Belajar Kenali Duit

Pada 30.12.2019 yang lalu, sempena cuti akhir tahun, aku dan suami gagahi juga untuk bawa bebudak kesayangan kami ni gi melawat tempat yang patut kat KL. Destinasi dipilih ialah di Muzium & Galeri Seni Bank Negara yang terletak di bangunan Sasana Kijang Jalan Dato' Onn Jaafar KL. Kalau tak tau kat mana sila waze/GPS ya..xkuasa nak terang lokasi😸.
Muzium ni ada 4 aras. Masa sampai kome kena daftar buku pelawat dulu kat kaunter khidmat pelanggan tu. Dah tulis nama bagi deposit RM10 untuk dapatkan coin locker. Kena simpan handbeg/porch kat dalam locker tau. Nanti duit tu dapat balik la lepas kome dah bis jelajah. Deme xheran le nak amik. Dalam muzium tu belambak duit, apedehal! Tengok tu terowong satu juta..mau x rambang..rasa cam mmmmm gerem jer.
Memula kat aras bawah terdapatnya Galeri Kanak-kanak.. kat sini la ada terowong sejuta hengget tu. Duit betul weh..sabor jele iman ni..tengok si Nia tu..dah mula berangan nak beli apa dengan sejuta tu..ish..ish..ish..anak sapa la ni.
Tapi kan, kalu ikut rasa cam dapat sehelai dua pun jadi..hahahha..kome jangan menggatal nak kidnap lak duit yg ade kat muzium tu..nanti binasa tak memasal dapat penginapan free kt jel. Action je le dok citu.
Ni antara matawang yang ada. Dok sini pandang duit ajele..jadi mata duitan jap. Hanya mampu tengok.
Nah, takkan tengok je kan..meh le buat duit sekali. Anak-anak aku gigih dan excited cetak duit. Start dari kertas kosong, then pi step cetak nilai,logo,sign dan seterusnya (step aku ni mungkin tak betul..harap maaf, lupe). Ikut suke le nak cetak banyak mana pun..puas hati kan.
Nah, dah siap..laki aku cetak bagi RM250..tak tau la nak buat apa duit bebanyak ni. Aku tak mau dia suh amik gak..last-last aku pulangkan semula kat dia senyap-senyap buh dalam dompet dia masa nak isi minyak kereta..hahahhahah..
Gumbira depa dengan hasil memasing. Yang sorang tu, si Darwisy cam diawangan je ngan duit berterbangan tu. Mimpi le. Moga suatu hari jadi jutawan..if tak pun jadi tukang bentang belanjawan pun boleh la..
Selain tu, ada gak kaunter praktis kot-kot anak hangpa nak jadi pegawai bank..drama la sikit, sorang jadi client sorang jd officer.
Duit lagi..arhhh..penat la tengok duit ni..pening.. Kita gi tingkat lain lak..selain galeri duit ade gak galeri Numismatik kat tingkat 2..kat sini ade simulasi naik basikal jelajah ke alam dedulu dan kini..banyak lagi la bende yang ada kat situ..tapi gambar yang amik aku dah hilang nak tunjuk pun. Then tingkat atas sekali yakni floor 3 galeri seni...korang gi jele tengok ..penat nak cerita banyak.
Lawa kan reka bentuk tangga ni..malas naik lif..naik la tangga..Moral of the story usaha tangga kejayaan..♭♯bagai bulan jatuh ke riba..nak duit.. nak duit.. dapat sekali bunga.♯♮

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters