Kuala Kangsar Bandar Diraja

Hai teman-teman,pe kabor?Nak buke cerita pasei (pasal) Kuala Kangsar le sikit. Loghat Perak orangsebut Kuale Kangsor.Nak cerite panjang lebor idak le ketahuan sangat.Teman bukannya asei (asal) dari Kuale pun. Teman ni dibesorkan kat Sungkei (sungkai)..mak pak asal Batu Kuro (kurau)Taiping. Disebabkan teman asal orang Perak kena la tau serba sedikitkan tentang apa yang ada dinegeri kite yer.
Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa.
Bulan Jun yang lalu aku berkesempatan berkunjung ke KK.Tak banyak gambar yang diambil.Ke sana pun sebab pergi shopping baju raya dekat pekan KK,berhampiran dengan dataran Sungai Perak.Aneka kain pasang dijual kat sini..tapi takde lak aku tertarik hati nak beli.Aku lebih suka kepada kraftangan yang ada seperti labu sayong yang memang terkenal di bandar ini.Merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong.Tu sebab kalau korang datang ke sini akan kelihatan replika labu sayong.Contoh cam gambar kat bawah.
Kuale Kangsor(KK) ni merupakan Bandar Diraja bagi negeri Perak. Di Bukit Chandan terletaknya Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah yang menjadi antara tarikan utama di sini.Aku berkesempatan untuk pertama kalinya solat di masjid Ubudiah.Sangat cantik panoramanya di waktu malam,tapi sayangnya gambar yang diambil agak kabur.Pinjam google je le ye.Di sini juga terdapat Istana Kenangan yang dikenali sebagai istana tanpa paku.
Antara bestnya kat KK ni ialah laksa.Sebagai penggemor lakse,kuala antara tempat yang patut dituju untuk menikmatinya.Boleh dinikmati di bazar kraf,laman budaya kat pesisir Sg Perak..atau boleh juga didapati di gerai sepanjang jalan Persekutuan (jalan lama).Orang kate laksa Pak Ngah glamer kat sini.Aku tak pernah sampai lagi.Selalu kalau pekena pun gerai yang kat tepi jalan tu ja.Aiseh terliur lak aku..mau nye aku mencari balik Perak raya nanti..

Comments

Hidayah said…
hahaha..

suker benor teman baca pasal negeri peghok nih pasal kampung teman nun di sana jugak...

lama betul tak pi kuala...
rindu pulak..

:)
ftdanisha said…
@Hidayah oo..org kuale le ni yer..ater bilenye nak balik sner..jom p makan lakse

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya