Makan Gaji Tetapi Kaya

Buku berbentuk motivasi kewangan..harus dibaca kalau nak tahu ilmu berkaitan..tambah zaman sekarang segalanya $$$$$$$..tensen jugak kan!

Nak harap gaji pusing2 habis..bayar itu ini..nak memnenuhi impian melancong ke..nak beli gajet ke dan benda yang tak berapa perlu hendaklah dihentikan..kene tengok poket..tepuk dada tanya iman..Betulllah..jangan ikut nafsu nanti hampeh..lebur..lebih baik melabur..tapi nak labur pun nak kene ade ongkosnya..haduh...mane lagi nak cekau sumber lebih nie...kena ikhtiar dan belajar..labur duit unutk buku gini boleh je kan..ILMU!

Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.
 Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.
 Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:
- Bagaimana menjana pendapatan aktif
- Bagaimana menjana pendapatan pasif
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah
Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.-PTS

Comments

Liyana Anuar said…
macam menarik buku ni~
emy|farid said…
share lah ckit, nak beli lama lgi kot, hehe

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Proses Keluar Kuarters