2-menikmati sup sarang burung..

Ok,sy update! selama 2 hari 1 malam kami bersantai di Hatyai..inilah antara hasilnya..bermulanye episod cerita percutianku di Hatyai..episod seterusnya..Bird's Nest @ Nora Plaza
 sesampai je ke Hatyai,terus gi Nora Plaza..masuk kedai jual sarang burung..ni antara menu air sarang burung yg disediakan..kalu mai sini harus le merasa keasliannya..harganya 200baht=rm20 semangkuk
 our tourist guide..menerangkan something tentang air sarang burung ni..she is very friendly and cheerful..
 Inilah pilihan sy..bird nest coconut flavour..agak mual..haha..aku tak abispun..nak minum yg ginseng lg le..loye weh!
 yg kiri perasa ginseng...yg kanan tu kelapa..mengikut kate mak and kak ipar sy..bdn mereka terasa lebih segar dan ringan setelah minum air tersebut..sy pula tak rasa ape2 sbb sy tak mampu menghabiskannya..
antara kebaikan sarang burung:

  • Kajian perubatan Cina di Beijing - Merupakan agen pemutihan kulit dan kesihatan mata.
  • Bagi penghidap asma - merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
  • Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan sarang burung bermanfaat sebagai:
  • Zat kolagen yang melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
  • Dpat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
  • Pengambilan semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan anak.
  • Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
  • Untuk golongan tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  • Untuk kanak-kanak, dapat memperkuatkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru. Menggalakkan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan.
  • Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah ( cancer ).

Comments

Popular posts from this blog

Buah Keduak@Kerdas

Gerai Buah di R&R Tapah..jambu batu,jambu air

Latihan Kebakaran & Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya