Ibu Itu Sungguh Ajaib!

Buku ni aku dapat dari seorang kawan BAC  yang menghadiahkannya kepada aku sebgai kenangan terakhir.Terima kasih Deyna.
Tambah lagi koleksi bahan bacaan aku.Kisahnya belum sempat dibaca.Insya'allah ada masa terluang aku akan habiskan buku-buku yang ada.

Sinopsis:
Jika ditanya siapakah insan yang kuat, paling luar biasa dan paling istimewa di dunia ini, pasti jawapannya adalah ibu. Memang sangat tepat jika seorang ibu dikatakan sebagai seorang insan yang amat luar biasa dan istimewa. Walaupun fizikalnya yang santun dan lemah lembut, tetapi di sebalik semua itu tersimpan kekuatan dan ketabahan luar biasa yang tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki (ayah).

Lihatlah Siti Hajar, seorang ibu luar biasa yang ditinggalkan sendirian hanya ditemani oleh bayi yang masih kecil iaitu Nabi Ismail. Bayangkanlah di bawah panas teriknya matahari dan ganasnya haba padang pasir Arab, dia perlu meneruskan kehidupan, membesarkan dan memelihara anaknya sendirian.

Bayangkan juga Ummul Mukminin Siti Khatijah. Menjalankan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anaknya dan juga menemani si suami (Nabi Muhammad S.A.W) dalam perjuangan dakwah Islam. Dia juga berhadapan dengan tentangan dan tekanan daripada orang kafir Quraisy.

Buku cuba mengungkap sudut-sudut luar biasa daripada seorang insan yang bernama ibu. Selain Siti Hajar dan Siti Khatijah, contoh ibu-ibu hebat lain adalah Siti Aisyah ibu dan isteri yang cerdas, Al-Khansa ibu para syuhada, Siti Asiyah isteri Firaun, Siti Mariam dan lain-lain. Selain kisah-kisah luar biasa tentang kehebatan ibu, buku ini juga mampu membuat anda sedar akan ribuan peranan, tanggungjawab dan kedudukan penting seorang ibu bagi seorang anak. Sehinggakan adalah wajar bila ibu begitu agung di sisi Allah.-sumber:hidayah.com
Terima kasih daun keladi,panjang umur jumpa lagi.

Comments

menarik, lnda mmg tgh carik bahan bacaan yg baru nak baca.. krg leh carik..
deyna_83 said…
bila ko baca buku tu, ko mesti ingat kat aku..hehehe..Selamat Membaca..Jadilah ibu yang terhebat di dunia dan akhirat.

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya