Tuesday, February 28, 2012

# Buku

Dendam: Mengenal Affifudin Omar

Sebelum ni aku ade perkenalkan novel DENDAM..sekadar pengenalan dan pemberitahuan.Bagi yang nak tau camner rupa paras novel tu leh refer link bawah ni..harga pun ade tertera..link Fixi pun ade ;p

Ok,hari ni aku nak bawa korang berkenalan dengan penulis novel DENDAM..first aku tengok nama penulis ni aku bermonolog"cam kenal je nama ni"..dan cuba berfikir akan nama tersebut..dan merasakan beliau adalah antar orang penting negara pada suatu masa dahulu..Ya betul seperti apa yang dijangkakan.

DATUK DR AFFIFUDIN OMAR..anak kelahiran Kedah ini merupakan bekas ahli politik dan juga bekas Timbalan Menteri Kewangan dan T/Menteri Sumber Manusia pada tahun 1999.Setelah menyepi dari dunia politik beliau kini menjadi terjun ke alam penulisan.

Berikut adalah petikan yang diambil dari FREEMALAYSIATODAY apa yang beliau akan buat setealh bersara dari dunia politik:
“Inilah jawapan saya kepada soalan rakan-rakan media saya 10 tahun lalu berkenaan apa yang saya buat setelah bersara dari politik nasional,” kata Afiffuddin yang ditemui ketika majlis pelancaran novel ‘Dendam’ terbitan Fixi Khamis lalu di Kiara Equestrian Park, dekat Kuala Lumpur.Beliau yang mengakui rindukan aksi di persada politik nasional masih bergiat aktif di peringkat Umno Bahagian Padang Terap.“Saya mengambil masa sebulan setengah untuk menulis ‘Dendam’,” tambah Afiffuddin yang telah pun menghasilkan enam karya novel.Beliau juga bakal menulis buku bukan fiksyen bahasa Inggeris bertajuk ‘Anecdotes of A Politician’.Pemilik Fixi, Amir Muhammad menggelar Affifudin sebagai ‘penulis remaja’ memandangkan hanya mula menulis novel sejak Oktober 2009.Bagi Fixi, ‘Dendam’ ialah novel bahasa Malaysia keempat penerbitan mereka.
Selain itu karya tersebut,belia juga telah menghasilkan 27 karya yang berbentuk ilmiah seperti ekonomi dan sosial.Antara karya tersebut ada yang telah diterbitkan dalam majalah2 ilmiah antarabangsa.

Setelah mengenal seba sedikit penulis ini nanti aku akan ceritakan serba sedikit isi cerita DENDAM untuk peminat2 novel sekalian.Nantikan netri seterusnya.

Tak Kenal Maka Tak Cinta.
-lagi sumber biodata DR AFFIFUDIN OMAR{sini}

No comments: