Proses Keluar Kuarters

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah 10 bulan aku dok kat Ipoh ni..kat sini aku nak story sikit la pasal keluar dari kuarters kerajaan di Putrajaya.

Masa dapat surat tukar tu benda yang aku fikir pasal kuarters..yele kuarters tu atas nama aku..memandangkan anak-anak masih bersekolah kat situ dan husband belum dapat bertukar..aku pun buat surat rayuan untuk lanjut tempoh..Alhamdulillah dapat kelulusan lanjut tempoh..sesambil tu husband pun kena apply semula kuarters seperti permohonan baru..so banyak la prosesnye..


First korang kena la buat e-temujanji kat web BPH 14 hari sebelum serahan kunci. Sebelum hari temujanji pastikan beberapa perkara perlu dibuat. Part aku bila tukar penama ni..kena la tutup akaun SYABAS, TNB tu semua..cam tu gak husband..kena bukak semula akaun baru bil TNB, SYABAS, DEPOSIT KUARTERS..sama cam proses baru mohon. Peringatan, korang kena bawak resit ASAL yang korang bayar deposit dulu tapi kalau hilang kena sediakan akuan sumpah. Nanti leh dapat refund semula tapi ambil masa la jugak nak dapat duit tu.

Selepas tu, pastikan korang isi Borang BPH 1/2015 dan bagi  kat Bahagian Sumber Manusia untuk perakuan. borang ni nanti kena bagi sekali masa proses serah kunci tu. Pastikan juga ada salinan Buku Perkhidmatan bermula dari tarikh mula menduduki kuarters sehingga tarikh terakhir menduduki kuarters bagi semakan tunggakan / hilang kelayakan.

Peh tu bermulalah episod mengemas. Pastikan  kuarters yang akan dikosongkan berada dalam keadaan bersih dan dikembalikan seperti sedia kala. Kena la cat balik dinding yang dah bewarna tu..penat kannnnn...Part ngemas ni le memang hazab. Nak melipat kain, susun barang, packing...grrrrrrr..penat tak hilang...


Tiba hari temujanji utk penyerahan kunci kuarters, korang tunggu pegawai BPH yang bertugas tu kt kuarters datang utk check, serah kunci dan bagi dokumen.

Selepas penyerahan kunci kuarters, jangan lupa serah salinan Sijil Akuan Keluar Rumah kepada Bahagian Sumber Manusia Jabatan korang bagi tujuan proses pemberhentian pemotongan Imbuhan Tetap Perumahan/COLA/pembetungan rumah tu.

Secara rasminya pada 6.9.2019 kuarters yang kitorang duduki selama hampir 12 tahun di Fasa 12 Putrajaya akhirnya diserahkan kembali kepada BPH. Banyak memori yang x kan pernah aku lupe...
20.7.2019 jam 2 pagi dari Putrajaya lori pun beredar mengangkut barang-barang tersebut untuk menghuni penempatan baru di Ipoh. Terima kasih kepada jiran-jiran yang membantu. Jasa baik kalian amat dihargai.

Comments

Anonymous said…
senang (lama atau sekejap) tak proses untuk tutup akaun tnb and syabas?
ftdanisha said…
Maaf..baru reply
So far nak ttup acc mudah je..xamik masa..just follow arahan masa berurusan dengan kau ter tnb/syabas
ina ali said…
nak tanya, sbb pening pasal nak keluar kuarters ni. Borang BPH 1/2015 ni patut siapa yg sah kan. jabatan lama atau jabatan baru bertugas.
ftdanisha said…
sy settle smua kt jbtn lama

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya