Dialog Untuk 3 Hari..Tahu Hukum Hakam

8:57 am

Baca paper berita harian tadi pasal komen Vanida yang  mempersoalkan tindakan pihak yang meragui status perkahwinan mereka hanya berdasarkan dialog cerai dilafazkan Rashidi dalam filem Untuk 3 Hari.
Mufti Perak ade menegur tentang hal tersebut dan meminta mereka merujuk kepada jabatan agama ekoran lafaz cerai yang disebut dalam skrip filem tu.
Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut:

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai.-utusan
Menurut Vee dorang tahu akan hukum hakam dan sebelum berlakon akan kaji dulu skrip terutama melibatkan mereka pasangan suami isteri jika berlakon bersama).Ini penerangan Vee:
"babak dimaksudkan membabitkan watak Juwita lakonan Ayu Raudhah. “Setiap kali ada tawaran yang memerlukan kami berlakon sebagai pasangan suami isteri, saya akan kaji terlebih dulu skripnya. Jika ada babak bercerai ataupun perkataan ‘lepaskan’ sekalipun, kami akan tolak. Kalau berdasarkan dialog yang ditulis dalam artikel berkenaan, itu hanyalah sekadar perancangan watak Affin (Rashidi), yang mahukan saya meminta cerai daripada suami saya, watak dilakonkan Afdlin Shauki"-BH
**Walaupun kita rasa tahu hukum hakam..ada jugak baiknya rujuk kepada yang lebih pakar walaupun skrip tu tak 'berkaitan' dengan mereka.Biar ada pencerahan
**Isu ni leh 'menggerakkan' orang nak tengok filem ni tak?may be ye sebab nak tau..may be tak sebab jalan cerita cam drama dan pelakon dia x best

You Might Also Like

1 omelan