ape yg dimaksudkan beliau,boleh le cari buku tu..bace dan fahami ape yg tersirat sebenarnya memetik kata Zahiril: " Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari - hari tidak berwarna, sebelum jingga...