RM6 Billion lebih untuk gaji,cola..Suruhajaya dipercepatakn


Ringkasan berita hari ni pasal peruntukkan yang diumumkan PM untuk kenaikan gaji dan cola juga CEUPACS minta segerakan Suruhanjaya khas utk tambahbaik SSM.

Peruntukan lebih

Pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus serta kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) untuk penjawat awam di seluruh negara, akan membabitkan peruntukan tambahan lebih RM6 bilion kepada kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata, pihaknya akan membuat penelitian bagi menentukan jumlah sebenar peruntukan yang perlu dikeluarkan bagi semua kenaikan gaji dan COLA untuk kakitangan awam yang diumumkan kelmarin.“Kita terpaksa menyediakan peruntukan tambahan, sebab mementingkan golongan penjawat awam dalam kategori kumpulan pelaksana atau sokongan yang besar, kali ini kerajaan mahu seberapa ramai penjawat awam mendapat maksimum 13 peratus, jadi kita naikkan sampai ke Gred 54.“Dengan ini, kita terpaksa mencari peruntukan tambahan. Semua tambahan dijangka lebih RM6 bilion tetapi jumlah sebenar kita sedang tentukan untuk semua kenaikan gaji termasuk kenaikan COLA yang saya umumkan,-BH 

Suruhanjaya

CUEPACS berharap kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan suruhanjaya khas bagi melaksanakan penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang kini diguna pakai semula bagi menggantikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

-langkah itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dalam suruhanjaya berkenaan mengambil perhatian perkara masih belum diperjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

-hal berkaitan isu gaji maksimum kakitangan yang lama berkhidmat.
-selepas menerima kenaikan 13 peratus, gaji mereka akan menjadi maksimum semula

-CUEPACS akan memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada kakitangan yang tidak memilih opsyen saraan 60 tahun, supaya berpeluang menandatanganinya semula.

berita dr BH

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya