Fradoo ABC special Medan Selera Sekyen 2,Shah Alam

Tengok gambar ja dah terliuq!Disebabkan keinginan yang membuak2 terhadap ABC special yang selalu kitorang makan kat Shah Alam,maka Sbatu baru ni selepas saja selesai uruskan hal rumah kat Bandar Saujana Putra,kitorang terus ke Shah Alam..ABC special ni memang terkenal kat sini dan lokasinya adalah di Medan Selera Seksyen 2..ianya berdekatan dengan UiTM dan Wet World..dulu lokasi ABC pilihan kitorang kat depan Wet World tu..tapi dah pindah ke medan selera ni..
  Gerai pilihan kitorang ialah Fradoo ABC no.14..gerai lain pun ade gak jual ABC special gini tapi aku belum cube lagi..selalu gi gerai ni jer...tak salah kalau nak mencuba yang lain kan..ok nanti aku nak pergi lagi test gerai lain lak how.Gerai ni dimiliki oleh En Abu Bakar Yusof.Kat Fradoo ABC ni ade 3 jenis ABC,special yang ade serba serbi yakni aiskrim dan limpahan coklat cair (RM3)..ni aku suke..regular pulak takde aiskrim dan coklat cair tu (RM2.50) dan klasik pula ABC biasa2 je,basic bahan RM2).

Selain tu minuman lain yang ade kat sini ialah Cendol Special,Lai Chee Kang,Jus Buah dan minuman panas..

Tengok depa nikmatnya kemain..habis..sedap benor le tu..

Untuk negisi perut pula kami oder mi bandung dan nasi ayam kat gerai lain..banyak jugaa la mi bandungnye tapi tak seperti yang aku inginkan..nak yang cam mi bandung Muor..rase udang nye..takpe asal perut kenyang sudah..
Untuk bebudak kitorang oder Nasi Ayam..Danish makan hampir habis jugak la

Comments

mrkay said…
Urusan rumah di Bandar Saujana Putra? Beli rumah kat sana ke? Kalau betul, bakal berjiran la kita yer?

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya