Lidah Mak Mentua
Whoaa..ape kes pulak ni..perang mulut ke....ish..jangan gaduh2..reileks beb..Meh tengok dulu..Ni bukan ape..ini citer pasal pokok yang ade kt umah aku ni le..malam tadi husband bawa lik pokok lagi...orkid ngan ape tah namenye..hah tengah dok cari idea mane nak letak..so google le utk cr idea menghias pokok ni kan
ni pokok2 yg husband bawa lik semalam
Kat umah aku ni banyak pokok lidah mak mentua ni je..hahah..sebab senang jaga..letak kt mane je pun ok..Kat bawah ni aku nk share sikit bout pokok ni...
pokok lidah mak mentua..cantik dihias dengan bebola jelly ni..atau pun ditanam dalam tanah..yang ni aku wat hiasan kat ruanga tamu..yang dok dalam pasu (tanah) aku letak dekat ngan dapur..
Keunikan pokok Sansevieria sudah diketahui ramai dan pokok yang mudah hidup ini bukan hanya sesuai menghiasi laman tetapi cantik sebagai tumbuhan hiasan dalaman kediaman atau pejabat. Terdapat beberapa idea dan gaya pameran pokok yang mudah ditanam dan dijaga ini seperti berikut:
1) Pokok ini sesuai ditanam di tanah untuk hiasan laman atau taman di kediaman anda.
2) Ia juga boleh ditanam dan dipamerkan dalam pelbagai jenis pasu dan bekas pameran.
3) Namun yang lebih menarik mengenai tanaman hiasan ini ialah ia boleh dijadikan salah satu pokok dalam gubahan pokok hidup sebagai pokok tinggi yang tumbuh menegak untuk dijadikan latar belakang gubahan berkenaan dan juga pokok rendah untuk ditanam di hadapan gubahan.
4) Malah, daunnya yang cantik itu juga sering dijadikan bahan dalam gubahan bunga hidup.
Untuk hiasan di pejabat atau ruang dalaman kediaman adalah dicadangkan anda menanamnya secara solo atau dicampur dan digubah dengan pokok lain pelbagai bentuk dan warna daunnya.
Tip:
Siram gubahan untuk mengekalkan kesuburannya dan letak di tempat pameran yang dikehendaki.
Jika dipamerkan di dalam kediaman dedahkan kepada cahaya matahari terlindung seminggu sekali untuk pertumbuhan yang lebih subur.
Berikan baja organik seperti najis ayam bagi menggalakkan pokok tumbuh subur.
Potong dedaun atau ranting mati untuk kelihatan lebih kemas.
Tukar pokok kepada yang baru jika pokok didapati kurang subur dan tidak lagi menarik.
Comments