Kemangkatan Anakanda Sultan Perak,Raja Ashman

Baru terbaca tentang kemnagkatan Raja Kecil Sulong Perak..Raja Ashman..sebagai orang Perak,kemangkatan pewaris ke-4 takhta diraja ni pasti juga kan dirasai oleh rakyatnya..Al Fatihah
Anakanda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat di kediamannya di Bukit Damansara, kira-kira jam 1.30 pagi tadi akibat serangan asma.Baginda yang berusia 54 tahun meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin, seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.
Jenazah Almarhum akan dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas Asar.

Comments

Miss D said…
al fatihah buat beliau...

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya