Thursday, January 05, 2012

# Jalan..Jalan

Beras Terbakar di Langkawi

Padang Beras Terbakar terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan di Kg.Raja Mukim Padang Mats Sirat.Mengikut cerita kisah beras terbakar ni terjadi selepas mahsuri dibunuh,pada 1821 Siam datang menjajah Langkawi 
Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan, dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.
Baki beras terbakar itu masih boleh didapati di kawasan Padang Mat Sirat, Kampung Raha. Pada suatu masa dahulu, ramai pelancong yang mengutip beras-beras tersebut, dengan itu kawasan tersebut kini dipagar bagi menghalang baki beras terbakar yang semakin sedikit itu daripada habis dikutip para pelancong.
Beras-beras tersebut dikatakan disimpan di bawah tanah sebelum dibakar. Bagaimanapun ia dikatakan bahawa beras terbakar tersebut akan terdedah pada hari hujan.-sumber wikipedia
rumah tradisonal melayu yang terdapat di situ..halamannya jadi tatapan pengunjung
penerangan sejarah beras terbakar..
tapak kawasan beras terbakar..nampak takde ape2 da..nama pun bekas/tapak kan
beras terbakar yang berjaya dikumpul dan disimpan untuk tatapan..disimpan elok dalam peti kaca