Thursday, January 05, 2012

# Jalan..Jalan

Langkawi:Makam Mahsuri

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.-wikipedia

Bayaran masuk=RM5 untuk dewasa
Waktu:7.30 am - 6 pm
sekadar memorial..dengarnye kubur sebenar bukan kat sini..disebabkan tempat ni jadi tumpuan pelancong dorang sekdar bina makam ni sebagai peringatan..


replika helang dan ular..actually tak faham ape maksudnye replika ni dengan mahsuri..helang tu may be  kaitan ngang langkawi..ular tu.?dua2 pemangsa?
ini kolam hiasan..;P
Generasi Mahsuri di Phuket Thailand..ingat lagi tak  kisah Wan Aishah?tentang penemuan waris generasi ke-7 Mahsuri ..dikatakan penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri tujuh keturunan ke atas Pulau Langkawi  yang sebelum ini ibarat padang jarak padang terkukur..tapi sekarang Langkawi dah membangun sebagai sebuah destinasi pelancong terkenal di mata dunia

No comments: