Kerja Lebih Masa,Jika Tuntutan Penjawat Awam Dipenuhi
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam
sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya
dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.
"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.
-- BERNAMA

**tak berapa setuju tentang tambahan masa kerja tu. Yang ada sekarang ni pun banyak yang ngulor,curi tulang bagai.Ni kalau tambah lagi,tak tahu le apa jadi,entah2 sama je.Nak harap pemantauan, ade yang jalankan ada juga yang sekadar cakap je tapi tiada tindakan.
**ofis aku yang baru ni:memang kena jaga disiplin dari segi masa..jadi skema..APTB..hehe..bagus..
Comments
bagus... suke
tapi tu la, ntah boleh ke x jadinyer