Dari Milan Ke Maran

Penulis NORHAYATI BERAHIM .Tengok tebal bebenor novel ni.entah bila gamaknya aku nak khatam baca.Novel ni pemberian teman ofis sempena perpisahan aku..cehh..terima kasih ye kepada yang menyumbang.Pandai deme pilih hadiah buku ek..aku gemor gak membaca..tapi tengok mood and time.
  Harga buku tertera di belakang.RM32.00.berbaloi le dengan kisah dan ketebalannya kan.
Ni antara selitan muka belakang novel ni.
“Kau mengkaji mafia?”
“Dulu aku pernah berangan nak jadi mafia tau.”
Kah kah kah… Di malam yang sudah hampir mencecah pagi itu, kedengaran suara Sharmin ketawa terbahak-bahak. Geli hati sungguh dia membayangkan Moon menjadi mafia.
“Kurang ajar! Asal kau ketawakan aku?”
“Lawaklah. Tengok kau punya jalan pun aku rasa mafia dah tendang kau!”
Sharmin terus-terusan ketawa. Moon hanya menelan ludah. Mahu dimarah Sharmin, dia juga yang bersalah. Berangan yang bukan-bukan.
“Sudahlah. Ketawa macam orang gila saja.”
Moon separuh merajuk. Sekali lagi rambutnya yang terjuntai dikuisnya sambil menghirup teh yang semakin sejuk.
“Kalau tak silap aku, mafia diambil daripada perkataan mafioso; iaitu peria terhormat, kan maksudnya?”
“Ya.”
“Tapi, kau tu lelaki ke?”
Mata Moon terbeliak. Geram dan dadanya seperti dihentak dengan belati yang keras dek ucapan mulut Sharmin yang maha tajam.
Mendadak dia mentafsir dirinya sendiri!


Ulasan lanjut leh jenguk blog ni>>>Bulan Yang Satu<<<

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya