Niat Dan Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah | Esok Puasa Sunat Arafah
"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."
Hadith :
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(Hadith Sahih : Muslim, Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Peringatan Mesra :
Bahawa umat Islam adalah disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1433 yang jatuh pada 25 Oktober 2012 Khamis ini. Selamat Menyambut Hariraya Korban : Semoga Apa Jua Pengorbanan Kita Dinilai Sebagai Amal Soleh Yang Diterima Di SisiNya
Comments
bagus entry ni..time kasih
:)
tapi sayangnya xberkesempatan ;(
siapa yang mampu..jangan lepaskan peluang sebab ia datang setahun sekali...
tahun depan xtau lagi kita masih berkesempatan atau tidak kan.... :)
thx untuk entry yg sangat2 berguna ni :)