Tinjauan Bajet 2013..Miss It!
Wah ada muka pegawai BAC tempat lama aku keje,cik Shery,Cik Suharni,Dato'SUB ,Mr Siva dan En Amin (mane yang nampak jele) sedang bersama PM dalam lawatan beliau untuk meninjau persiapan terakhir Bajet 2013 malam tadi.
Tahun ni tak berpeluang dah merasai detik itu..yele teman kan dah berhijrah ke tempat baru.MEMORI BAJET tetap dihati..Tak mengapa sekurang-kurangnya dah merasai pengalaman itu dan kini beri peluang kepada yang lain pulak terutama yang baru nak merasa.
Bajet kali ni tak tahu le apa yang menariknya.Rata-rata rakyat mahukan kelebihan peruntukkan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.Ada yang mahukan kerajaan fokus kepada isu harga perumahan yang mendadak,isu kereta dan lain-lain.
Bagi penjawat awam pula,yang dinanti berita bonus mahupun kenaikan elaun-elaun.Aku harapkan ade le penyelarasan COLA atau elaun perumahan.Bonus takpe kot kalau takde..elaun tu tiap bulan kita terima.Bonus sekali je..lebur.
Ok wat geng di Kem.Kewangan,selamat menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.Berkhidmat untuk negara!
Comments