Sunday, January 22, 2012

# Orang Gomen

kaji SBPA lagi..PM sedia timbang kenaikan gaji dan bonus

PM memberi tempoh tiga bulan kepada pasukan petugas khas semakan semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk membuat penambahbaikan dan menyediakan cadangan baru.Sebelum ni ramai yang tidak berpuashati dengan skim tersebut.

Kali ni penambahbaikan ni akan mengambil kira respon dari semua pihak. Alangkah bagusnya kalau awal-awal lagi sebelum bajet dibentangkan dorang wat gini.Tak de le membazir masa dan kena kritik.Gaji tak naik lagi,tapi disebabkan oleh war-war semasa bajet orang gomen naik gaji,harga barang meningkat.k,kalau oprang gomen naik gaji sikit dan dapat bonus,begitu le lumrahnya.Kecoh!At least 'kegembiraan' ni dapat dikongsi bersama peniaga..kita leburkan duit kat depa..ye dak?Mudah-mudahan kali ni akan lebih memberi kepuasan kepada semua penjawat awam.


Selain itu dikatakan juga pihak kerajaan bersedia menimbangkan pemberian gaji dan bonus lebih tinggi kepada penjawat awam, tetapi ia perlu selari dengan peningkatan produktiviti perkhidmatan masing-masing.Wow itu sudah bagus..ni yang kami sukaaaa ;p.

Katanya, jika produktiviti meningkat, ia mampu menjana ekonomi lebih baik, seterusnya membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan lebih tinggi, meningkatkan daya saing negara dan memacu sebagai negara maju.

“Daripada kita kekang pendapatan penjawat awam, lebih baik kita beri tambahan gaji dan bonus supaya mereka lebih rajin bekerja dan membantu hasil dan pendapatan kerajaan berkembang,” katanya. Yang ni I LIKE beribu kali.Pandai pun.Jangan cakap je nak sedap hati,mohon dikabulkan.Amin..

PM turut mengakui pentingnya tanggungjawab penjawat awam dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka.Of course le,tanpamu siapalah aku.erk?

Hai..cepatle SBPA ni settle..yang penting ramai tak sabar nak tunggu gaji baru kan.Hope next month dah dapat gaji baru..dengarnye begitule..wallahu'alam.

1 comment:

grosir busana muslim said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post