Istana Ampang Tinggi
kalu tengok pd dinding istana ni..memang takdak nampak paku...itule istimewanya istana zaman dulu.xyah pakai paku pun stabil ja..walaupun usianya telah menjangkau 133 tahun...
Kerana keunikan senibina dan kehalusan ukiran, rumah ini pernah dipamerkan di England pada tahun 1994 sebagai contoh senibina Melayu. Terdapat ukiran Al-Quran pada dinding bahagian dalam rumah ini. Manakala bumbungnya terdiri daripada kepingan-kepingan kayu berlian berbentuk sisik yang disusun teratur sebegitu rupa bagi mengelakkan air daripada masuk.-rujukkan:muzium negeri
Peh tu kite gi lak kat sebelah istana ni..ada rumah contoh Nogori..kalu kite biase tengok uniknya umah org nogori ni tang bumbung/atap dia..ala yg bentuk cam ala2 kapal..tak tau nak sebut apa..hehe..Yang rumah ni if merujuk pd web muzium negeri :
Nama asal rumah ini adalah Rumah Undang, Sungai Ujong sebelum ditukar kepada Rumah Negeri Sembilan. Rumah yang dibina pada tahun 1898 di Kampung Air garam, Mambau ini merupakan rumah Tengku Saiyed Ismail bin Tengku Saiyed Abdul Rahman, Dato' Kelana Sungai Ujong.
Ia dipindahkan ke tapak Kompleks Taman Seni Budaya sebagai muzium pada 1980-an. Oleh kerana status tersebut maka monumen ini telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai bangunan bersejarah.
Comments