Saturday, March 31, 2012

# Orang Gomen

Akhirnya Pekeliling Kenaikan Gaji bil. 1/2012 keluar jugak

Setelah pengumuman kenaikan gaji berlalu pada bulan Mac,penantian kepada bila pula gaji baru akan dikeluarkan dan pekeliling yang membuktikan hitam putih akan kenaikan gaji masih belum ada.Setelah pihak CEUPACS memohon JPA akan mmenyegerakan pekeliling,akhirnya pada 3o Mac semalam keluarlah segala isi berkaitan kenaikan gaji termasuk pengiraannya.

Pengiraan pemindahan gaji turut disertakan..siap boleh kira kat situ..dan anda akan mendapat jumlah gaji baru pada 1 Januari 2012
gaji pokok (31.12.11) x 13%
pengiraan pemindahan gaji {rujuk sini}

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan
sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13%
berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan
Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan
peratusan yang ditetapkan.
Dalam pekeliling tu korang boleh baca berkaitan prinsip pemberian gaji,struktur jadual gaji maksimum,kaedah pengiraan,pergerakan gaji tahunan dan tarikh pergerakan gaji.

Harapan bulan April dah ada la gaji baru..Alhamdulillah.

No comments: