Posts

Showing posts from November, 2013

Riadah:Kolam Mandi Untuk Kanak-kanak Presint 9 Putrajaya

Image
Dah cuti sekolah sekarang ni..ha ni le aktiviti yang biasa dilakukan oleh mak pak untuk menghiburkan anak-anak..jom berendam lagi tapi untuk kanak-kanak aje le ye..orang besor pun ade gak yang rendam sekali..HAri tu berendam di kolam area presint 2 ..now jom terjah kolam berikutnya..dekat je ngan umah aku..Kolam ni terletak di kawasan Kompleks Kejiranan Presint 9..strategik la kawasan dia dekat ngan klinik,medan selera sri teja,dewan,taman permainan..semuanya dekat depan sebelah dan belakang..senangkan.Layankan gambar ni

Taman Cabaran Putrajaya, Sukan Mendaki

Image
Selain sukan meluncur terdapat juga sukan mendaki bagi suka akan aktiviti lasak panjat memanjat.Selepas puas bermain di Arena Luncur kitorang pergi ke kompleks sebelah untuk climbing. Saje nak bagi bebudak banyak aktiviti sihat,seronok dan cerdas.Bagi mak pak yang tak de idea nak ke mana cuti sekolah ni bawa sajelah anak-anak ke tempat seperti ini. Ni untuk golongan dewasa..siapa yang berani dan ade skill boleh la join daftar nama untuk masuk aktiviti ni.  Di aras 1 adalah untuk kanak-kanak.Kat sini wat masa ni boleh masuk free..bebudak pun bebas panjat memanjat,guling berguling..bilik dia siap air-cond..siap boleh landing kot.Jangan risau,biarkan anak memanjat sebab kalau jatuh pun masih safetyu coz lantainya umpama tilam.Tu sebab aku cakap boleh landing. So biarkan anak bebas dengan aktivitnya,tapi perhatikan jugak la.

Taman Cabaran Putrajaya, Sukan Luncur

Image
Sabtu baru ni ktiroang meluangkan masa beriadah di Taman Cabaran.Selalu joging kat Taman Saujana Hijau .Kali ni ubah angin lak.Taman Cabaran Putrajaya terletak di Presint 20. Ia mempunyai 2 arena iaitu Arena Luncur (Sliding PArk) dan Arena sukan mendaki (climbing).Untuk sukan luncur aktiviti yang disediakan ialah MTB dan BMX track juga Skatepark.Kalau nak pergi sini laluan yang boleh dilalui ialah melalui Taman Selatan (kawasan perkuburan Putrajaya) dan akan terus ke Taman Cabaran.Boleh juga tembus ke Dengkil.  Antara fasiliti yang ada di Taman Cabaran ialah ruang basuh basikal,kedai sewa basikal,tandas,cafe. Aku dan 2 orang anak aku kat sini jogging saja..hebat tak anak-anak aku..kuat sampi jugak ke atas bukit sana..dan turun semula..  Laluan untuk style jump   Ruang gelongsor untuk bikers dan skaters..kat sini boleh la nak try skill main skateboard or basikal stunt (BMX)..tapi better bagi ruang untuk bebudak skate la..line clear baru kot bikers leh masuk..